Jumaat, 26 Oktober 2018

Sushi Zanmai - Halal Atau Tidak?

Salam.


Sebagai penggemar Sushi Zanmai, aku agak kecewa lepas mengetahui status sebenar Sushi Zanmai. Haaa... Status apa pula ni? Jangan kata status halal? Tak halal ke sebenarnya? Haha! Sabar ya. Banyak sangat soalan aku nak kena jawab ni. Padahal aku yang tanya sendiri semua soalan tu kan.

Berdasarkan soalan soalan yang telah dikemukakan kepada pihak Sushi Zanmai, beberapa persoalan telah dijawab. Adakah korang dah bersedia dengan segala kemungkinan? 

Menurut pihak Sushi Zanmai,
  • Tidak layak mendapat pensijilan halal kerana menghidangkan minuman beralkohol.
  • Mendapatkan bekalan daging ayam dan lembu daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal oleh Jakim. 
  • Pork free.
  • Senarai hidangan yang mengandungi mirin: zanmai dressing, wafu dressing, tempura sauce, ramen soup, soba soup, udon soup, gyoza sauce, ikura, cawanmushi, teriyaki steak, sukiyaki nabe, gyuniku enoki roll, kinoko butter yaki, yasai itame, yakiniku don, ebi don, sukiyaki don, katsu don, unatama don, oyako don, kimuchi don, miso soup.
  • Nasi sushi tidak mengandungi mirin tetapi hanya mengandungi cuka nasi yang 100% diperbuat daripada proses penapaian nasi secara tradisional Jepun.






Jangan tak tahu yang mirin tu adalah sejenis wine yang menyerupai sake. Boleh google untuk maklumat lanjut. Sejak aku tahu pasal ni, aku cuba elakkan makan Sushi Zanmai dah lepas tu. Nasib baik ada beberapa pilihan restoran sushi yang lain.

1 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com