Khamis, 27 September 2018

5 Tempat Wajib Makan Di Hat Yai - Trip 3 Hari 2 Malam

Salam.


Selamat dah trip jalan jalan cari makan aku di Hat Yai selama 3 hari 2 malam. Aku pergi dan balik naik bas je. Jimat sikit. Malas nak naik tren sebab nak kena tukar kat Padang Besar. Tapi kekurangan naik bas ni bila ada kesesakan lalu lintas. Haaa... Masa perjalanan yang dijangka 6 jam hingga 8 jam boleh jadi 10 jam hingga 12 jam. Tu lah yang aku hadapi masa balik dari Hat Yai hari tu. Tak pasal pasal aku terlepas nak balik Melaka lepas tu. Haha!

Ramai gila orang Malaysia pergi bercuti ke Hat Yai sekarang ni. Serius aku tak tipu. Dah macam ada perhimpunan rakyat Malaysia kat sana tu. Maklum je lah Hat Yai ni kan tengah viral sekarang ni. Rugi pula tak ambil kesempatan yang ada sebab tak susah pun nak ke Hat Yai ni. Naik kapal terbang boleh, naik tren boleh, naik bas boleh, naik kereta boleh. Ikut suka hati kau orang lah nak naik apa asalkan kau orang bahagia.

Seperti yang semua sedia maklum, Hat Yai ni ada banyak tempat makan yang menarik dan sedap. Memang kita datang Hat Yai untuk makan. Jadi kat sini aku senaraikan 5 tempat wajib makan di Hat Yai. 

#1 Dim Sum Chabura

#2 Kai Tod Decha

#3 Khlong Hae Floating Market

#4 Asean Night Bazaar (Market)

#5 Punthai Coffee, Odean Shopping Mall

Dah alang alang tu, aku nak kongsikan itinerary trip 3 hari 2 malam aku sepanjang aku berada di Hat Yai. Tapi sebenarnya tak sampai 3 hari sebab hari yang ketiga tu aku dah kena berada di stesen bas sebelum tengahari. Pada pendapat aku, trip ke Hat Yai ni tak perlu sampai 3 hari 2 malam pun, 2 hari 1 malam pun dah cukup. Serius.

15 September 2018 Sabtu

Sarapan roti telur
30 baht

Minum kopi di Punthai Coffee
45 baht

Grab ke Airbnb (berhampiran Central Festival)
76 baht / 2 orang

Grab ke Kai Tod Decha
60 baht / 2 orang

Makan tengahari di Kai Tod Decha
235 baht / 2 orang

Grab ke Khlong Hae Floating Market
201 baht / 2 orang

Grab ke Asean Market
245 baht / 6 orang

Jus buah-buahan
30 baht

Minum kopi di Coffee World, Central Festival
59 Baht


16 September 2018 Ahad

Tuktuk ke Chabura Dimsum singgah Kin Exchange
200 baht / 2 orang

Makan tengahari di Chabura Dimsum
285 baht / 2 orang

Tuktuk ke Diana Complex Shopping Mall
60 baht / 2 orang

Minum kopi di Dunkin Donuts
59 baht

Grab ke Odean Shopping Mall
66 baht / 2 orang

Aiskrim kelapa tepi jalan
50 baht

Makan malam maggi tom yam seafood
60 baht

Grab ke Airbnb
70 baht / 2 orang


17 September 2018 Isnin

Grab ke Alisan Coach
80 baht

Sarapan nasi kerabu
60 baht

Minum kopi di Punthai Coffee
45 baht


Gambar gambar selebihnya akan dimuat naik kemudian.

1 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com