Isnin, 29 April 2019

Hidangan Steak & Barat Secara Bufet Untuk Buka Puasa Di Me'nate Steak Hub

Salam.


Hey! Lagi berapa hari nak puasa ni? Kurang tujuh hari je lagi kan? Haaa... Dah ada plan nak buka puasa kat luar tak? Kalau belum, mari sini aku nak bagi cadangan baik punya. Haha! Pernah dengar nama Me'nate Steak Hub tak? Me'nate Steak Hub ni terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sempena bulan Ramadan pada tahun 2019 ini, Me'nate Steak Hub juga turut menawarkan sajian bufet untuk berbuka puasa. Untuk makluman, menu steak dan barat menjadi pilihan utama sajian bufet pada tahun ini beserta hidangan Kambing Golek yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kau rasa tak gila ke bufet dia siap ada steak? Tak cukup steak, ada Kambing Golek! Pehhh... Memang berbaloi lah kalau macam ini!





Tapi jangan risau, menu tempatan yang lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng, Kueh Teow Goreng dan sebagainya juga turut disediakan selain daripada hidangan pencuci mulut kuih muih tempatan. Katanya hampir 40 hidangan ada dalam bufet kali ini. Meriah bukan?

Pakej Bufet Ramadan
RM79.90 dewasa
RM39.90 kanak-kanak

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah tidak akan dikenakan bayaran. Dan untuk makluman, restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa selepas jam 8:30 malam. Jadi kepada pelanggan yang tidak berkesempatan untuk berbuka puasa dengan pakej bufet tersebut, mereka berpeluang untuk menikmati menu steak dan barat secara ala carte.










Jadi apa kelainan dan keistimewaan berbuka puasa di Me'nate Steak Hub pada tahun ini? Haaa... Kepada mereka yang menggemari daging premium, Me'nate Steak Hub memperkenalkan pakej makanan barat premium, iaitu, hidangan Family Platter. Hidangan Family Platter ini mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan bahan yang digunakan bagi memberikan pengalaman berbuka puasa dengan hidangan yang enak secara bersama. Satu set Family Platter dianggarkan boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.

Pakej Family Platter
Set Premium Family: RM450
Set Super Premium Family: RM650

Aku diberitahu yang terdapat hampir 11 menu bagi setiap hidangan dalam Family Platter. Tak cukup dengan itu, setiap pelanggan akan diberikan akses percuma ke hidangan bufet pemanis mulut. Jadi berbaloi ke tidak? Dah tentu lah berbaloi! Dan jangan tak tahu yang set Super Premium Family tu mengandungi daging wagyu ya. 






Pada masa yang sama, pihak Me'nate Steak Hub telah melantik Syuk Hot FM dan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sebagai Ikon Me'nate bagi membantu mempromosikan Pakej Bufet Ramadan dan Pakej Family Platter. Ternyata memang serasi bersama mereka berdua ini. Syuk tidak habis habis mengusik dan menyakat Kak Lina Pom Pom yang sentiasa beraksi manja. 






Ehhh jangan risau kerana Me'nate Steak Hub ni mempunyai 5 cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam dan Johor Bahru. Semua cawangan Me'nate Steak Hub akan menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Jadi persoalannya sekarang kat cawangan yang mana kau orang nak belanja aku ni?

Dah boleh singgah ke laman sosial media rasmi Me'nate Steak Hub untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang pakej berbuka puasa pada tahun ini seperti pautan di bawah.

20 ulasan:

  1. OMG menarik giler buffet dia sbb last time p buka kat sini xd lg dia buat style buffet! jimat sgt rm80 per pax boleh mkn mcm2 instead of order satu dish pun plg tidak rm50 dh! OK dh tahu nk buka mana nnt!! btw hi im Suzai here :)

    BalasPadam
  2. Untungnya dapat preview food dekat Me'nate! Jelesnya! Me'nate dahlah terkenal dengan steak dia yang awesome dan sedap! Memang beruntung sangat dapat maakn dekat sini. Cx entah bilalah nak merasa. Hahahah. Tengok gambar pon dah terliur! Dahlah cx suka makan steak² ni. Fuh! Moutheatering!

    BalasPadam
  3. wahhhhh Menate, memang dari dulu terignin makan dekat sini tapi takut nak masuk. yelahh, ramai kata mahal. rupanya tak adalah mahal mana, masih lagi harga mampu milik. harga buffet ramadhan dorg pulak sangat murah dan berbaloi. nak kena bawa family berbuka dekat sini nie

    BalasPadam
  4. wow gila tak best bila dapat berbuka kat sini pd bulan puasa nanti..nti elly ngan syuk pun ada ke..bolehlah bergambar dengan diorg..harap2 pas ni menate bukak branch kat penang plak..org penang pun suka bab makan2 steak ni

    BalasPadam
  5. Allahu terliur balik. so far kite memang puji western dia da best! tak leh lagi yang specialty on this boleh lawan. rasa nak berbuka dekat sini je nanti hewhewhew

    BalasPadam
  6. Men ate , bestnya makanan kat sini , berbuka di menate ni memang takkan mengecewakan , fuhh

    BalasPadam
  7. Menate steak ni ingat restaurant yang hidang steak ala fine dining. rupanye ada juga buat ramadhan promo. boleh la try nanti bulan puasa.

    BalasPadam
  8. eh.. harga dia ok la.. ingatkan mahal sangat tadi.. boleh la riki untuk family platter tu.. nampak menarik!

    BalasPadam
  9. Pernah makan dekat sini waktu biasa dan preview waktu berbuka. Memang terbaik nak nak waktu buffet berbuka tu. Memang seronok dapat makan makanan macam ni dengan air free flow lagi. Tak rugi kalau berbuka dekat sini

    BalasPadam
  10. Kita pernah berbuka puasa kat Me'nate. Memang menu menu nya sedap dan berpatutan dengan harga pakej. Tahun ni nak pi lagi.. Kak Lina pompom tuu lawa nya... Suka tengok dia

    BalasPadam
  11. Ni restoran yang pernah viral tu dulu kan..
    Tengok menu diaaaaa, menyelerakan sungguh la..
    Kalau la ada peluang merasa memang best ni..
    Sesekali berbuka diluar, tukar selera kan.

    BalasPadam
  12. Yummy!! Semua makanan nampak sedap sangat. Should go try this buffet too.

    BalasPadam
  13. MasyaAllah kenapa mengancam sangat menunya? Dah bertahun tak pergi buffet ramadan sebab jimat. Tapi tengok Me'nate punya ni rasa nak pujuk suami buka puasa kat sini.

    BalasPadam
  14. sedap-sedap makanan kat sini..dengan harga pakej buffet yang ditawarkan mmg sangat berbaloi..paling suka dengan daging shabu dia..mmg feveret seisi famili..rasa nak datang lagi jer huhu

    BalasPadam
  15. fuh.. memang tengok gambar-gambar atas ni boleh menguji kesabaran ni.. hahaha.. kesabaran tahan air liur tengok.. semua sedap-sedap pulak tu.. gambar pun elok cantik pulak tu.. tu buat lagi terserlah makanan-makanan tu jadi lagi buat orang lapar.. kalau ada peluang nak jugak pi sini.. insyaAllah.. (kalau dekat) haha

    BalasPadam
  16. Adakah you yang i photobomb time Maha ambik gambar? hahaha. Serious i setuju sangat kat tempat ni steak dia even buffet bukan cikai2 still tender juicyyyyy. Harga dia memang sangat terlajak berbaloi utk dapat kan steak bebanyakkk.

    BalasPadam
  17. Allahu sedapnya semua nampak juadah kat sini. Apa salhnya kan sekali sekala kita berbuka dengan menu western hehe

    BalasPadam
  18. Allahu, sedapnya menu kat sini. Lain dari yang lain ni. Harga pun not bad, tak mahal sangat kalau tengok seleksi makanan yang dorang offer. Bebraloi ni kalau pi try. Terliur weh tengok ni. Gulp

    BalasPadam
  19. Sis dah pernah cuba makan kat sini masa puasa dulu tapi lama dh. Steak dia memang sedap. Nak gi lah berbuka puasa ni

    BalasPadam
  20. fuhhh dh lama betul tak makan dekat menate ni. western food dia mmg sedap2 belaka.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com