Rabu, 16 Mei 2018

Siapa Syed Saddiq? 11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Syed Saddiq

Salam.


Siapakah anak muda bernama Syed Saddiq yang tiba tiba menjadi perbualan hangat terutamanya kat laman laman sosial sekarang ni? Kenapa dah menang baru nak jadi rebutan? Kenapa bukan aku? Kenapa? Haha! Jadi mari kita tengok 11 perkara yang korang perlu tahu tentang aku ehhh silap silap tentang Syed Saddiq ni.

11 Perkara Tentang Syed Saddiq Yang Anda Perlu Tahu

#1 Menggemari artis antarabangsa Selena Gomez.

#2 Tidak gemar dipanggil YB atau Yang Berhormat. Katanya bila dipanggil macam tu rasa diri dah tua sangat.

#3 Yakin 10 janji 100 hari Pakatan Harapan dapat ditunaikan. Fingers crossed!

#4 Meminati bidang pendidikan atau perguruan. Maksudnya ada minat nak jadi cikgu lah ni kan?

#5 Memenangi kerusi parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

#6 Menanti situasi berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin dalam sidang Parlimen.

#7 Dilahirkan pada tanggal 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor.

#8 Suka bermain polo air dan hoki.

#9 Telah memenangi Asia's Best Speaker Award di Asian British Parliamentary Debating Championship sebanyak tiga kali. Pehhh... Tiga kali tu!

#10 Anak ibu! Ibu Syed Saddiq adalah merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah.

#11 Tidak mempunyai kekasih buat masa ini.


Kalau korang tak tahu lagi . Haaa... Dah tu korang tak payah nak pecah ovari sangat! Haha! Tak tak. Aku tak dengki.

1 ulasan:

  1. Tanpa NamaMei 27, 2018

    Tahniah still lagi aktif ber blogging... Allahu... Terkenang pula arwah Hamdi.. Alfatihah

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com