Jumaat, 31 Mac 2017

Kecoh Fake Account Di Twitter!

Salam.

Semalam timeline twitter panas gila dengan isu fake account. @ezrinmn di twitter membongkar dan mendedahkan fake account yang menggunakan nama Yasmin Zainal dan Anis Mukhriz. Aku pun tak kenal siapa Yasmin Zainal dan Anis Mukhriz tu pun. Tapi yang aku nak highlight kat sini pasal fake account. Sebab aku pun antara mangsa dalam isu fake account. Gambar-gambar aku selalu disalahgunakan oleh fake account terutamanya kat facebook, whatsapp, wechat, beetalk, grindr dan sebagainya. Jadi situasi dan cerita pasal fake account memang relatable dengan aku. Dan aku sangat sokong apa yang @ezrinmn ni buat. Memang patut pun siapa dalang di sebalik fake account ni didedahkan. Kerana apa? Kerana kebanyakan fake account kat luar sana tu dicipta untuk mempermainkan hati dan perasaan orang lain di samping menipu duit orang lain dengan kisah-kisah sedih yang tak logik tapi jangan tak tahu, ramai jugak yang percaya dan terperdaya. Tak pasal pasal nama aku jugak yang busuk. Lepas dah kena main, dah kena tipu, baru la orang tu nak cari aku. Lepas tu? Aku pulak yang dipersalahkan. Siapa yang tak geram?



Seperti biasa, selagi boleh putar belit, selagi tu la fake account ni akan cuba cipta pelbagai alasan dan cerita untuk mengaburi mata hati orang yang dah mula meragui kewujudan dia. Jadi berhati-hati la bila korang berkenalan dengan sesiapa pun kat mana-mana laman sosial. Fikir logik je la. Takkan perempuan secantik Nora Danish atau lelaki sehensem Fattah Amin tiba-tiba nak tegur nak berkenalan dengan kita yang rakyat marhaen ni? Setuju? Tak payah nak teruja sangat kalau dapat mesej atau request daripada mana-mana akaun yang menggunakan gambar secantik Nora Danish atau sehensem Fattah Amin. Kalau ada pun, korang kena siasat habis-habisan. Mintak video call, mintak jumpa face to face. Kalau banyak alasan, banyak mengelak, faham faham sendiri la. Secara logiknya, muka stok stok Nora Danish dan Fattah Amin tu tak gigih la nak pm nak dm nak inbox korang. Camtuh.



Last last aku tak kupas sangat pasal isu fake account yang didedahkan @ezrinmn ni. Tapi lebih kepada luahan perasaan sendiri nampak? Haha! Kalau korang nak tahu cerita penuh fake account tu, sila klik KAT SINI. Khatamkan dan hadamkan. Jangan biarkan diri korang dipermainkan dan ditipu oleh fake account. Katakan tidak!

Selasa, 28 Mac 2017

30+ Tempat Makan Di Melaka Yang Best, Sedap & Menarik

Salam.

Hari Ahad yang lepas aku teman kawan-kawan aku dari Indonesia jalan jalan Melaka. Aku pun tak pasti dorang nak jalan mana sebab dorang pun takde tempat yang spesifik untuk dilawati. Jadi aku pun bawa la tempat tempat mana yang aku rasa menarik. Dah macam duta kecil Melaka ni. Harap Ketua Menteri Melaka baca blog aku. Haha! Harapan sangat.


Kitorang gerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 1 petang. Maksudnya kitorang sampai Melaka lebih kurang jam 3 petang macam tu. Jadi kitorang terus ke Coconut Shake Klebang walaupun tengah hujan lebat masa tu. Gigih jugak nak minum Coconut Shake Klebang! Lepas tu kitorang terus ke Menara Taming Sari. Dah alang alang kat Melaka, rugi la tak naik menara ni. Sekurang-kurangnya dapat tengok bandar Melaka dari mata burung dan bukan dari dalam tempurung. Camtuh. Aku pun tak ingat bila last aku naik menara ni. Maklum la aku orang Melaka kot, motif la nak naik setiap kali aku kat bandar Melaka. Tapi aku dapat nampak la perbezaan daripada sebelum ni. Sebelum ni tiket murah, sekarang tiket mahal. Haha! Tu perkara pertama yang aku nampak perbezaannya. Tapi sebenarnya puas hati la naik Menara Taming Sari tu kali ni. Sebelum ni nampak banyak tanah merah, pemandangan pun kurang menarik. Tapi sekarang ni? Pemandangan sekeliling sangat cantik dan luar biasa indahnya. Over tak? Tapi serious, siapa tak pernah naik menara ni atau dah lama gila tak naik menara ni, korang wajib naik.




Turun je daripada menara tu, kitorang terus ke Jonker Walk. Tapi kitorang jalan kaki je ke sana, menyusur sepanjang Sungai Melaka tu. Lepas tu kitorang isi perut kat Calanthe Art Cafe kat Jonker Walk tu jugak. Ni antara cafe wajib singgah kalau aku ada kat Jonker Walk. Tak sah kalau tak singgah. Camtuh. Dah kenyang, kitorang sambung jalan jalan Jonker Walk sebelum patah balik ke kereta. Aku balik rumah dan dorang teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.




Dah alang alang tu, aku nak kongsikan lebih daripada 30 tempat makan dan minum yang best, sedap dan menarik yang terdapat di sekitar Melaka ni. Nama nama tempat ni korang boleh search kat google, waze dan jugak foursquare kalau korang rasa berminat nak singgah tempat tempat kat bawah ni. Tak susah pun. Semua di hujung jari je sekarang ni. Untuk makluman korang, ada tempat yang dibuka seawal waktu tengahari sampai lewat malam. Jadi ada tempat makan yang korang boleh pergi untuk makan tengahari atau makan malam dan sebaliknya.

Sarapan
  • Mee Bodoh Tengkera
  • Medan Mara Jln Hang Tuah
  • Roti Canai Kayu Arang
  • Nasi Lemak Mak Jan

Mee Bodoh Tengkera. Sumber di sini.

Roti Canai Kayu Arang. Sumber di sini.

Makan Tengahari
  • Mee Besen 
  • Hajjah Mona Asam Pedas 
  • Lineclear Kampung Jawa 
  • Ayam Penyet Lamongan 
  • Restoran Lot 85 
  • Row Six 
  • Desa Baru Cafe 
  • Jonker 88 (Asam Laksa) 
  • Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah

Mee Besen. Sumber di sini.

Hajjah Mona Asam Pedas. Sumber di sini.

Lineclear Kg Jawa. Sumber di sini.

Row Six. Sumber di sini.

Jonker 88. Sumber di sini.

Minum Petang
  • Coconut Shake Klebang
  • Kuih Keria Antarabangsa, Limbongan
  • Mee Gian aka Mee Sup Tengkera
  • Calanthe Art Cafe
  • Big Bowl Ice
  • Batu Berendam Coconut Shake
  • Cendol Jam Besar Melaka

Coconut Shake Klebang. Sumber di sini.

Kuih Keria Antarabangsa. Sumber di sini.

Calanthe Art Cafe. Sumber di sini.

Big Bowl Ice. Sumber di sini.

Cendol Jam Besar Melaka. Sumber di sini.

Makan Malam
  • Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant
  • Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung
  • Asam Pedas Claypot
  • Medan Ikan Bakar Alai
  • Nasi Lemak Istimewa Kg Morten
  • Grindshack
  • Roti Terbang Kg Enam
  • Asam Pedas Pasar Borong
  • Mee Rebus Sentosa
  • Nasi Goreng Penjara Banda Hilir
  • Restoran Yong Tau Fu Pulau Gadong
  • Api Api Steamboat & Grill
  • Bam Bam Bistro

Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant. Sumber di sini.

Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Sumber di sini.

Asam Pedas Claypot. Sumber di sini.

Nasi Lemak Istimewa Kg Morten. Sumber di sini.

Grindshack. Sumber di sini.

Roti Terbang Kg Enam. Sumber di sini.

Restoran Yong Tau Fu Pulau Gadong. Sumber di sini.

Api Api Steamboat & Grill. Sumber di sini.

Bam Bam Bistro. Sumber di sini.

Lapar pulak tengok gambar gambar makanan kat atas ni. Jom makan? Lepas tu kita jalan jalan pusing satu Melaka, pergi tempat-tempat menarik yang ada kat Melaka ni.

Andmesh Kamaleng

Salam.

Macam mana nak sebut tu? Haha! Aku tertarik dengan suara Andmesh Kamaleng, juara terbaru salah satu program nyanyian dari Indonesia, Rising Star. Umur Andmesh Kamaleng ni baru 19 tahun. Muda lagi tu. Tapi gaya dia menyanyi macam dah 50 tahun dalam bidang seni suara ni. Suara dia ada vibe Mike Mohede yang lembut, merdu dan jugak pada masa yang sama ada juga nyaringnya. Sedap la senang cakap. 


Aku tengok tak tengok je Rising Star ni. Masa awal awal musim ni, aku tak perasan langsung Andmesh Kamaleng ni. Sebab ada yang lebih menyerlah awal awal tu seperti Fauziah Khalida, ZerosiX Park, Bening Ayu, Trio Wijaya dan lain lain. Boleh search kat youtube kalau nak tengok video video yang lainnya. Aku mula perasan kehebatan Andmesh Kamaleng ni masa semi final bila dia nyanyi lagu Armada, Asal Kau Bahagia. Meremang bulu roma dengar rendisi dia. Tak percaya? Tengok video kat bawah ni.


Dah alang alang tu, boleh tengok video kat bawah ni jugak. Andmesh Kamaleng cover lagu James Arthur, Say You Won't Let Go. 


Nak video lagi? Cari kat youtube sendiri. Haha!

Gema Gegarvaganza Bakal Cipta Fenomena?

Salam.

Gegarvaganza kembali lagi! Tapi kali ni versi Islamik. Nama program pun tukar sikit jadi Gema Gegarvaganza. Menampilkan barisan artis nasyid dan penyanyi lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan. Program ni untuk siaran Astro Oasis (saluran 106), Astro Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). Disiarkan secara langsung bermula pada 8 April 2017 (Sabtu) jam 9 malam ini. Dikhabarkan bukan seorang pengacara tapi tiga orang pengacara untuk program Gema Gegarvaganza ni. Kita ada Achey, Siti Nordiana dan Fikri Lawak Solo. 

Senarai peserta program Gema Gegarvaganza:
  • Hafiz Hamidun
  • UNIC
  • Hijjaz
  • Mirwana
  • Ana Raffali
  • Saujana
  • Izam EYE
  • Azmi Caliph Buskers
  • Bienda
  • Wani


Juri tetap untuk program ini adalah Oki Setiana Dewi dan Farihin Abd Fatah. Jangan tak tahu, hadiah utama atau juara akan membawa pulang RM 100 000, naib juara pula RM 30 000, tempat ketiga RM 20 000 dan tempat keempat RM 10 000. Boleh tahan mewah jugak tu.

Isnin, 27 Mac 2017

Lirik Lagu Dayang Nurfaizah, Separuh Mati Bercinta

Salam.

Kali ni Dayang Nurfaizah muncul dengan single terbaru berjudul Separuh Mati Bercinta ciptaan Ajai. Single ni dikeluarkan sempena dengan album Dayang Nurfaizah yang akan mula dipasarkan pada 10 April ini. Tapi album baru ni dah boleh mula pre-order kat itunes dah sekarang. Apa tunggu lagi? Sambil sambil tu korang dah boleh dengar dan layan lagu Separuh Mati Bercinta ni kat Spotify, Joox dan lain-lain aplikasi yang berkaitan. Nak beli kat itunes pun boleh.


Lirik Lagu Dayang Nurfaizah, Separuh Mati Bercinta

Kesepian hening malam
bawah sang bulan menemani
kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
menitis air mataku
ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
yang sebenarnya ada bersamaku
ku simpan hanya untuk dirimu

Di mana perginya setia
ke mana hilang katamu
akulah dinamakan kekasih
hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
ke mana perginya semua
kala ku lafazkan kata cintaku
separuh matiku bercinta

Tiada lagi suaramu
tiada lagi kau milikku
hilang semua manisnya cinta


Jumaat, 24 Mac 2017

Trip Ke Kuching, Sarawak | 2 Hari 1 Malam

Salam.


Sebenarnya aku takde la berjalan sangat kat Kuching, Sarawak tu. Aku pergi Kuching pun sebab aku kena hadir Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi dalam Pendidikan 2017 kat situ hari Isnin yang lepas. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dan semoga urusan pengajian aku dipermudahkan sehingga ke garisan penamat.

Flight aku ke Kuching hari Ahad sekitar jam 12 tengahari. Jadi aku sampai Kuching hari tu dalam jam 2 petang. Jutaan terima kasih kepada kawan aku, Anam yang sudi angkut aku dari airport terus bawa jalan jalan cari makan sekitar Kuching. Jasamu dikenang! Sepanjang 2 hari 1 malam aku kat Kuching ni, memang Anam jadi pemandu pelancong aku. Harap dia tak annoy la melayan kerenah aku. Kahkah.



video

Sampai je kat Kuching, aku terus check in kat hotel letak barang. Aku stay kat Imperial Riverbank Hotel betul betul kat belakang tu sungai. Tapi sayangnya aku dapat bilik yang takde tingkap! Haha! Rasa macam terkurung pulak dapat bilik yang takde tingkap. Lepas letak barang, kitorang ke Swee Kang Ais Kacang untuk lunch. Memang ramai orang kat situ sampai meja semua penuh. Nak tak nak, kitorang kena tunggu sampai ada meja kosong. Kitorang order Laksa Sarawak, Bihun Belacan, Cha Kueh dan Ais Kacang. Sedap! Dan harganya pun berpatutan. mang ramai orang kat situ.




Dah kenyang lunch, kitorang park kereta kat Plaza Merdeka lepas tu jalan kaki nak naik bot ke seberang sungai, nak beli kek lapis kat Mira Cake House. Sepanjang perjalanan tu ambil la gambar kat mana mana sudut yang agak agak cantik. Haha! Jauh ye berjalan. Berpeluh tu tak payah cakap la. Dah la aku ni jenis cepat berpeluh. Tapi demi kek lapis, aku gagahkan jugak. Camtuh. Dapat la seketul dua. Aku beli kek lapis cadbury tu. Tak beli banyak pun sebab gaji tak masuk lagi. Pulak tu, aku tak check in baggage pun. Jimat. Ye la pergi seminar ni pun bukan ada sponsor, semua pakai duit sendiri. Haha!


video


video



video


Sebelum dinner, balik hotel dulu rehat, mandi dan menunaikan yang wajib. Dah selesai semua tu, kitorang pergi dinner kat RJ Ayam Bakar Kopitiam. Kedai favorite aku tu! Sebelum ni aku dah pernah ke Kuching. Dan kawan aku, Hafiz bawak aku makan kat sini. Selain makanan dia yang sedap, interior design dia memang indah mata memandang. Aku order kuey teow dengan ayam panggang dengan nescafe tarik ais. Alhamdulillah. Terus rasa naik 5 kilogram lepas makan semua tu. Kahkah. No wonder tak kurus kurus.



video



Lepas dinner tu, kitorang cari ais krim gula apong pulak. Haaa... Tapi bukan untuk aku la. Aku tak boleh main bantai je makan itu ini nanti menyesal tak sudah bila leher makin tenggelam. Ni cari pun sebab nak bagi Yus rasa sebab dia belum pernah rasa. Jadi kitorang pun beli ais krim gula apong kat DP Ice Cream Gula Apong. Beli satu bekas kecik je pun, sekadar nak rasa.

Sambil makan ais krim tu, kitorang balik semula ke hotel untuk rehat sebab aku nak kena bangun pagi esoknya. Seminar aku tu dah la pendaftaran dia seawal jam 7 pagi. Jadi nak bersiap siap tu, kena daripada jam 6 pagi la. Haha! Agak lewat jugak aku tidur malam tu. Maklum je la nervous dia lain macam sebab nak kena bentang macam mana, nak kena bentang kat depan entah siapa. Tak tahu nak expect macam mana. Cuma mampu nervous je selagi belum bentang.


Sebelum bergerak ke lokasi seminar diadakan, aku sarapan kat hotel aku tu. Rugi pulak kalau tak sarapan kat situ. Dah bayar kot! Kahkah. Alhamdulillah. Sedap betul sarapan kat situ. Siap ada ayam masak rendang tu... Selesai sarapan, aku terus bergerak ke lokasi seminar di hotel yang berlainan, kat Kuching Park Hotel. Tapi tak jauh mana pun, dalam beberapa minit je. Sesi pagi tu dimulakan dengan majlis perasmian dan segala jenis ucapan. Sesi 1 bermula sekitar 11.45 pagi. Aku pulak sesi 2 yang dijadualkan pada jam 2.30 petang. Jadi sempat la aku tengok sesi 1 tu macam mana dorang bentang sebab tengok dorang bentang ni sedikit banyak memberi aku semangat dan kekuatan yang aku pun boleh buat jugak. Bila dah sampai sesi aku pulak, aku bentang dengan sangat nervous. Pertama, sebab takut masa tak cukup. Kedua, sebab takut ada maklumat yang salah atau tak cukup. Ketiga, sebab takut berhadapan dengan orang orang yang aku tak pernah jumpa dan kenal. Tapi aku sangat lega lepas dah bentang tu. Dan tak sangka pulak aku diumumkan pembentang terbaik untuk sesi aku tu! Alhamdulillah. 


video


video


Aku kat seminar tu sampai jam 4 petang. Tapi flight balik aku jam 10 malam. Jadi sebelum nak ke airport tu, kitorang singgah beberapa tempat dan kawasan sekadar untuk mengisi baki masa yang ada. Kitorang minum petang kat Warong Nusantara. Kali ni kitorang makan Mee Kolok! Sedapnya! Haha! Apasal makanan kat Kuching ni sedap sedap belaka? Nasib baik la aku 2 hari je kat sini. Kalau lebih, tak tahu la berapa kilogram berat aku bertambah. Selesai minum petang, kitorang lepak lepak kat seberang sungai, Stadium Sarawak dan Taman Sahabat. Selagi boleh! Haha! Terima kasih Anam kerana melayan kerenah aku. Mesti penat kan? Jangan serik tau. Hehe. Maka lengkaplah trip Kuching 2 hari 1 malam aku kali ni.


video




Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com