Ahad, 28 Oktober 2018

Lirik Lagu As'ad Motawh - Percaya

Salam.


Lirik Lagu As'ad Motawh - Percaya

Ku lihat kanan kiri begitu sunyi sepi
Buat aku sedari pedihnya realiti

I've been dreaming, I've been dreaming
For the things I wanna chase
I've been looking, I've been waiting
For the perfect time to raise

I've been waiting, waiting for this
Waiting for this moment to come
Waiting for this moment to come
To come

Na na na na na na
I believe I believe in my dreams
I believe I believe in my dreams
Na na na na na

Na na na na na na
I believe I believe in me
I believe I believe in you
I believe in us

I believe in us

Kini aku fahami maknanya yakin diri
Yakin aku berdiri sendiri dan berani

Never ever hide
Struggle hustle day and night
You know it's a fight

Never ever hide
I know it'll be alright
Chill and take that vibe

Jumaat, 26 Oktober 2018

Sushi Zanmai Tidak Halal Kerana ...

Salam.


Sebagai penggemar Sushi Zanmai, aku agak kecewa lepas mengetahui status sebenar Sushi Zanmai. Haaa... Status apa pula ni? Jangan kata status halal? Tak halal ke sebenarnya? Haha! Sabar ya. Banyak sangat soalan aku nak kena jawab ni. Padahal aku yang tanya sendiri semua soalan tu kan.

Berdasarkan soalan soalan yang telah dikemukakan kepada pihak Sushi Zanmai, beberapa persoalan telah dijawab. Adakah korang dah bersedia dengan segala kemungkinan? 

Menurut pihak Sushi Zanmai,
  • Tidak layak mendapat pensijilan halal kerana menghidangkan minuman beralkohol.
  • Mendapatkan bekalan daging ayam dan lembu daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal oleh Jakim. 
  • Pork free.
  • Senarai hidangan yang mengandungi mirin: zanmai dressing, wafu dressing, tempura sauce, ramen soup, soba soup, udon soup, gyoza sauce, ikura, cawanmushi, teriyaki steak, sukiyaki nabe, gyuniku enoki roll, kinoko butter yaki, yasai itame, yakiniku don, ebi don, sukiyaki don, katsu don, unatama don, oyako don, kimuchi don, miso soup.
  • Nasi sushi tidak mengandungi mirin tetapi hanya mengandungi cuka nasi yang 100% diperbuat daripada proses penapaian nasi secara tradisional Jepun.






Jangan tak tahu yang mirin tu adalah sejenis wine yang menyerupai sake. Boleh google untuk maklumat lanjut. Sejak aku tahu pasal ni, aku cuba elakkan makan Sushi Zanmai dah lepas tu. Nasib baik ada beberapa pilihan restoran sushi yang lain.

Lirik Lagu Ismail Izzani - Bidadari

Salam.


Lirik Lagu Ismail Izzani - Bidadari

Bukan nak kurang ajar
tapi ku tak sengaja
kau pun tahu

Darah muda tak sabar
ku mahu semuanya
tak hiraukan mu

Tak pernah pula aku fikirkan mu
walaupun kau selalu fikirkan ku
asyik membuat mu derita

Nak pendekkan cerita
ku tahu ku bersalah
selalu sibuk melayan hati ku

Kau tetap ada
walaupun diri ku tak sempurna
dan tiada mati
kasih kau di hati ku
sepanjang hidup ku

Kau terima ku seadanya
biarpun kau sering ku luka
bidadari ku
bidadari ku

Berikan ku peluang
silap ku takkan ulang
itu janji ku

I will be your number one
and light up like the sun
yang kau harapkan

Seharusnya selalu fikirkan mu
kerana kau selalu fikirkan ku
takkan membuat mu derita

Nak pendekkan cerita
ku tahu ku bersalah
kan ku jaga tiap sudut hati mu

Harus kau maafkan ku
kau hidup dan mati ku

Percayalah ku kan berada
sentiasa hanya di sisi mu
kau yang satu bidadari ku

Lirik Lagu Ariff Bahran - Juara Dusta

Salam.


Lirik Lagu Ariff Bahran - Juara Dusta

Kau yang dulu bersama ku
menjerang waktu sepenuh cinta
susah senang kita nikmati

Kau yang sempat selalu
membangkitkan semangat hidup
sungguh kau kekasih yang hebat

Kini kau mendapatkan
apa yang tak ku miliki
yang tak boleh aku beri
kau tinggalkan aku pergi sendiri

Selamat jalan cinta
semoga bahagia
kau lah pemenangnya
kau lah yang juara

Kau menang di hati ku
kau juara dusta
kau dustai aku dengan mimpi mu
yang hanya membuat ku terus berharap

Terfikirkah oleh mu
betapa sakitnya aku
tiada pernah ku rasa
aku harus membalas mu

Kau telah memilihnya
dan aku tidak berdaya
kau tinggalkan aku pergi sendiri

Rabu, 24 Oktober 2018

Pengalaman Parti & Lari Di The Music Run 2018

Salam.


Ni kali pertama aku join The Music Run yang dibawakan oleh AIA Vitality. Terima kasih AirAsia Bloggers' Community kerana memberi peluang untuk aku merasai pengalaman ni. Rasanya dah beberapa tahun juga The Music Run ni diadakan. Tapi baru tahun 2018 ni aku ada rezeki untuk sertai. Rezeki tak pernah salah alamat kan?


Tahun ni The Music Run diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apa yang membezakan The Music Run dengan acara lain yang lain? Haaa... Kita akan disajikan dengan lagu lagu yang merangsang adrenalin kita sepanjang larian sama ada 5 kilometer mahupun 10 kilometer. Jadi larian kita tak bosan sangat lah. Lepas tu dah tak payah dah pakai earphones ke earbuds ke nak dengar lagu lagu daripada phone kita.




Tapi acara yang paling ditunggu tunggu dalam The Music Run ni adalah selepas tamatnya larian kita hari tu. Sebab apa? Sebab ada parti! Haha! Hebat betul lepas habis larian kita ada parti siap jemputan DJ Sam Withers. Sah sah lah aku tak kenal langsung siapa DJ Sam Withers tu. Tapi enjoy juga layan parti tu. Haha!

Selain daripada parti, The Music Run turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dalam stadium tu. Aku nak senaraikan satu satu pun aku tak tahu nama setiap aktiviti tu. Kalau nak tahu, kena join The Music Run tahun depan ya? Boleh? Senang kerja aku. Haha!



Pada pendapat aku, The Music Run ni memberikan pengalaman yang baru dan segar untuk aku yang tak pernah sertai larian seumpamanya sebelum ni.

Lirik Lagu Santesh - Mymuna

Salam.


Selepas kejayaan lagu Amalina, Santesh akan kembali dengan lagu baharu yang berjudul Mymuna. Tak pasti kenapa tidak menggunakan ejaan yang biasa seperti Maimuna ataupun Maimunah. Lagu ciptaan siapa lagi kalau bukan Harry Khalifah. Tapi lagu ni baru didengarkan teaser saja. Lagu penuh masih belum dikeluarkan lagi. Adakah lagu ni bakal mengulangi kejayaan lagu sebelumnya? Tak mustahil! Masih menggunakan formula yang sama, lagu yang masih belum release ni adalah merupakan kesinambungan daripada lagu Amalina. Nak tahu apa kaitannya? Tengok lirik di bawah.

Lirik Lagu Santesh - Mymuna

Semenjak kau hadir di hidup ini
Kau lah bidadari yang menghibur hati
Gelak tangis mu bagai irama murni
Tanpa mu sehari hidup sungguh sunyi

Mymuna Mymuna anak Amalina
Mymuna Mymuna buah hati kita

Lepas ni nama siapa pula akan jadi pilihan Santesh? Dan apa pula kesinambunganya?

Selasa, 23 Oktober 2018

Sarah Fazny Di D'Academy Asia 4, Bakal Ikut Jejak Shiha Zikir?

Salam.


Gelanggang D'Academy Asia 4 membuka tirai semalam dengan Kumpulan 1 yang menampilkan Sarah Fazny (Malaysia), Rara (Indonesia), Jorgelino (Timor Leste), Nazirul Zainal (Singapura), Wafy Zaidi (Brunei) dan Supaphorn (Thailand). Pusingan pertama Top 36 malam tadi telah menyaksikan wakil dari Thailand menjadi mangsa penyingkiran yang pertama.


Sarah Fazny telah menyanyikan lagu yang berjudul Biarlah Merana malam tadi dan mendapat pujian daripada Soimah, Mas Idayu, Inul Darastita dan Nassar. Rata rata memuji lenggok dan cangkuk dangdut yang disampaikan selain daripada artikulasinya yang jelas. Nyanyian Sarah Fazny juga tiada masalah pitching kecuali beberapa bahagian pada awalnya. 



Berdasarkan prestasi Sarah Fazny untuk malam tadi, aku rasa Sarah Fazny boleh mengulangi fenomena Shiha Zikir yang berjaya mencipta nama dan mendapat tempat di hati peminat peminat dangdut di Indonesia. Sebab apa? Sebab Sarah Fazny ni ada pakej yang lengkap dan boleh menyanyikan lagu dangdut dengan baik sama seperti Shiha Zikir.

Jangan tak tahu yang Shiha Zikir merupakan satu satunya wakil Malaysia yang berjaya menembusi Top 3 di pentas D'Academy Asia musim yang pertama. Setakat ini masih belum ada wakil dari Malaysia yang berjaya menyamai atau mengatasi rekod yang dicipta oleh Shiha Zikir. Mungkin Sarah Fazny akan berjaya mengikut jejak langkah Shiha Zikir? Siapa tahu kan? Mungkin juga terlalu awal untuk diduga. Tahun lepas kita mengharapkan Azizul Haqim untuk mendapat tempat dalam Top 3 namun akhirnya kecundang gara gara kesilapan yang fatal dalam Top 5.




Selain Sarah Fazny, kontinjen Malaysia turut diwakili oleh Wani Kayrie, Tyka, Fauziah Gambus, Zam Ryzam dan Adli Shazwi. Semoga wakil Malaysia tahun ni berjaya mendapat tempat dalam D'Academy Asia 4! All the best!

30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (2018)

Salam.


Tahniah! 30 lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik 33 bagi tahun 2018 telah pun diumumkan. Aku boleh kata ada banyak lagu yang hebat dan popular untuk musim kali ni. Susah nak pilih 12 lagu terbaik! Tapi ada juga lagu yang kurang dikenali berjaya ke separuh akhir. Nak buat macam mana, semua bergantung kepada undian peminat dan penyokong semata-mata. Selain daripada kuota TV3 sendiri kan? Haha!

Senarai 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 33 
  1. Kata Akhirmu - Ariff Bahran
  2. Dia - Dayang Nurfaizah
  3. Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer
  4. Rintihan Rindu - Wany Hasrita
  5. Cakap Ke Tangan - Stacy
  6. Bunga - Ara Johari
  7. Sulit - Aman Aziz
  8. Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor
  9. Hajat - Hael Husaini
  10. Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli
  11. Di Matamu - Sufian Suhaimi
  12. Bercanda Di Malam Indah - Kugiran Masdo
  13. Seindah Berdua - Dewi Seriestha
  14. Sesungguhnya Aku - Alif Satar
  15. Luluh - Khai Bahar
  16. Sampai Bila - Misha Omar
  17. Kau Pun Sama - Syamel
  18. Stereotype - Akim & The Majistret
  19. Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  20. Mimpi - Liza Hanim
  21. Demi Kita - Ismail Izzani
  22. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli Ft. Aman Ra
  23. Jagakan Dia - Shiha Zikir
  24. Layarlah Kembali - Dayang Nurfaizah
  25. Kisah Antara Kita - One Avenue Band
  26. Bunga - Altimet
  27. Hikayat Benladin - Ben Ladin
  28. Semakin - Siti Sarah
  29. Dia - Qody
  30. Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna

Agak agak lagu yang mana akan mara ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) ni?

Lirik Lagu Ara Johari - Paku

Salam.


Dah dengar single baharu Ara Johari? Lagu yang diberikan judul Paku ni lebih kental dengan elemen rock berbanding lagu lagu sebelumnya. Sejujurnya aku kena dengar dua tiga kali baru boleh masuk dengan lagu ni. Sekarang kepala aku siap terangguk angguk setiap kali dengar lagu ni. Memang layan habis!

Lirik Lagu Ara Johari - Paku

Sudah lama ku di sini menanti mu
Namun engkau tidak pernah memandang ku
Hati ini tak mungkin akan menyerah
Untuk dapatkan untuk hanya memiliki mu

Pandangan mata mu membuat ku terjatuh
Tersungkur di dalam hati mu

Ku terpaku ku kaku di depan mu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada Mu
Bina mahligai di dunia di syurga

Pada pendapat aku, lagu lagu Ara Johari belum pernah mengecewakan. Mungkin kena dengan jiwa aku kot?

Rabu, 17 Oktober 2018

Pengalaman Seram Di Nights Of Fright 6 Sunway Lagoon Malaysia

Salam.


Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Mari sini aku nak cadangkan satu aktiviti bagi mengisi hujung minggu kau orang lagi lagi dalam bulan Oktober ni. Aktiviti ni santai je. Sejenis aktiviti jalan jalan cari hantu. Boleh? Yes! Aku cadangkan kau orang pergi mana mana tanah perkuburan yang berdekatan dan tunggu sampai hantu hantu muncul. Haha! Tak lah. Aku cadangkan kau orang pergi Nights of Fright 6 kat Sunway Lagoon Malaysia yang dibuka setiap hujung minggu sepanjang bulan Oktober ni.

Hari: Jumaat hingga Ahad
Tarikh: 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018
Masa: 7.30 malam hingga 11.30 malam


Katanya tahun ni lebih menakutkan! Betul ke? Nights of Fright 6 ada menyediakan 8 jenis rumah hantu yang menjanjikan pengalaman menarik dan menyeramkan sepanjang kau orang berada di situ. Tapi hari tu aku tak sempat nak masuk semua rumah sebab ramai gila orang! Aku hanya sempat masuk Wendigo, Slaughterhouse 13, Ghost Face dan Scary Tales Theater. Jadi aku harap kau orang boleh susun awal awal rumah hantu mana nak masuk dulu supaya tak kempunan ikan tembakul di kemudian hari.


Senarai Rumah Hantu Nights of Fright 6

Wendigo


Phobia


Slaughterhouse 13


Ghost Face


Scary Tales Theater


Zombie Zoo


Ghostbusters


Horrorwood Studios


Harga Tiket Nights of Fright 6

Normal Rate: RM69
Express Combo: RM114 

Kalau nak harga tiket yang lebih murah, ada harga promosi untuk pengguna dan pelanggan Maybank, AEON, UOB, Hong Leong Bank, Celcom dan Digi. Kau orang boleh rujuk laman web Sunway Lagoon untuk maklumat lanjut. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa uji keberanian kau orang hanya di Nights of Fright 6! Dibawakan khas oleh Sunway Lagoon Malaysia.

Selasa, 16 Oktober 2018

Pengalaman Lari HSN21KM Sempena Hari Sukan Negara 2018

Salam.


Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lepas, aku telah berjaya melengkapkan larian 5 kilometer anjuran Proton HSN21KM bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2018. Dah lama sebenarnya aku tak join event running ni. Mungkin sebab tu badan aku seperti kembang semacam je. Haha!



Dah 2 tahun dah event HSN21KM ni buat kat Dataran Merdeka. Dan dah 2 tahun juga aku join event HSN21KM ni. Tapi tahun ni tukar tempat pula dah. Tahun ni dia buat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jadi kita orang naik tren je pergi sana.

Trek larian 5 kilometer kali ini bermula di stadium dan kemudian patah balik di Calvary Convention Centre sebelum ke garisan penamat. Pada pendapat aku, trek dia agak mudah. Tapi ada juga beberapa bahagian yang mendaki. Cuma tak terlalu mencabar. Haha! Berlagak nampak? Aku ambil masa lebih kurang 30 minit untuk menamatkan larian tu. Not bad lah untuk aku yang jarang join event running macam ni.




Jumpa lagi tahun depan!

Isnin, 1 Oktober 2018

Lirik Lagu Isma Sane - Derita

Salam.


Aku tak kenal siapa Isma Sane ni. Tapi aku tahu yang lagu Derita ni popular dalam kalangan netizen. Sana sini orang nyanyi dan cover lagu tu. Apa yang sedap sangat dengan lagu Derita ni? Haaa... Korus lagu ni relatable dengan mereka yang pernah bercinta dan disakiti. Bait bait lirik yang direct dan mudah difahami menambahkan lagi rasa pedih tu. Jangan tak tahu yang lagu ni ciptaan sepenuhnya oleh Isma Sane sendiri.

Lirik Lagu Isma Sane - Derita

Ku sangkakan kau permata
Tapi hanyalah di mata
Bagai duri yang melukai
Diri ini

Sejujurnya ku tiada
Teman lain di hati ku
Kau berubah tanpa ku rela
Mengapa ini terjadi

Kau katakan sayang tapi ku terluka
Ego mu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal diri mu punca semuanya

Bagaimana lagi harus ku terima
Jika kau begini
Yang selalu menyakiti ku
Walaupun bersama kau selit derita

Video muzik lagu ni baru je dilancarkan pada dua hari yang lepas. Sedih tengok video muzik dia. Jangan lupa sediakan tisu sehelai dua mana tahu teresak esak lepas tengok video muzik ni. Haha!

Lirik Lagu Safiey Illias - Syinta Gila

Salam.


Wah! Sekarang giliran Safiey Illias pula tampil dengan single pertama yang berjudul Syinta Gila. Lagu baru ni masih belum release sepenuhnya. Cuma dia dah tunjuk teaser sikit kat youtube dia. Tapi tak sampai 30 saat pun. Tapi sekali dengar terus dah boleh tangkap! Lagu yang catchy dan mudah melekat di telinga.

Lirik Lagu Safiey Illias - Syinta Gila

Banyak orang suka padaku
Banyak pula yang benci diriku
Ku tak peduli inilah diriku
Yang cantik yang manja yang paling juara

Aku hanya seorang wanita
Ingin cinta ingin dimanja
Ku tak peduli orang bercerita
Aku memang yang paling jelita

Kau bilang aku memang cantik
Ku tahu diri ku paling menarik
Tak henti henti mata mu melirik
Syinta syinta syinta syinta gila

Kau akui ku memang cantik
Kau cuba buat hati ku terusik
Buktikanlah diri mu yang terbaik
Syinta syinta syinta syinta syinta gila

Syinta gila... Kau syantik...
Kau syinta... Syinta gila...

Sama sama kita nantikan macam mana lagu ni bila dah release nanti.

Gegar Vaganza 2018 - Kedudukan, Markah & Lagu Konsert Mingguan Musim Ke-5

Salam.


Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Pertama
  1. Amelina - 73.8%
  2. Zamani Slam - 72.3%
  3. Shafie RIO - 64.0%
  4. Maya - 63.0%
  5. Dia Fadila - 58.9%
  6. Forteen - 55.6%
  7. Hetty Sarlene - 54.5%
  8. Farawahida - 53.3%
  9. Safura - 53.1%
  10. Noryn Aziz - 51.9%
  11. Billy Zulkarnain - 49.0%
  12. Elite - 46.7%

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Kedua

Tema: Dalam Diam Aku Mencintaimu
  1. Amelina - Kembali Terjalin (Slam)
  2. Zamani Slam - Andai (Dia Fadila)
  3. Shafie RIO - Via (Phyne Ballerz)
  4. Maya - Hilangkan Segalanya (Farawahida)
  5. Dia Fadila - Cerita Cinta (Noryn Aziz)
  6. Forteen - Manisnya Senyumanmu (Elite)
  7. Hetty Sarlene - Ah! Rindu Lagi (Amelina)
  8. Farawahida - Rindu Aku Rindu (Hetty Sarlene)
  9. Safura - Diari Biru (Maya)
  10. Noryn Aziz - Trauma (Elite)
  11. Billy Zulkarnain - Mentari Muncul Lagi (Slam)
  12. Elite - Bulan Cinta (Amelina)

Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Kedua
  1. Noryn Aziz - 81.9%
  2. Amelina - 81.6%
  3. Shafie RIO - 81.4%
  4. Hetty Sarlene - 72%
  5. Maya - 69%
  6. Billy Zulkarnain - 67.6%
  7. Dia Fadila - 64.4%
  8. Zamani - 64.2%
  9. Forteen - 61.9%
  10. Farawahida - 56.6%
  11. Elite - 48.5%
  12. Safura - 39.7% (Tersingkir)

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Ketiga

Tema: Lain Macam
  1. Noryn Aziz - Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
  2. Amelina - Segalanya Pasti (Aida Agil)
  3. Shafie RIO - Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)
  4. Hetty Sarlene - Pawana (Search)
  5. Maya - I Have Nothing (Whitney Houston)
  6. Billy Zulkarnain - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
  7. Dia Fadila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
  8. Zamani - This Love (Maroon 5)
  9. Forteen - Suci Dalam Debu (Iklim)
  10. Farawahida - Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)
  11. Elite - Ku Bahagia (Melly Goeslow)

Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Ketiga
  1. Amelina - 81.8%
  2. Farawahida - 72.6%
  3. Noryn Aziz - 70.6%
  4. Dia Fadila - 59.2%
  5. Zamani - 59.0%
  6. Hetty Sarlene - 57.0%
  7. Shafie RIO - 54.5%
  8. Maya - 54.0%
  9. Forteen - 53.0%
  10. Billy Zulkarnain - 51.5%
  11. Elite - 49.5% (Tersingkir)

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Ke-4

Tema: Gegar Vaganza Gegar Bergabung (GVGB)
  1. Amelina & Sam Innuendo - Tak Pernah Hilang (Amylea & Kaer)
  2. Farawahida & Ezad Lazim - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti & Ajai)
  3. Noryn Aziz & Liza Hanim - Seksis (Anita Sarawak)
  4. Dia Fadila & Rahmat Mega - Tangisan Marhaenis (Dia Fadila & Hattan)
  5. Zamani & Mamat Exists - Ghazal Untuk Rabiah (M Nasir & Jamal Abdillah)
  6. Hetty Sarlene & Zarul Umbrella - Aku Cinta Aku Rindu (Nurul & Ajai)
  7. Shafie RIO & Azharina - Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslow & Eric)
  8. Maya & Tia Jinbara - Bujang Senang (Wings)
  9. Forteen & Haiza - Seluruh Cinta (Siti Nurhaliza & Cakra Khan)
  10. Billy Zulkarnain & Siti Nordiana - Hanya Memuji (Shanty & Marcell)

Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Ke-4
  1. Noryn Aziz - 73.9%
  2. Maya - 73.8%
  3. Dia Fadila - 68.1%
  4. Forteen - 60.8%
  5. Farawahida - 58.0%
  6. Zamani - 57.7%
  7. Hetty Sarlene - 56.8%
  8. Amelina - 52.9%
  9. Billy Zulkarnain - 49.4%
  10. Shafie RIO - 46.7% (Tersingkir)

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Ke-5

Tema: Lama Tak Dengar
  1. Noryn Aziz - One Night Only (Jennifer Holliday)
  2. Maya - Sekadar Di Pinggiran (Francissca Peter)
  3. Dia Fadila - Menghitung Hari (Salamiah Hassan)
  4. Forteen - Hatiku Luka Lagi (Black Dog Bone)
  5. Farawahida - Kau Merubah Segalanya (Fauziah Latiff)
  6. Zamani - Mengapa Perpisahan Kau Pinta (The Flybaits)
  7. Hetty Sarlene - Mawar Putih Untuk Mama (Sharifah Aini)
  8. Amelina - Pelangi Petang (Sudirman)
  9. Billy Zulkarnain - Antara Anyer Dan Jakarta (Sheila Majid)

Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Minggu Ke-5
  1. Dia Fadila - 77.2%
  2. Maya Ruslee - 70.8%
  3. Noryn Aziz - 64.7%
  4. Forteen - 63.9%
  5. Amelina - 60.5%
  6. Billy Zulkarnain - 56.5%
  7. Farawahida - 56.0%
  8. Hetty Sarlene - 51.5%
  9. Zamani - 0.0%

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Suku Akhir Minggu Ke-6

Tema: Terbaik Bos
  1. Dia Fadila - Bencinta (Faizal Tahir)
  2. Maya Ruslee - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
  3. Noryn Aziz - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
  4. Forteen - Satu (Tan Sri S. M. Salim)
  5. Amelina - Seroja (Search)
  6. Billy Zulkarnain - Back At One (Brian McKnight)
  7. Farawahida - Ayat Ayat Cinta (Rossa)
  8. Hetty Sarlene - Korban Cinta (Ziana Zain)
  9. Zamani - Hapus Aku (Nidji)

Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Suku Akhir Minggu Ke-6
  1. Amelina - 78.1%
  2. Billy Zulkarnain - 77.5%
  3. Zamani - 72.8%
  4. Dia Fadila - 70.8%
  5. Maya Ruslee - 68.2%
  6. Noryn Aziz - 64.3%
  7. Forteen - 63.0%
  8. Hetty Sarlene - 62.8%
  9. Farawahida - 61.5% (Tersingkir)

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Separuh Akhir Minggu Ke-7
  1. Amelina - Kuch Kuch Hota Hai (Udit Narayan & Alka Yagnik) & Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff)
  2. Billy Zulkarnain - Mengenangmu (Kerispatih) & Mulanya Di Sini (Freedom)
  3. Zamani - Di Matamu (Sufian Suhaimi) & Dekat Padamu (Yusry)
  4. Dia Fadila - I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith) & Pematah Hati (Nabila Razali)
  5. Maya Ruslee - Tiada Kepastian (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
  6. Noryn Aziz - Dahsyat (Mojo) & Cintaku 100% (Mas Idayu)
  7. Forteen - Potret (Akim & The Majistret) & Cinta Di Akhir Garisan (Nora, Ning Baizura, Ziana Zain & Dessy Fitri)
  8. Hetty Sarlene - Pencuri Hati (Ayda Jebat) & Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)

Kedudukan dan Senarai Markah Peserta Gegar Vaganza Konsert Separuh Akhir Minggu Ke-7
  1. Noryn Aziz - 71.5%
  2. Amelina - 67.2%
  3. Dia Fadila - 66.4%
  4. Maya Ruslee - 66.0%
  5. Zamani - 64.4%
  6. Billy Zulkarnain - 61.1%
  7. Hetty Sarlene - 60.2% (Tersingkir)
  8. Forteen - 58.1% (Tersingkir)

Senarai Lagu Tugasan Peserta Gegar Vaganza Konsert Akhir Minggu Ke-8

Pusingan Duet
  1. Noryn Aziz & Awi Rafael - Laskar Cinta (Dewa 19)
  2. Amelina & Bob - The Power Of Love (Celine Dion)
  3. Dia Fadila & Ajai - Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)
  4. Maya Ruslee & Ernie Zakri - Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)
  5. Zamani & Ameng - Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M Nasir)
  6. Billy Zulkarnain & Idayu - Curiga (Ning Baizura)

Pusingan Battle
  1. Noryn Aziz VS Dia Fadila - Where Is The Love (The Black Eyed Peas)
  2. Amelina VS Maya - Teman Pengganti (Black & Malique)
  3. Billy Zulkarnain VS Zamani - Bunga (Altimet)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com