Isnin, 18 Disember 2017

Review Filem Jumanji: Welcome To The Jungle - Santai & Lawak Tak Henti

Salam.


Hari Sabtu yang lepas aku sempat tengok filem Jumanji: Welcome To The Jungle kat wayang. Penuh juga lah hall petang tu. Masa aku beli tiket tu pun seat dah tinggal bahagian bawah je. Walaupun seat aku agak dekat dengan skrin, nasib baik aku tak kena mendongak ke atas sepanjang tengok filem tu. Lega... Maklum je lah, cuti sekolah kan? Hari Sabtu pula tu!

Sinopsis
Empat orang pelajar high school telah menemui sebuah konsol video game Jumanji yang usang dan tertarik untuk bermain video game tersebut. Setelah keempat-empat orang pelajar tersebut memilih avatar dalam video game itu, tiba-tiba mereka telah disedut masuk ke dalam video game Jumanji itu, ke dalam sebuah hutan. Untuk pulang ke dunia sebenar, mereka perlu menyempurnakan misi video game tersebut iaitu meletakkan semula batu permata yang dicuri daripada arca gergasi berbentuk jaguar atau mereka akan terperangkap selama-lamanya dalam permainan video itu.

Filem ini mudah faham je sebenarnya. Jalan cerita filem Jumanji: Welcome To The Jungle ini ringkas dan straight to the point. Jadi tak payah pening kepala, tak payah kerut dahi masa tengok filem ini. Senang cakap filem ini adalah untuk hiburan semata-mata. Haaa... Dah filem ini pun berkisarkan tentang video game, korang jangan pula menggunakan logik akal sepanjang menonton filem ini. Tak sesuai! Haha!


Filem ini penuh dengan lawak-lawak yang biasa tapi disampaikan dengan baik oleh pelakon-pelakon hebat terutamanya Jack Black dan Kevin Hart. Secara tidak langsung, lawak-lawak yang biasa tadi jadi luar biasa! Memang tak berhenti gelak dengan watak Jack Black. Ekspresi dan tingkah laku Jack Black sebagai gadis remaja yang annoying sangat menjadi dan mencuit hati. Tak padan dengan muka dia langsung! Pada pendapat aku, watak Jack Black paling lawak dalam filem Jumanji: Welcome To The Jungle kali ini selain daripada Kevin Hart. Kesemua watak-watak dalam filem ni sangat menarik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Selain Jack Black dan Kevin Hart, filem ini juga ada Dwayne Johnson, Karen Gillan dan penampilan khas Nick Jonas yang sekejap tapi bermakna. Begitulah.

Filem ni aku boleh cakap tak rugi untuk ditonton! Aku bagi 4 bintang!


Lepas ni nak tengok filem Star Wars: The Last Jedi pula! Siapa yang dah tengok?

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com