Selasa, 27 Februari 2018

Filem Surf This Love Angkat Sukan Luncur Air!

Salam.


Filem Melayu terbaru, Surf This Love: Gelora Juara baru je ditayangkan pada 22 Februari yang lepas. Masih sempat lagi tengok filem ni minggu ni. Rasanya takde filem filem blockbuster yang akan ditayangkan pada minggu ni. Jadi korang boleh ambil kesempatan untuk tengok filem Surf This Love: Gelora Juara kat panggung wayang berdekatan korang. Tapi kalau korang blur blur ayam filem ni pasal apa, siapa pelakon pelakon dia best ke tidak, aku dah terangkan kat bawah ni. Baca jangan tak baca! Haha!

Filem: Surf This Love: Gelora Juara
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Romantik Komedi
Pelakon: Syukri Yahya, Christine Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustagiqm Bahadon & Syuhaida Abraz
Pengarah: Waan Hafiz



Sinopsis:

Minat Billy terhadap sukan meluncur air tidak pernah pudar. Billy bertemu dengan Mia, seorang blogger dari Kuala Lumpur yang datang bercuti di Pulau Tioman. Billy membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau tersebut. Dari perkenalan singkat itu, Billy jatuh hati terhadap Mia kerana sikap Mia yang tidak merendahkan cita-citanya. Namun, Billy patah hati apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya dan teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idola Billy dalam sukan meluncur air. Siapakah yang akan menjadi pilihan Mia? Adakah Mike Malaya atau adakah Billy? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Mike Malaya? Dan kenapakah Jimmy tidak mahu mengajar Billy meluncur air?

Pada 19 Februari yang lalu, Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Surf This Love: Gelora Juara telah diadakan di mmCineplexes eCurve Damansara. Jadi mari kita tengok pandangan blogger-blogger yang dah tengok filem ni hari tu?


"Jalan cerita dinamik, visual cantik dan menyentuh elemen persahabatan dan keluarga dengan baik." - Eazy Izzuddin
"Setiap pelakon berjaya menjiwai watak dan kelakar habis!" - Khai Artzfar
"Lain daripada yang lain! Pulau Tioman memberikan impak yang cantik pada visual." - Syafiera Yamin
"Watak Billy sangat menyerlah dengan perangai gila-gila dan kelakar." - Ahmad Fauzi Aryaan
"Menghiburkan dan santai!" - Rafzan Tomomi
"Tidak bosan malah agak menghiburkan!" - Syazwan Rahman

Saksikan filem Surf This Love: Gelora Juara di pawagam berdekatan sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com