Selasa, 19 Disember 2017

Cikgu Azizan Lepas Tuduhan Cederakan Murid (Tanpa Bebas)

Salam.


Alhamdulillah. Kebenaran berpihak kepada kita! Menurut Berita Harian, Azizan Manap, 44, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan disaman oleh ibu dan bapa muridnya kerana telah menyentuh murid tersebut. Cikgu Azizan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Untuk makluman korang, Cikgu Azizan adalah merupakan seorang guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. 


Apakah yang dimaksudkan dengan melepaskan tanpa membebaskan? Setelah aku rujuk google, melepaskan tanpa membebaskan tu maksudnya tertuduh dilepaskan tapi boleh didakwa semula pada masa hadapan. Kenapa melepaskan tanpa membebaskan? Kerana beberapa sebab seperti ketiadaan saksi, bukti atau sebab-sebab perundangan yang lain. Haaa... Jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi yang hilang sebelum ini ditemui, maka, tertuduh boleh didakwa semula. Tapi aku harap semua ini tidak akan berlaku dalam kes Cikgu Azizan ini. Amin.





Semoga kes ini menjadi kes saman yang terakhir seumpamanya di Malaysia. Cukuplah.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com