Sabtu, 30 Disember 2017

Pengalaman Mewah Tonton Wayang Di TGV Indulge 1 Utama

Salam.


Pernah tengok wayang kat TGV Indulge 1 Utama? Haaa... Mari sini aku nak kongsikan pengalaman aku tengok wayang kat situ. Minggu lepas aku berpeluang untuk menonton filem Jumanji: Welcome To The Jungle kat salah sebuah panggung wayang yang paling mewah kat Malaysia ni. Kat mana? Kat TGV Indulge 1 Utama! Apa beza dia dengan panggung wayang yang lain? Jauh beza weh! TGV Indulge 1 Utama ni siap ada lounge sendiri! Lepas tu dalam tu cuma ada dua hall je. Eksklusif ke tidak?




Sekali sekala nak feeling feeling macam VIP tak salah kan? TGV Indulge 1 Utama ni menjanjikan pengalaman mewah dan penuh bergaya semasa menonton wayang. Kita boleh pilih nak makan sama ada sebelum, semasa atau selepas tengok wayang. Tak nak makan pun boleh! Jimat lah sikit kan? Haha! Tapi kalau nak makan kat situ pun sebenarnya dah memudahkan urusan kita. Tak payah pening nak fikir makan kat mana lagi. Sebab menu dia pun boleh tahan menarik. 


Hari itu aku makan dulu sebelum tengok wayang. Sebagai starter, aku dihidangkan dengan Kavala, salad bersama potongan mangga, kacang kuda, kacang pine dan tangy spiced dressing. Lepas tu untuk main pula, aku dihidangkan dengan Nashville, peha ayam yang dipanggang dengan fries. Kenyang gila! Dengan harapan aku tak tidur lah masa tengok wayang tu nanti.






Sejujurnya ni kali pertama aku tengok wayang dengan kerusi boleh duduk boleh baring siap berselimut! Serius jakun sekejap. Nasib baik aku tak berdengkur tertidur dalam tu. Sebab memang selesa gila sepanjang tengok wayang tu. Tak puas lah satu filem je! Sangat selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Dengan izin Allah aku akan tengok wayang kat sini lagi.




Macam aku cakap tadi, kita boleh order makanan dan minuman masa tengok wayang kat dalam hall tu. Ada tablet disediakan kat setiap kerusi. Pilih mana yang kita nak, lepas tu order. Nanti waiter akan hantar menu yang kita order tu. Mudah gila!

Berbaloi betul sekali sekala tengok wayang kat TGV Indulge 1 Utama ni. Dijamin pengalaman yang menarik dan selesa! Jadi apa tunggu lagi? Jom?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com