Selasa, 23 Oktober 2018

Sarah Fazny Di D'Academy Asia 4, Bakal Ikut Jejak Shiha Zikir?

Salam.


Gelanggang D'Academy Asia 4 membuka tirai semalam dengan Kumpulan 1 yang menampilkan Sarah Fazny (Malaysia), Rara (Indonesia), Jorgelino (Timor Leste), Nazirul Zainal (Singapura), Wafy Zaidi (Brunei) dan Supaphorn (Thailand). Pusingan pertama Top 36 malam tadi telah menyaksikan wakil dari Thailand menjadi mangsa penyingkiran yang pertama.


Sarah Fazny telah menyanyikan lagu yang berjudul Biarlah Merana malam tadi dan mendapat pujian daripada Soimah, Mas Idayu, Inul Darastita dan Nassar. Rata rata memuji lenggok dan cangkuk dangdut yang disampaikan selain daripada artikulasinya yang jelas. Nyanyian Sarah Fazny juga tiada masalah pitching kecuali beberapa bahagian pada awalnya. 



Berdasarkan prestasi Sarah Fazny untuk malam tadi, aku rasa Sarah Fazny boleh mengulangi fenomena Shiha Zikir yang berjaya mencipta nama dan mendapat tempat di hati peminat peminat dangdut di Indonesia. Sebab apa? Sebab Sarah Fazny ni ada pakej yang lengkap dan boleh menyanyikan lagu dangdut dengan baik sama seperti Shiha Zikir.

Jangan tak tahu yang Shiha Zikir merupakan satu satunya wakil Malaysia yang berjaya menembusi Top 3 di pentas D'Academy Asia musim yang pertama. Setakat ini masih belum ada wakil dari Malaysia yang berjaya menyamai atau mengatasi rekod yang dicipta oleh Shiha Zikir. Mungkin Sarah Fazny akan berjaya mengikut jejak langkah Shiha Zikir? Siapa tahu kan? Mungkin juga terlalu awal untuk diduga. Tahun lepas kita mengharapkan Azizul Haqim untuk mendapat tempat dalam Top 3 namun akhirnya kecundang gara gara kesilapan yang fatal dalam Top 5.




Selain Sarah Fazny, kontinjen Malaysia turut diwakili oleh Wani Kayrie, Tyka, Fauziah Gambus, Zam Ryzam dan Adli Shazwi. Semoga wakil Malaysia tahun ni berjaya mendapat tempat dalam D'Academy Asia 4! All the best!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com