Khamis, 9 Februari 2017

Dinner Rock Oo!

Salam.

Nak kongsi pengalaman pertama kali ada dinner sepanjang aku kerja kat sini. Sebelum ni kelab kitorang selalu buat family day je. Kira kali ni macam pembaharuan jugak la. Aku pulak antara ahli jawatankuasa yang dilantik. Jadi kena la pastikan dinner ni berjaya. Tak berjaya pun buat buat macam berjaya. Haha! Habis la kena kecam. Takpe. Lepas ni kita lantik yang suka kecam tu pulak. Jaga jaga, ada yang memerhati! Takut tak?


Dinner malam tu aku pakai apa yang dah ada je. Jaket, seluar, kasut semua aku dah pernah pakai. Cuma baju dan aksesori je aku beli yang baharu. Tu pun beli last minit. Nak tahu bila aku beli? Aku beli dua jam sebelum majlis kot! Haha! Nampak sangat tak tahu nak pakai apa. Tema dinner malam tu? Glam rock. Nak glam ke  nak rock ni? Aku google jugak macam mana glam rock tu. Memang tak mampu la kalau nak betul betul ikut tema tu. Takut kena rejam dengan batu je nanti. Tempias sikit sikit pun jadi la daripada takde langsung kan?






Seronok jugak tengok dorang pakai ikut tema. Memang sporting betul! Ada yang satu family pakai baju ikut tema. Semangat macam tu la yang kita nak. Bukan selalu kita dapat pakai macam ni kan? Takkan nak masuk office ikat bandana kat kepala tu? Takkan nak masuk meeting pakai jaket jeans atau jaket kulit pulak? Camtuh. Tapi kalau tak nak ikut tema pun takpe. Hak masing masing kan? Dah datang dinner malam tu pun dah cukup dah. Yang penting semua gembira dan enjoy malam tu. Malam tu bukan setakat dinner semata-mata sebab kita ada persembahan magic show daripada clowns, ada karaoke, ada cabutan bertuah dan ada permainan untuk dewasa dan kanak kanak. Memang pecah la hall tu malam tu!

Tak malu ke kat budak budak kat tepi tu? Haha!
Kerusi pun nak berebut ke?

By the way aku tak menang King of The Night malam tu. Queen of the Night apatah lagi! Haha! Nak buat macam mana kan? Tak cukup rock nampaknya. Tapi tak kisah pun. Tahniah diucapkan kepada Bro Joe yang dapat title King of The Night malam tu dan jugak Sis Nani untuk Queen of the Night. Korang memang sporting habis! Gaya memang all out dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Harap takde la sampai buat loan kat bank rakyat semata-mata nak menang title tu. Pengsan.

Ada gaya macam Awie tak?
Nak terkencing ke tu?
Tulang belakang dinner malam tu.

Alhamdulillah. Dinner malam tu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kejadian yang berlaku memang di luar kawalan. Normal la kan? Tiada yang sempurna di dunia ni. Mana yang kurang tu, kita tambah baik untuk program akan datang. Bye.

Rabu, 8 Februari 2017

Container Hotel Ipoh | 2 Hari 1 Malam

Salam.

29 Januari 2017 (Ahad) aku sempat stay satu malam kat Container Hotel Ipoh. Lokasi dia memang betul betul kat tengah tengah bandar Ipoh tu. Siapa yang nak jalan jalan bandar Ipoh memang sesuai stay kat sini. Tapi kalau drive kereta sendiri, parking la kat mana mana yang berdekatan. Jangan risau, banyak je parking kat tepi tepi jalan tu. Cuma tanggung sendiri la. Container Hotel Ipoh ni memang takde ruang untuk parking pun. 



Jadi aku nak review sikit Container Hotel Ipoh ni. Since ni bukan sponsor atau dibayar, aku boleh review jujur dengan sejujur jujurnya. Haha! Habis tu kalau dibayar, tak boleh jujur ke? Gurau je. Kita review berdasarkan pengalaman kita masa tu. Kalau okay, okay la. Kalau tidak, tidak la. So, kita mulakan dengan hal hal yang positif dulu ye? Antara yang positif:
  • Ruang container sangat bersih dan kemas.
  • Tilam dan bantal yang disediakan agak empuk dan sedap digunakan.
  • Interior design yang moden dan minimal. Ambil gambar mana mana sudut pun cantik je.
  • Bilik air memang cantik dan hipster. Ada shower rain pulak tu. Air pun kuat. 
  • Keselamatan agak ketat. Nak masuk setiap tingkat kena swipe kad bilik, nak pergi bilik air kena swipe kad bilik dan nak masuk container pun kena swipe kad bilik.

Seterusnya, kita tengok hal hal yang negatif pulak. Harap pihak Container Hotel Ipoh dapat ambil perhatian. Bajet dorang baca ke blog aku? Haha! Antara yang negatif:
  • Setiap container takde pintu, takde kunci. Hanya tirai turun naik je yang ada. Jadi tak selamat sangat kalau nak tinggalkan apa apa barang kat dalam. Lepas tu tak boleh nak elak daripada bunyi bunyi bising kat luar tu. Memang agak bising jugak la bila ditempatkan sekali dengan keluarga yang ada anak-anak kecil tu. Tapi nak buat macam mana? Redha je la.
  • WiFi disediakan tapi connection sangat lambat. Loading makan masa setahun dua. Akhirnya aku pakai data sendiri je. 
  • Tiada breakfast, tiada dapur. Tapi takde la nak risau sangat sebab ada banyak restoran dan cafe berdekatan.
  • Locker kat bawah container aku tak berfungsi dan tak dapat digunakan. Jadi pekerja kat situ beri aku dua locker kat luar tu. Agak sempit ruang locker kat luar tu. Macam setakat muat untuk letak kasut je. A bit disappointed sebenarnya.
  • Pekerja hari tu agak kurang mesra. Mungkin sebab penat ke apa, tapi tak perlu kot nak buat muka bila ditanyakan soalan. 
  • Bilik air dah cantik dan hipster. Tapi ada bilik air yang tersumbat sampai aku terpaksa tukar bilik air yang lain walaupun tak habis mandi lagi masa tu. Dan tak semua bilik air dilengkapi dengan hair dryer. Masa aku stay situ, cuma satu bilik air je ada hair dryer. Dah la bilik air tu kongsi, tapi satu bilik air je ada hair dryer? Tak patut langsung!
  • Agak leceh bila nak ke mana-mana kena swipe kad bilik, terutamanya nak ke bilik air dan nak masuk semula container.
  • Aircond tak cukup kuat, angin dia macam hidup segan mati tak mahu je.


Kesimpulannya, berbaloi atau tidak untuk stay kat Container Hotel Ipoh ni? Berbaloi kalau untuk stay satu dua hari. Tapi tak berbaloi kalau untuk stay lebih daripada dua hari. Sekadar untuk rasa pengalaman tidur kat dalam container, apa salahnya kan? Jadi siapa siapa yang nak stay Container Hotel Ipoh lepas ni boleh sebut nama blog aku Budak Lelaki Sebelah Pintu siap dengan url www.budaklelaki.com untuk nanti korang akan dapat pertanyaan balik haaa apa dia siapa tu. Haha! Korang ingat dapat diskaun ke tu? Bye.

Khamis, 2 Februari 2017

Tempat Makan Di Ipoh Yang Best, Sedap & Menarik

Salam.

Cuti sempena Tahun Baru Cina baru je habis. Maknanya? Kerja pun bermula seperti biasa. Kalau ikut hati, nak sambung cuti seminggu terus. Cukup la seminggu. Kalau sebulan ke setahun ke, tu dah macam baik tak payah kerja langsung.


Cuti hari tu aku sempat jalan jalan cari makan kat Ipoh. Sebelum ke Ipoh, aku singgah Teluk Intan kejap. Dan sebelum balik, aku singgah Tg Malim pulak. Haha! Tapi aku lebih kepada jalan jalan cari makan. Memang tak henti henti makan. Macam mana nak berhenti kalau semua sedap sedap belaka? 

Seperti biasa, soalan nak makan mana memang antara soalan paling sukar untuk dijawab. Jadi aku selalu rujuk kat foursquare untuk putuskan makan kat mana. Semua tempat makan ni aku refer kat foursquare. Kalau ada sesiapa yang nak jalan jalan cari makan, boleh search nama tempat tempat ni kat foursquare ye. Semudah abc!


Hawaii No 1 Lo Han Kuo, Teluk Intan


Aku dengan kawan aku makan laksa yang terkenal kat situ. Tu kawan aku yang cakap la sebab dia memang orang Teluk Intan. Nama tempat tu Hawaii No 1 Lo Han Kuo. Memang ramai betul orang datang makan kat situ sampai kitorang kena tunggu meja dan kerusi kosong. Semua datang makan kat sini tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Terus rasa macam nak nyanyi buruh nelayan dan juga petani gaya hidup kini dah berubah... Haha! Hari tu aku order laksa dengan ais limau. Sedap! Harga laksa pun murah dan berpatutan. Recommended!

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh


Aku kalau boleh memang nak elak nasi. Tapi nak buat macam mana, tiba-tiba teringin nak makan nasi lemak. Aku datang waktu malam. Tak sangka ramai jugak orang datang makan kat sini. Kebanyakan datang satu keluarga. Memang sesuai la bawak satu keluarga datang makan kat sini. Tempat dia selesa dan luas. Rasa nasi lemak dia aku rasa takde la power mana pun. Sambal pun so so bagi aku. Yang istimewanya kat sini mungkin sebab ayam kampung dia kot? Tapi kalau nak makan nasi lemak waktu malam, memang nilah tempatnya.

Dimsum Cafe Greentown, Ipoh


Seingat aku, aku tak pernah makan dimsum. Mungkin pernah tapi aku tak tahu yang aku makan tu dimsum. Haha! Jadi hari tu secara rasminya aku makan kat tempat yang memang signature dia dimsum. Sedap! Aku siap tambah order dimsum yang lain pulak lepas dah makan seketul dua. Jangan risau, tempat ni dijamin halal oleh JAKIM. Recommended!

Vegas Restaurant, Ipoh


Ni antara restoran bukan Melayu yang dipenuhi oleh orang Melayu. Dari luar memang nampak macam restoran orang Cina yang banyak stall tu. Sekali masuk? Ramai orang Melayu makan kat situ selain orang Cina, India dan lain-lain. Aku makan yee mee goreng masa tu. Dah la hujan lebat gila masa tu. Memang terangkat la makan panas panas.

Mee Kari Hj Daud Mat Jasak, Ipoh


Tengok kat foursquare, mee kari ni antara yang terkenal kat Ipoh ni. Hari pertama aku pergi nak sarapan kat situ dalam pukul 11 pagi tapi tak dapat sebab dah habis dah mee kari dia. Hari kedua baru aku dapat rasa mee kari dia. Jadi rasa dia? Boleh la. Pada selera aku, kuah dia agak cair dan kurang rasa. Kena tambah sambal yang disediakan baru rasa sedap sikit. Tak rasa pun nak makan lagi lepas ni.

Easy Cafe, Tg Malim


Aku ni suka western cuisine. Jadi tak lengkap jalan jalan cari makan aku ni kalau takde western cuisine ni. Jadi kitorang singgah lunch kat Tg Malim sebelum meneruskan perjalanan balik KL. Tempat ni pun dah memang dekat dengan tol. Jadi takde la rasa buang masa singgah Tg Malim ni sambil sambil nak tunggu kesesakan kat highway tu reda. Aku makan pesto spaghetti siap dengan grilled chicken. Pehhh memang sedap! Berbaloi dengan harga dia. Memang puas hati betul makan sini. Recommended!

Pau Yik Mun, Tg Malim


Dulu study kat UPSI takde gigih nak beli pau Yik Mun ni. Sekarang ni baru nak terhegeh-hegeh beli pau kat sini. Aku beli pau ayam. Tak silap ada empat jenis pau je kat sini, pau ayam, pau daging, pau kacang dan pau kaya. Pau dia memang lembut, ayam dia pun banyak dan sedap.

Dah tu je la. Kalau tak tahu nak makan mana lepas ni? Tengok tengok la kat foursquare tu. Okay? Bye.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com