Jumaat, 22 Disember 2017

Kisah Pelacur Beri Minum Anjing Masuk Syurga - Betul Atau Rekaan?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Soalan:

Benarkah wujud kisah pelacur masuk syurga tu? Sebab ramai yang sembang pasal benda ni. Betul ke cerita tu atau sekadar rekaan semata-mata? Boleh bagi penjelasan atau pandangan yang benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Terima kasih.

Jawapan:

Kisah pelacur masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing haus itu betul. Riwayat al-Bukhari. Kisah itu menunjukkan betapa rahmat Allah itu luas. Bukan bermaksud beri minum kepada haiwan sudah cukup bila berzina. Kisah umat terdahulu hanya perlu diambil pelajaran jika bercanggah dengan syariat Nabi Muhammad.

Faedah hadis ini?

#1
Dosa besar tidak semestinya terhapus dengan amalan kecil atau amalan yang banyak. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat sejauh mana kekuatan ikhlas dan jujur ketika membuat sesuatu kebaikan. Dan itulah yang menjadi sebab Allah mengampunkan dosa wanita itu.

#2
Zina diharamkan dan zina adalah merupakan dosa besar dalam syariat semua Nabi sehinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Hadis ini bukan bermaksud zina itu ringan dosanya, cukup sekadar berbuat baik kepada haiwan tapi menunjukkan luasnya rahmat Allah kepada pendosa. Rahmat diraih dengan amal paling ikhlas.

#3
Larangan menghina seorang pendosa atau ahli maksiat kerana setiap manusia tergantung pada akhir amal hidupnya. Hadis ini menjadi dalil bahawa ahli maksiat yang penuh dosa juga layak mendapat ampunan Allah. Dalam hadis lain, disebut kisah ahli ibadah masuk neraka kerana menerakakan kawannya.

#4
Hadis ini tidak menyebut lanjut kenapa dia melacurkan diri. Begitu juga kisah akhir hidupnya tidak disebut dalam hadis. Kemungkinan dia melakukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Allah Maha Tahu apa yang hambaNya hadapi. Kebaikan kecil tapi ikhlas jadi sebab Allah ampunkannya.


Sumber: Ad-Dien

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com