Jumaat, 16 Mac 2018

Hak Pekerja - JTK, KWSP & PERKESO

Salam.


Semester kali ni aku ditugaskan untuk mengajar kursus Hak Pekerja kepada semua pelajar semester 5 kat sini. Kira semester terakhir mereka belajar kat sini lah. Sebenarnya kursus Hak Pekerja ni pertama kali dijalankan pada semester ni. Walaupun aku ni bidang matematik, tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kursus matematik terpaksa digugurkan untuk beberapa semester belakangan ni. Dalam masa aku mengajar kursus Hak Pekerja ni, aku juga belajar banyak perkara yang mungkin sebelum ni aku tak ambil pusing langsung.

Objektif kursus Hak Pekerja ni diperkenalkan kepada pelajar agar mereka lebih memahami hak dan tanggungjawab Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum memasuki alam pekerjaan. Selain itu, kursus ini membantu mempersiapkan pelajar tentang asas perancangan kewangan dan persaraan supaya mereka lebih bersedia menghadapi hari tua. Pelajar juga didedahkan dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), KWSP dan PERKESO. Bagus kan? Kursus ni memperkasakan pelajar untuk bekerja dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja.

Bagi kursus Hak Pekerja ni, silibus latihan dibahagikan kepada empat (4) topik utama. Jadi mari kita tengok topik-topik yang telah dimasukkan dalam kursus ni?


Pengenalan Kepada Undang-Undang
  • Pengenalan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
  • Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh JTK
  • Pekerja dan majikan
  • Pembayaran upah
  • Waktu bekerja dan cuti
  • Daftar pekerja dan rekod gaji
  • Pemberhentian dan faedah penamatan
  • Aduan, tuntutan pekerja dan kes buruh

Topik ni lebih menjurus kepada peranan JTK dalam mempertahankan hak-hak pekerja. Sekiranya pekerja menghadapi masalah di tempat kerja atau hak-hak mereka diketepikan, aduan boleh dibuat kepada JTK mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Skim KWSP dan Manfaatnya
  • Pengenalan kepada KWSP
  • Kepentingan simpanan KWSP kepada pekerja
  • Tanggungjawab dan fungsi KWSP
  • Manfaat KWSP
  • Pengeluaran persaraan
  • Pengeluaran sekaligus
  • Pengeluaran pra-persaraan
  • Pindahan simpanan melalui ahli Skim Pelaburan Ahli (SPA)
  • Manfaat pengeluaran KWSP
  • Tanggungjawab dan manfaat pekerja dan majikan di bawah Skim KWSP
  • Manfaat mencarum dengan KWSP
  • Lucut hak perlindungan simpanan
  • Pemindahan simpanan ahli kepada pendaftar wang tak dituntut
  • Kemudahan tambahan simpanan dan Skim SP1M (tambahan simpanan Akaun 1)
  • Simpanan syariah
  • Kepentingan penamaan

Topik ni menjelaskan fungsi dan peranan KWSP secara terperinci. Melalui topik ni, pelajar mengetahui kepentingan mencarum dengan KWSP yang membantu pekerja merancang kewangan mereka pada hari tua terutamanya selepas persaraan.


Keselamatan Sosial
  • Konsep dan definisi keselamatan sosial
  • Prinsip dan cabang keselamatan sosial
  • Jenis manfaat keselamatan sosial
  • Latar belakang dan perlindungan keselamatan sosial
  • Pengenalan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Peranan pekerja dan majikan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP 1969)
  • Bayaran caruman PERKESO
  • Faedah-faedah perlindungan PERKESO
  • Program-program PERKESO
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (AKSPS 2017)

Topik ni mengingatkan pelajar yang malang tu tidak berbau. PERKESO sebenarnya membantu meringankan beban pekerja yang mengalami kemalangan yang mungkin mengakibatkan kecederaan, kecacatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, kematian dan sebagainya. 


Asas Perancangan
  • Isu ketidakcukupan simpanan persaraan
  • Perancangan persaraan keperluan dan kepentingan
  • Perancangan persaraan yang berkesan
  • Inflasi
  • Faedah dan pulangan berganda
  • Perancangan jangka panjang
  • Strategi persaraan
  • Mengenal pasti keperluan diri untuk menghadapi usia tua
  • Langkah-langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan
  • Khidmat nasihat persaraan

Topik ni membantu pelajar merancang kewangan selepas persaraan dan bagaimana kehidupan pada hari tua.

Tu dia serba ringkas mengenai kursus Hak Pekerja yang diperkenalkan pada semester ni. Semoga kita menjadi pekerja yang lebih berilmu, bersedia menghadapi segala kemungkinan dan mempertahankan hak-hak kita sebagai seorang pekerja. Nanti aku cuba kongsikan secara terperinci setiap topik yang ada kat atas tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com