Rabu, 14 November 2018

Pengalaman Ke Konsert Mariah Carey Di Borobudur, Jogjakarta

Salam.


Dah lambat ni!

Flight aku ke Jogjakarta pada 6 November 2018 hari Selasa tu selamat sampai kat airport sekitar jam 5 petang. Agak lewat dah tu. Aku check kat google maps perjalanan dari airport ke Borobudur makan masa lebih kurang 2 jam. Tu pun kalau tiada kesesakan lalu lintas. Jadi lepas sampai je kat airport tu aku dan kawan kawan terus ke Borobudur. Kenapa ke Borobudur? Sebab konsert Mariah Carey kat sana! Haha! Nasib baik ada supir. Alhamdulillah. Mudah sikit pergerakan hari tu.

Keluar je dari airport tu, hujan turun renyai. Supir bagitahu kat aku yang Yogyakarta ni sebenarnya dah berbulan bulan tak hujan. Tapi petang tu hujan! Haha! Tengah fikir macam mana kalau hujan sepanjang konsert tu. Dah lah tiket kitorang yang berdiri kat depan pentas tu. Harap kat Borobudur nanti tak hujan dah.



Segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Lapar! Kitorang tak makan lagi sejak turun daripada flight. Nak kejar masa punya pasal. Perjalanan ke Borobudur hari tu mengambil masa 2 jam lebih. Kitorang sampai dalam pukul 7 malam macam tu. Lepas tu kitorang terus bergegas ke kaunter untuk tukar tiket. Sekejap je. Lagipun dah tak ramai orang kat kaunter tu. Rasanya semua orang dah masuk kot? Maklum je lah konsert dah nak mula kejap lagi. Jangan tak tahu yang bersepah ulat tiket kat Borobudur tu. Seram! Tak pasti kalau ada yang jadi mangsa ulat tiket hari tu.

Sebelum ke tapak konsert, kitorang kena lepasi 4 laluan tapisan keselamatan. Alhamdulillah kitorang tak tersekat kat mana mana laluan sebab dari awal lagi kitorang dah asingkan mana yang boleh dibawa masuk mana yang tidak boleh dibawa masuk. Aku sedih juga bila tahu yang segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tak dapat nak ambil gambar dan video Mariah Carey dengan lebih jelas! Semua gambar dan video hari tu aku tangkap dan rekod menggunakan iPhone 7. Tapi hasilnya tetap memuaskan.




Mariah Carey betul betul kat depan aku!

Konsert dijangka bermula jam 8 malam. Tapi macam biasa lah mana ada konsert yang mula tepat pada waktunya. Konsert Mariah Carey ni memang tiada opening act. Tunggu punya tunggu akhirnya Mariah Carey muncul kat atas pentas! Haaa... Apa lagi? Menjerit setengah mati aku tengok Mariah Carey dengan mata kepala aku sendiri! Dah lah dekat gila! Haha! Puas hati betul dapat posisi dekat macam ni masa konsert.

Syukur hujan tak turun sepanjang konsert berlangsung. Aku tak tahu macam mana nak bayangkan apa yang akan berlaku kalau hujan turun dengan lebatnya. Kat atas pentas tu tak berbumbung, kat tempat kitorang berdiri ni tak berbumbung, kat tempat duduk belakang pun tak berbumbung. Haha!



Berbaloi ke?

Masa konsert lebih kurang 1 jam 30 minit. Walaupun aku rasa masa konsert tu boleh dipanjangkan lagi tapi aku tak rasa ralat sangat sebab aku berpeluang berada kat depan pentas menyaksikan Mariah Carey nyanyi secara live. Best! Aku akui yang suara Mariah Carey sekarang ni tak sama macam dulu. Tapi suara dia masih sedap dan dia masih boleh menyanyi dengan baik. 

Lupa nak bagitahu yang harga tiket hari tu cuma Rp 1 juta. Kalau dibandingkan dengan nilai mata wang Malaysia, tak sampai RM 300 pun. Apalah sangat berdiri tak sampai 2 jam tu. Lepas tu dapat tengok Mariah Carey dekat gila macam tu kan? Betul tak? Haha!


Jadi konsert seterusnya?

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com