Rabu, 28 Februari 2018

Neelofa Hilang 100 Ribu Follower Di Instagram, Dari 5.5 Juta Kepada 5.4 Juta

Salam.


Tak habis habis pasal Neelofa lagi ke? Aku tengok follower instagram Neelofa menurun petang tadi berbanding waktu pagi, lebih kurang 100 ribu follower! Haaa... Pagi tadi aku check follower instagram Neelofa ada dalam 5.5 juta. Tapi petang tadi? Tinggal 5.4 juta! Wow! Boleh kata lebih kurang 100 ribu orang follower Neelofa dah mula unfollow akaun instagram miliknya. Ni tak lain tak bukan pasal isu Neelofa lancarkan koleksi tudung baru dia kat kawasan kelab malam Zouk tu lah kot. Nampaknya ada kesan juga cakap nak boikot tu. Walau bagaimanapun, Neelofa masih lagi berada di tangga pertama sebagai artis Malaysia paling ramai pengikut di instagram.

Ni screenshot aku pukul 9:05 pagi.


Ni pula screenshot aku pukul 3:22 petang tadi.

Katanya kakak Neelofa, Nabila mewakili Naelofar Hijab dah memohon maaf bagi isu yang timbul hari tu. Tapi tak pasti pula dengan Neelofa. Aku berharap kita semua mengambil pengajaran dan pelajaran terhadap kontroversi yang timbul ni. Kita sama-sama bangkit belajar perbaiki diri, tingkah laku dan peribadi dari masa ke semasa. Semoga hari yang mendatang akan lebih baik buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com