Sabtu, 21 Oktober 2017

10 Universiti Terbaik Di Program Keusahawanan VEST 2017

Salam.


Ingat lagi tak pasal VEST? Takpe. Meh sini aku ingatkan semula walaupun korang tak nak ingat. Haha! VEST ni adalah merupakan singkatan bagi Varsity Entrepreneurship Skills & Talents. Senang cakap VEST ni sejenis pertandingan program keusahawanan yang terbuka kepada universiti-universiti tempatan. Tujuan dia? Untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan usahawan mahasiswa yang holistik! Hebat tak ayat dia siap ada holistik?


Pertandingan ni terbuka kepada semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Program yang berlangsung selama 6 bulan ni mendedahkan pelbagai input mengenai bidang perniagaan kepada semua peserta. Pada peringkat awal, 20 orang tenaga pengajar telah dipilih untuk berkongsi idea, membimbing dan memantau aspek-aspek penting bagi semua peserta program keusahawanan universiti ni. Haaa... Tenaga pengajar yang dipilih ni bukan calang-calang orang tahu, mereka semua ni pemain tegar industri dan memiliki perniagaan sendiri. Beruntunglah peserta-peserta VEST ni kerana dapat ilmu dan tunjuk ajar daripada tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman dan berjaya dengan perniagaan masing-masing.



Pada Tahap 2 bagi pertandingan VEST 2017 ni, hanya 10 kumpulan daripada universiti-universiti tempatan dipilih setelah diadili secara menyeluruh semasa sesi pembentangan yang pertama. Pada peringkat ini, bimbingan secara intensif akan bermula untuk tempoh dua bulan dengan setiap satu kumpulan diserahkan kepada seorang tenaga pengajar secara khusus.



Finalis 10 kumpulan terbaik meneruskan perjuangan mereka untuk merebut gelaran juara dan sekaligus memenangi RM 25,000 di Serena Resort & Training Centre, Janda Baik pada 7 Oktober 2017. Bengkel selama 2 hari itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat, Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tak dilupakan, Yang Berbahagia, Dato' Syed Kamarulzaman bin Dato' Syed Zainol Khodki Shahabudin, Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) juga hadir untuk memberikan semangat kepada semua peserta.





Korang dulu belajar kat mana? Agak agak ada tak kumpulan wakil universiti korang? Haaa... Kalau takde, takpe lah. Mungkin bukan rezeki universiti korang tahun ni. Mungkin tahun depan kot? Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan... Ehhh macam tak kena je? Haha! Dah jangan nak merepek, mari kita lihat senarai finalis 10 kumpulan terbaik bagi program keusahawanan universiti VEST 2017:
  • Aiskrim Ali - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam
  • SolviePro - Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Hades.co - Universiti Selangor (UNISEL)
  • Osoppe - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muadzam Shah
  • Paper Club - Multimedia University (MMU) Melaka
  • Demeter - University of Kuala Lumpur (UniKL)
  • Fast 2 Print - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Serdang Cendol - Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Sintokyo Sushi - Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Zech Edu Techno - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)





Antara idea perniagaan yang menarik adalah daripada UTP menerusi aplikasi SolviePro yang menawarkan iklan kerja kosong secara harian. Aplikasi ni dapat membantu mereka yang mencari kerja secara harian dan separuh masa. Selain tu, Serdang Cendol dari UPM pula cuba memperkenalkan inovasi melalui cendol dengan menghasilkan cendol yang diperbuat daripada santan kelapa sawit. Hebat tak? Jadi mari kita lihat 3 terbaik yang akan berentap di pentas Malam Gala VEST 2017, program keusahawan universiti terunggul!

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan VEST 2017 ni, sila layari laman-laman rasmi seperti kat bawah ni:

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com