Khamis, 14 Disember 2017

Konvokesyen UKM - Sarjana Pendidikan Matematik

Salam.


Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian sarjana yang memakan masa lebih kurang tiga tahun. Sepatutnya cuma dua tahun je tapi aku ada menghadapi beberapa situasi yang hampir menyebabkan aku putus asa untuk meneruskan pengajian aku tu. Syukur aku berjaya mengumpul semangat dan kekuatan untuk menamatkan apa yang telah aku mulakan. Terima kasih aku ucapkan kepada ibu, ayah, Dr Roslinda Rosli, Afizal dan mereka yang secara tidak langsung telah memberikan dorongan dan sokongan moral sepanjang pengajian aku secara separuh masa ni. Terima kasih banyak-banyak! Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran setimpal kebaikan diberikan.


Dari kiri: Yus, Neyra, Zam, Hizami, Nisa Kay, Taufiq dan Afizal.

Pertama sekali, ibu dan ayah sentiasa menyokong tindakan aku dalam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dah dapat master ni, disuruh PhD pula! Haha! Sekiranya diizinkan Allah, aku tunggu tawaran biasasiwa. Tak fokus lah kalau sambung pengajian PhD secara separuh masa, kena sepenuh masa dan bergaji penuh. Betul tak? Baru bersemangat! 



Aku beruntung dapat supervisor yang sangat memahami keadaan aku. Ya. Supervisor aku sepanjang aku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah Dr Roslinda Rosli. Sentiasa bertanyakan progress paper project aku, sentiasa memudahkan aku dengan tidak menggalakkan aku datang ke UKM semata-mata untuk menghantar tugasan atau paper project tapi memadai melalui emel, sentiasa mengingatkan aku tentang perkara-perkara penting seperti hari terakhir borang perlu dihantar, tugasan yang belum siap dan sebagainya. Aku rasa kalau aku dapat supervisor yang jenis tak kisah lantak lah apa jadi, aku rasa aku takkan dapat habiskan pengajian sarjana dalam bidang pendidikan matematik ni. Serius cakap.



Sebenarnya, Afizal yang ajak aku sambung pengajian ni. Tapi dia graduate pada waktunya, tak macam aku. Haha! Dia terkejut bila aku cakap aku tak akan graduate sama dengan dia. Ya. Macam mana tak terkejut, aku dengan dia sama-sama ulang-alik dari Melaka ke Bangi, sama-sama hantar semua tugasan, paper project dan sama-sama menduduki peperiksaan akhir. Sekali? Aku tak graduate tahun tu! Akhirnya, aku beritahu lah dia cerita di sebaliknya. Dia pun paksa aku habiskan juga sebab dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, aku berjaya menghabiskan pengajian dalam Sarjana Pendidikan Matematik di UKM. Terima kasih kepada mereka yang hadir meraikan konvokesyen aku hari tu, ibu, ayah, Afizal, Yusri, Nisa Kay, Neyra dan Taufiq. Tak dilupakan, Ahmad Fauzi Aryaan yang datang kemudian di IOI City Mall. Haaa... Terima kasih juga kepada mereka yang mengucapkan tahniah menerusi Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Terima kasih!





Jika korang ada rasa putus asa macam aku sebelum ni, cuba korang fikirkan kenapa korang memulakan perjalanan ini pada awalnya. Semoga berjaya!

2 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com