Khamis, 21 Disember 2017

Exchange 106 Tun Razak Exchange (TRX) Bangunan Tertinggi Malaysia & Asia Tenggara

Salam.


Tak lama lagi bangunan Exchange 106 akan mengatasi ketinggian Petronas Twin Towers kerana pada hari ini bangunan tersebut telah mencapai ketinggian 450 meter dalam masa 19 bulan kerja-kerja pembinaan dijalankan. Katanya kadar pembinaan bangunan itu adalah satu aras dalam masa dua ke tiga hari. Bangunan Exchange 106 yang menjadi mercu tanda Tun Razak Exchange (TRX) dijangka mencatatkan ketinggian 492.3 meter sekaligus bakal merampas takhta Petronas Twin Towers sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara dengan ketinggian 451.9 meter. Hebat!

Senarai 10 Bangunan Tertinggi Di Asia Tenggara
  1. Petronas Tower 1 (Malaysia) - 452 meter
  2. Petronas Tower 2 (Malaysia) - 452 meter
  3. Keangnam Hanoi Landmark Tower (Vietnam) - 336 meter
  4. Federal Land Tower (Philippines) - 318 meter
  5. MahaNakhon (Thailand) - 315 meter
  6. Gama Tower (Indonesia) - 310 meter
  7. Menara Telekom (Malaysia) - 310 meter
  8. Baiyoke Tower II (Thailand) - 304 meter
  9. Treasury Tower (Indonesia) - 294 meter
  10. Tanjong Pagar Centre (Singapore) - 290 meter

Bangunan Exchange 106 ini dibangunkan oleh Mulia Property Development Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2018. Bangunan tersebut dikatakan mempunyai 106 tingkat dan lapan aras bawah tanah.

Sumber: malaymailonline

4 ulasan:

  1. X kreatif langsung bentuk menara. Rasa membazir duit Rakyat saja. Bangun yg dok ada pun x terguna hbis

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yang membazirnya, projek tu projek swasta bukannya guna duit rakyat pun, check la dulu fakta sebelum buat komen bodoh.

      Padam
  2. ni haaa bangunan depan opis ni pun kosongggg tak guna huhu

    BalasPadam
  3. Ego nak kalahkan Tun M, yg merana, rakyat lah... Klcc pun belum tentu semua rakyat dh masuk... Yg dah masuk lun belum tentu semua mampu beli brg dalam tu... Najib.. Najib...

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com