Khamis, 14 September 2017

Nasi Ayam Hainan & Bread O'Clock Di PappaRich Pavilion

Salam.


Sejak tahun 2006, PappaRich telah menyajikan makanan Malaysia yang kaya dengan nilai, rasa dan budaya. PappaRich menyediakan pelbagai jenis makanan di samping menjanjikan kualiti makanan dan perkhidmatan yang terbaik. Baru baru ni, PappaRich telah membuka cawangannya di Pavilion. Haaa... Bukan main lagi buka kat Pavilion tu. Bagus lah! Tak payah pening pening nak makan makanan Malaysia kat Pavilion tu sebab PappaRich dah ada kat situ.

Lokasi PappaRich Pavilion

Kat mana terletaknya PappaRich Pavilion ni? Turun kat aras paling bawah, iaitu, Aras 1. Haaa... PappaRich ada kat depan Mercato tu, berdekatan dengan Subway kat bawah tu. Senang kan nak cari?

Set Bread O'Clock



Hari tu PappaRich ada promosi menu baharu dorang, iaitu, Bread O'Clock. Korang hanya boleh dapatkan set Bread O'Clock ni kat PappaRich cawangan Pavilion je.  Serius, aku tak tipu. Haaa... Set Bread O'Clok ni adalah sejenis roti yang distim atau dibakar dengan pilihan mentega, kaya, susu pekat dan peanut butter. Terliur tak? Promosi ni datang sekali dengan minuman panas seperti kopi, teh dan cham. Harga set Bread O'Clock ni cuma RM8 je, berpadanan dengan saiz roti dan minuman yang termasuk sekali dalam set tu. Kalau ada yang nak tukar minuman panas tu kepada minuman ais, korang hanya perlu tambah RM1 untuk menikmati minuman ais pilihan korang.






Pilihan roti dalam set Bread O'Clock:
  • Roti stim dengan mentega dan kaya
  • Roti bakar dengan mentega dan kaya
  • Roti bakar dengan susu pekat
  • Roti bakar dengan peanut butter

Pilihan minuman dalam set Bread O'Clock:
  • Kopi O
  • Kopi
  • Kopi Cham
  • Teh O
  • Teh Tarik
  • Teh C
  • White Coffee
  • White Coffee 2-in-1

Set promosi Bread O'Clock hanya ada untuk sarapan pagi dan minum petang. Jadi, kalau korang rasa nak sarapan ringan ringan ataupun nak kopi kopi petang tu, singgah lah kat PappaRich. Pilihan aku untuk set Bread O'Clock adalah roti stim dengan mentega dan kaya, lepas tu dengan secangkir kopi cham. Korang ada secangkir? Haha! Pehhh... Terangkat!

Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim)


PappaRich Pavilion ada menyediakan menu eksklusif, iaitu, Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim). Kenapa eksklusif? Korang hanya boleh dapatkan menu tu di PappaRich Pavilion je setakat hari ni. Tapi siapa tahu lepas ni menu Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni boleh didapatkan di cawangan PappaRich yang lain pula. Istimewanya Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni kerana menggunakan ayam kampung dan dimasak secara stim. Memang sihat betul! Dah lah guna ayam kampung, masak pula secara stim. Sesuai lah Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni dengan harga RM19.90 kan? Ya.



Nasi yang ditanak secara stim dihidangkan dengan suku bahagian ayam kampung yang juga dimasak secara stim kemudian disertakan taugeh yang direbus dan semangkuk sup ayam. Pehhh... Memang padu beb! Ayam kampung dia pula sangat lembut dan penuh dengan rasa. Betul betul membuka selera aku hari tu. Tapi kalau korang jenis tak makan nasi atau jenis tak cukup lah suku bahagian ayam tu, ada juga pilihan tanpa nasi, iaitu, separuh bahagian Ayam Kampung Hainan (Stim).



Selain menu Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim), ada juga menu best seller kat PappaRich ni, iaitu, Laksa Kari Udang Laut dan Nasi Lemak dengan Ayam Masak Kari. Pehhh... Aku sarankan korang rasa Laksa Kari Udang Laut dia, memang padu beb! Haha! Tapi aku tak tipu, memang sedap Laksa Kari Udang Laut tu. Kuah kari dia memang kaw kaw dia bagi. Selamat menjamu mata... Ehhh nak menjamu selera? Kena lah datang PappaRich





Untuk maklumat lanjut, korang boleh singgah kat laman rasmi PappaRich seperti kat bawah ni:


Aduh. Laparlah pula tengok gambar gambar kat atas tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com