Rabu, 18 April 2018

Pencarian Wanita Melayu (Ikon Wanita) Bermula Sekarang!

Salam.


Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) kembali buat tahun kelima untuk membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu bagi merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Istimewanya kali ni pihak penganjur Plaza Shah Alam membuka peluang kepada semua gadis tanpa mengira saiz dan berat badan. Untung kan?

Barisan pemenang PWM yang lepas. Dari kiri: Ashira Kaseh (2014), Hazwani Zaini (2015), Ayu Harris (2016) dan Nurul Ain (2017).

Sesi uji bakat PWM2018 telah diadakan pada 7 April 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Peserta dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan. Beberapa soalan diajukan oleh juri bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan. Nervous ke tidak tu?






Setelah menjalani sesi uji bakat, seramai 30 orang peserta telah dipilih oleh juri untuk meneruskan perjalanan dalam merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Tahniah kepada 30 orang peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir PWM2018! Haaa... Mari kita tengok sikit calon-calon menantu ehhh calon-calon juara PWM2018 kat bawah ni.


Penaja utama PWM2018 ni bukan calang calang jenama ya! Haaa... Habib Jewels sekali lagi menjadi penaja utama PWM2018 kali ni bersama Ice-Watch. Penaja-penaja yang lain adalah Elianto Makeup, Arco.my, D'Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

Puan Azura Mokhtar bersama General Manager Ice-Watch, Encik Rizwan.

Tentatif Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

5 April 2018 (Khamis)
Press Conference PWM2018

7 April 2018 (Sabtu)
Sesi Uji Bakat PWM2018

21 April 2018 (Sabtu)
Semi-final PWM2018

22 April 2018 (Ahad)
Mentoring session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & sesi fitting acara final
  • Sesi fotografi finalis PWM2018

23 April 2018 (Isnin)
Kelas Solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto, Mid Valley

25 April 2018 (Rabu)
Lawatan ke ibu pejabat Habib Jewels

26 April 2018 (Khamis)
Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018 (Sabtu)
Acara Kemuncak Akhir PWM2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 


Bagi menyuntik kelainan, PWM2018 memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak akhir PWM2018. Jadi, Karl Shafek telah diberikan mandat dan kepercayaan sebagai pengacara. Ismail Izzani pula akan membuat persembahan di acara kemuncak akhir PWM2018 yang bakal berlangsung pada 28 April ini. Untuk mengikuti perkembangan PWM2018 dengan lebih dekat, korang boleh follow laman rasmi seperti di bawah:


Semoga berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com