Selasa, 12 Disember 2017

Testimoni Whatsapp Palsu, Penjual Produk Sanggup Bayar Designer

Salam.


Apabila penjual produk terlalu terdesak hingga sanggup mengupah designer untuk menghasilkan template testimoni whatsapp palsu, di manakah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT? Nasib baik lah designer ni tak nak bersubahat. Bayangkan kalau testimoni whatsapp palsu tu digunakan untuk melariskan jualan produk dia, tak teraniaya ke pengguna-pengguna yang terperdaya tu nanti? Gila!


Bila permintaan itu ditolak, penjual produk mula main sentimen kaum pula. Katanya orang melayu hendak berniaga pun tak nak tolong? Deyyy!!! Yang kau nak tipu orang ramai tu tak fikir pula? Nak kena pijak juga penjual produk macam ni. Geram betul aku. Haha! Kepada pengguna-pengguna kat luar sana, lepas ni tolong berhati-hati dengan mana-mana testimoni whatsapp. Jangan mudah percaya okay? Takut takut? Palsu! Haaa... Tak pasal pasal diri sendiri yang merana di kemudian hari.

Sebenarnya tak susah pun nak buat testimoni whatsapp palsu ni. Macam mana? Kau suruh je lah kawan kau whatsapp kau tapi kau save nama dia sebagai Taylor Swift Kampung Gelam. Lepas tu, suruh dia whatsapp lagi tapi kali ni tukar nama dia sebagai Justin Bieber Taman Seri Bayu. Jangan lupa screenshot pula okay? Haha! Tak pasal pasal aku mengajar macam mana nak buat testimoni whatsapp palsu. 

Secara ringkasnya, tak payah lah percaya sangat testimoni whatsapp ni.

Sumber: FarrahZaqyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com