Selasa, 12 Disember 2017

Konsert Dayang Nurfaizah Di Esplanade Singapura Sold Out!

Salam.


Tahniah Dayang Nurfaizah! Tiket konsert Dayang Nurfaizah kat Esplanade, Singapura khabarnya telah habis dijual. Pengumuman itu dibuat oleh Dayang Nurfaizah sendiri menerusi laman instagram miliknya. Haaa... Tiket konsert itu bermula dengan harga serendah $25 (lebih kurang RM75), $45 dan $65. Tiket berharga $85 turut dijual yang mana tiket ini termasuk sesi Meet & Greet. Jangan tak tahu yang pihak Esplanade sampai terpaksa menambahkan tiket lagi tapi pemandangan agak terbatas (restricted view) pada harga $25 atas permintaan. Tapi yang penting? Tiket itu pun sold out! Hebat betul penangan Dayang Nurfaizah. Bila konsert dia tu?

Tarikh: 1 Januari 2018 (Isnin)
Masa: 8 malam
Tempat: Esplanade Concert Hall


Semoga berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com