Jumaat, 13 Oktober 2017

12 Tips Rancang Cuti - Bajet & Jimat Tapi Seronok

Salam.


Sebagai pengguna bijak, kita perlu merancang percutian kita bagi mengelakkan pembaziran dan mendapatkan pilihan yang terbaik. Bagaimana mahu merancang percutian mengikut bajet dan kemampuan namun masih menyeronokkan? Haaa... Kat sini aku kongsikan pengalaman aku yang tak seberapa ni dalam merancang percutian. Mana yang sesuai tu, pakai lah, mana yang tak berapa sesuai tu, modifikasi lah.

12 Tips Rancang Percutian Mengikut Bajet & Jimat Tapi Menyeronokkan

#1 Destinasi


Tentukan kita nak bercuti nak ke mana. Tu ikut bajet kita lah. Nak dalam negara, nak dalam negara, nak jelajah Asia, nak jelajah Eropah. Jangan lupa untuk baca pengalaman orang lain atau bertanyakan kepada kawan dan kenalan yang dah pernah ke sana bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai destinasi yang dipilih.

#2 Rancang itinerary

Sebaik-baiknya rancang itinerary atau jadual perjalanan percutian kita tu. Kenapa? Supaya kita lebih bersedia dan tahu nak ke mana. Jadi dah jimat masa sebenarnya kat situ berbanding kita dah sampai kat situ baru kita nak cari tempat-tempat yang ingin dilawati. Bukan setakat tu je, kita dapat merancang tiket kapal terbang, tiket kereta api, tiket bas dan sebagainya. Selalu lah kalau kita beli tiket-tiket tu terlebih awal, kita akan menemukan promosi dan diskaun yang lebih besar. Haaa... Jimat duit lagi! Siapa tak nak kan? Pulak tu, takde lah serabut sangat sepanjang percutian tu bila kita dah bersedia dari semua segi.

#3 Tempoh percutian

Dah siap itinerary, cari tarikh yang sesuai dan berapa lama tempoh percutian. Ni penting sekiranya destinasi tersebut mempunyai empat musim atau melibatkan aktiviti laut. Lebih baik kita buat research masa yang sesuai untuk melawat destinasi yang dipilih. Haaa... Nanti takde lah dah sampai kat pulau tu tapi tak boleh nak buat aktiviti laut kerana musim monsun. Cari pasal! Haha!

#4 Kira bajet

Seterusnya kira berapa jumlah kos yang telah dibelanjakan dan akan dibelanjakan berdasarkan itinerary. Jadi kita dah boleh anggarkan kos percutian kita.


#5 Semak dan tukar

Semak semula tempat-tempat yang ingin dilawati. Kot kot lah ada tempat yang tak jadi untuk dilawati bagi mengurangkan kos percutian. Mungkin kita boleh gantikan dengan tempat yang lebih murah atau menjimatkan.

#6 Penginapan

Homestay, hostel atau hotel? Bila bercuti ni, kita boleh pilih sama ada nak bermalam di homestay, hostel ataupun hotel. Tu mengikut bajet masing-masing lah. Paling jimat? Dah tentu hostel! Cuma tak berapa selesa sikit lah. Hostel ni lebih sesuai untuk backpacker. Ye lah. Nak tidur je kan? Bila bercuti ni, kita lazimnya keluar dari awal pagi dan kita balik agak lewat malam. Jadi tak payah nak membazir sangat lah. Jika kita tidak merancang untuk habiskan masa terlalu lama kat luar, kita boleh pertimbangkan pilihan homestay dan hotel. Tapi jangan lupa bandingkan dari segi harga, saiz, kemudahan dan lokasi untuk mendapatkan tempat bermalam yang terbaik.


#7 Kad debit atau kad kredit

Jangan lupa untuk tetapkan kad debit bagi kegunaan antarabangsa. Tak silap aku, kita boleh tetapkan secara atas talian ataupun di mesin ATM. Nak senang lagi, telefon pihak bank untuk aktifkan kegunaan antarabangsa. Kad debit atau kad kredit ni sangat penting terutamanya untuk kes-kes kecemasan yang tidak terjangkakan. Serius. Aku dah alaminya.

#8 Buat tukaran duit

Sekiranya destinasi kita adalah di luar negara, kita perlu buat tukaran duit sebelum mula bercuti. Seperti biasa, rate duit kita kat money changer ni ada naik, ada turun. Kalau rajin, singgah lah mana-mana money changer untuk tengok rate duit kita. Kemudian bandingkan rate duit kita kat setiap money changer. Bila dah nampak dah permainan dia, buat tukaran duit berdasarkan rate duit kita yang terbaik.

#9 Travel insurans

Malang tidak berbau. Jadi lebih baik kita beli travel insurans untuk keselamatan kita semasa bercuti terutamanya ke luar negara.

#10 Salinan dokumen penting

Buat salinan dokumen penting seperti passport, kad pengenalan, travel insurans, alamat kedutaan atau apa-apa dokumen berkaitan dan simpan dalam emel, dropbox atau google drive. Sekiranya berlaku kehilangan ke, kecurian ke, sekurang-kurangnya kita ada salinan dokumen yang diperlukan untuk tindakan seterusnya. Tapi minta dijauhkan lah ye?


#11 Bawa makanan

Untuk lebih jimat, mungkin bawa beberapa jenis makanan seperti mee segera, bubur segera, roti dan biskut. Sekurang-kurangnya dapat lah jimat sehari dua semasa bercuti tu. Betul tak? Lagi lagi bila kita bercuti ke tempat yang mata wang dia lebih besar daripada mata wang kita.

#12 Perbanyakkan aktiviti percuma, hadkan aktiviti berbayar

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Utamakan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan kos atau kos yang murah tapi seronok. Jangan lah pilih aktiviti-aktiviti yang membosankan pulak. Haha! Kemudian pilih beberapa aktiviti berbayar atau mungkin memerlukan kos yang agak tinggi. Dah alang alang sampai tu, takkan lah nak tengok je? Bila lagi nak sampai kan? Betul tak? Tapi pastikan kos dia tidak membebankan kita dan masih dalam bajet kita.


Merancang percutian ni tak leceh pun sebenarnya. Tambahan, lebih menjimatkan jika kita merancang percutian kita sendiri berbanding mengikut itinerary yang telah ditetapkan oleh travel agent. Kita juga lebih mengetahui destinasi yang dipilih kerana telah membuat research dan bacaan sebelum percutian. Jadi siapa kata merancang percutian ni menyusahkan? Selari dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mahukan pengguna-pengguna terutamanya di Malaysia supaya bijak dalam membuat pilihan. Marilah kita sama-sama menjadi pengguna bijak yang tahu kuasa dan hak kita. Jom?

#penggunabijak #kuasapengguna #mykpdnkk #caringministry #akupenggunagenius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com