Isnin, 18 September 2017

Aplikasi Paparan Harga KPDNKK - Semak Harga Barangan Harian!

Salam.


Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi tu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Paparan Harga sekarang!



Aplikasi Paparan Harga ni sebenarnya memudahkan pengguna untuk membuat semakan harga bagi lebih kurang 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau mana mana pasar raya yang ada kat Malaysia ni. Haaa... Aplikasi ni sangat membantu korang dalam merancang perbelanjaan terutamanya untuk barangan harian. Setakat hari ni, aplikasi Paparan Harga mempunyai 6 jenis kategori barangan:
  • Barangan segar
  • Barangan kering
  • Barangan berbungkus, pek, kotak atau botol
  • Susu dan barangan bayi
  • Produk kebersihan
  • Minuman


Aplikasi Paparan Harga ni sangat mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas tu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ni, korang dapat buat perbandingan harga supaya dapat memberikan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan memberi barangan keperluan harian. Terima kasih KPDNKK!

Muat turun aplikasi Paparan Harga kat bawah ni:



Selain tu, korang pernah dengar pasal Friends of KPDNKK tak sebelum ni? Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum. Ni sedikit info mengenai Friends of KPDNKK:
  • terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
  • perlu daftar untuk jadi ahli
  • ahli digelar sebagai Skuad Pengguna 1 Malaysia
  • banyak kelebihan menjadi Skuad Pengguna 1 Malaysia
  • KPDNKK mempunyai rakan niaga dari kalangan peniaga-peniaga berdaftar


Jadi apa tunggu lagi, marilah kita semua menjadi pengguna yang bijak!

#caringministry #penggunabijak #ketahuihakanda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com