Rabu, 19 Disember 2018

Wangian Demeter Pengikat Memori Hanya Di Watsons

Salam.


Wangian Inspirasi Memori Terindah

Demeter Fragrance Library adalah inspirasi daripada memori memori yang indah dalam hidup kita. Kita memberi respons terhadap pengalaman yang dilalui sehari-hari dengan perasaan dan emosi yang tersendiri. Menerusi Watsons, Demeter Fragrance Library berusaha menangkap setiap memori dengan haruman yang berupaya merangsang ingatan kita terhadap momen momen terbaik sepanjang hidup ini.





Pengasas Demeter Fragrance Library ialah Christopher Brosius yang berasal dari Amerika Syarikat. Sejak 1996, jenama ini telah menghasilkan lebih daripada 300 jenis wangian yang mengambil inspirasi pengalaman seharian.

Lokasi utama Demeter Fragrance Library terletak di Gangnam, Seoul. Aku difahamkan terdapat lebih daripada 300 cawangan jenama ini di Korea. Bukan setakat negara Korea saja, jenama ini telah melebarkan sayapnya di hampir 20 buah negara dan memiliki sekurang-kurangnya 350 cawangan di seluruh Asia Pasifik termasuk Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan China. Nampak tak? Bukan calang calang jenama!


Peluang Cipta Haruman Sendiri

Wow! Siapa sangka siapa menduga hari tu aku diberi peluang untuk mencipta haruman sendiri. Hebat kan? Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Kira aku ni dah boleh jadi pengasas minyak wangi ke? Haha! Setiap meja diberikan pati pati yang berbeza mengikut tema masing masing. Meja aku hari tu diberikan tema Party. Tak silap aku hari tu ada lebih kurang 10 jenis pati yang berlainan. Lepas aku hidu satu persatu pati yang ada, akhirnya aku pilih 5 jenis pati sebagai kandungan haruman aku. Fikir punya fikir, aku campur kesemua 5 jenis pati tu! Haha! Hasilnya? Sedap gila bau dia! Boleh macam tu puji diri sendiri?


Lepas tu aku dibenarkan untuk menamakan wangian tu. Jadi aku namakan wangian aku sebagai Little Mix. Nampak tak betapa minatnya aku dengan kumpulan tu? Haha! Walaupun sampai 5 jenis pati aku pergi satukan dalam botol tu. Tak mudah kan? Nasib baik aku masih waras tak campur semua jenis pati tu.

Hanya Di Watsons Saja

Memiliki lebih daripada 450 cawangan, Watsons Malaysia kekal sebagai farmasi kesihatan dan kecantikan nombor 1 di Asia Pasifik selama 10 tahun berturut-turut. Haaa... Dah alang alang tu jangan lupa untuk dapatkan wangian Demeter Fragrance Library yang hanya boleh didapatkan di Watsons berhampiran. Apa tunggu lagi? Serang Watsons sekarang!

Majlis pelancaran pada hari tu turut menjemput tetamu tetamu khas dan istimewa daripada Watsons dan Demeter. Bayangkan aku duduk semeja dengan orang orang besar macam tu? Seram! Haha! Nasib baik mereka semua peramah, mudah mesra dan baik. Jadi aku tak rasa terasing pun sepanjang majlis tu. Salute!
  • Thoren Tan, Trading Director of Watsons Malaysia
  • Danny Hoh, Customer Director of Watsons Malaysia
  • James Lee, CEO of Demeter Asia Pacific
  • Jason Park, CEO of Finger Touch (M) Sdn Bhd





Demeter Fragrance Library menawarkan 6 jenis wangian klasik, iaitu, Baby Powder, Crystal Rose, Irecelandic Aurora, Something, Sweet Baby dan White Musk. Jenama ini turut menghasilkan wangian edisi terhad yang dikenali sebagai The City Version. Mengambil inspirasi daripada keharmonian kepelbagaian budaya, setiap haruman diberikan nama berdasarkan lokasi lokasi yang popular di Malaysia, iaitu, Penang, Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur.












Aku dah dapatkan dua wangian daripada Demeter Fragrance Library. Satu wangian istimewa Love Me (White Musk Floral) dan satu lagi wangian ciptaan aku sendiri. Boleh macam tu? Agak agak sejauh mana keharuman wangian jenama ni? Haaa... Apa kata korang pergi ke Watsons yang berhampiran dan cuba hidu sendiri wangian wangian yang ada. Nescaya memikat di hidung melekat di hati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com