Khamis, 22 Mac 2018

Mendaki Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Salam.


Pada hari Selasa bersamaan dengan 20 Mac 2018, aku dan kawan-kawan kat tempat kerja telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi yang terletak kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Haaa... Jangan risau, aktiviti mendaki Gunung Angsi ni dah dapat pelepasan dari Pengarah. Lagipun pelajar-pelajar tengah cuti pertengahan semester sekarang ni.

Kami bergerak dengan menaiki kenderaan sendiri. Tiada kenderaan disediakan nampaknya. Jadi semua bertolak dari rumah masing-masing. Jarak rumah aku dengan Gunung Angsi lebih kurang 70 kilometer, hampir 60 minit masa perjalanan. Aku keluar rumah lepas Subuh dalam pukul 6:20 pagi tu! Gigih ke tidak? Aku pergi kerja pun tak pernah seawal tu.


Tempat Permulaan Mendaki Gunung Angsi

Hari tu aku terus buka aplikasi Waze dan terus cari "Gunung Angsi Entrance". Alhamdulillah. Aku terus sampai kat tempat permulaan mendaki Gunung Angsi tu. Paling mengejutkan aku orang pertama sampai kat situ! Kalau ikut rekod ketepatan masa aku, aku sentiasa gagal je. Tak sangka hari tu aku sangat cemerlang! Haha! Jadi untuk mudah tak nak sesat atau salah tempat, korang guna Waze je. Mudah kan? Cuma jodoh je korang tak boleh nak guna Waze.




Permit dan Pendaftaran

Kat situ nanti ada kaunter permit dan pendaftaran. Kaunter dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat (7:30 pagi - 11:00 pagi) dan Sabtu hingga Ahad (6:00 pagi - 11:30 pagi). Harga permit untuk mendaki Gunung Angsi adalah serendah RM5.  Tapi hari tu kaunter lambat buka sikit dekat 8:45 pagi juga baru buka walaupun kat situ diberitahu kaunter buka pukul 7:30 pagi. Maklum je lah, hari bekerja kan tak ramai orang maka tu kaunter dia buka lambat sikit.


Trek Pendakian

Trek mendaki Gunung Angsi ni pada pendapat aku berada pada tahap sederhana. Ada part curam, ada part landai. Tapi dorang kata trek Gunung Datuk lebih mencabar! Aku pun tak ingat macam mana trek Gunung Datuk. Aku pernah naik Gunung Datuk masa Tingkatan 5 tahun 2005 dulu. Haaa... Diam tak diam dah 13 tahun dah aku tinggalkan sekolah! Gila! Apasal aku rasa macam baru tahun lepas ambil SPM? Nampak sangat menipu kan?





Masa Mendaki

Kami mula mendaki lebih kurang pukul 9:00 pagi macam tu. Sepanjang mendaki tu, beberapa kali juga aku berhenti rehat. Haha! Semput lah! Usia dah mencecah angka 30 ni, rasa stamina ni dah sendu sangat. Tapi alhamdulillah, aku dan tiga orang kawan yang lain berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi dalam masa 1 jam 20 minit. Kira kami ni empat orang pertama yang sampai ke puncak Gunung Angsi hari tu. Agak agak pukul berapa aku sampai kat puncak tu? Begitulah soalan matematik peperiksaan pertengahan tahun.




Pemandangan Puncak Gunung Angsi

Secara peribadi, pemandangan kat puncak Gunung Angsi ni biasa biasa je. Tak semegah kat puncak bukit-bukit atau gunung-gunung yang lain. Tapi takpe lah, pengalaman dan kepuasan mendaki tu yang kita cari. Apa yang penting kita dah berjaya tawan puncak Gunung Angsi. Betul tak? Pemandangan cantik ke tidak itu perkara kedua. Kalau cantik ya bonus tapi kalau tak cantik pun bukan masalah. Tapi nasib baik kami mendaki pada hari bekerja jadi takde orang sangat kat puncak gunung hari tu. Syukur!






Gunung Angsi

Ketinggian: 825 meter atau 2707 kaki
Koordinat: 2.6986° N, 102.0481° E
Permit: RM5
Masa Mendaki: 1 jam hingga 2 jam

Lepas ni puncak mana pula aku nak tawan? Puncak kasih kita boleh? Cia cia cia...

3 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com