Jumaat, 15 September 2017

Kronologi Kes Kebakaran Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Salam.


Aku masih lagi tak boleh move on dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa, iaitu, 21 orang pelajar dan dua orang guru. Lagi lagi bila Berita Harian melaporkan wujud elemen meragukan apabila ada mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning kat luar bilik asrama. Lepas tu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, pula berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran kat pusat tahfiz tu bukan berpunca daripada litar pintas. Aduh... Apalah salah pelajar pelajar tu... Semoga tiada unsur khianat atau kecuaian dalam kes kebakaran pusat tahfiz ni.


Tidak mahu menuding jari kepada mana mana pihak, aku harapkan isu keselamatan terutamanya kat pusat tahfiz dan sekolah agama akan mula dipandang secara serius lepas ni. Sebab ni bukan kali pertama pusat tahfiz dan sekolah agama terbakar. Adakah kita cuai dalam memastikan keselamatan penghuni pusat tahfiz dan sekolah agama? Atau kerana mentaliti yang tidak menghiraukan piawaian? Semoga kita ambil iktibar daripada kes kebakaran pusat tahfiz yang telah meragut 23 nyawa ni.

Sekurang-kurangnya 4 kes kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama yang melibatkan kematian:
14 September 2017
21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran awal pagi di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
15 Jun 2013
Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, Kedah, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan.
17 Jun 1998
Tiga murid perempuan maut dalam kebakaran asrama Sekolah Rendah Agama Madrasah Al-Hidayah Tobiar di Pendang, Kedah.
22 September 1989
27 pelajar terkorban dalam kebakaran melibatkan lapan buah asrama Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah.

Sepanjang tahun 2017, lebih kurang 10 laporan kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama di seluruh negara:
30 Julai
Dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sepang, Selangor musnah dalam kebakaran, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
4 Julai
18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan yang menempatkan 66 penuntut musnah dalam kebakaran, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
3 Julai
Bilik stor di bawah tingkat asrama yang didiami 68 pelajar perempuan di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak musnah dijilat api, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
30 April
30 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka musnah dalam kebakaran.
17 April
Seramai 10 pelajar tahfiz Pondok Seri Permai, Pasir Puteh, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila blok asrama mereka terbakar.
28 Februari
Sebanyak 40 pondok kediaman yang menempatkan 100 orang pelajar berusia 15 hingga 30 tahun di Pondok Al-Baghdadi, Tumpat, Kelantan hangus terbakar.
7 Februari
Seramai 73 pelajar perempuan Sekolah Agama Maran, Maran, Pahang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
16 Januari
Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam an-Nuur atau lebih dikenali sebagai Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah dalam kebakaran.
13 Januari
Seorang murid tahfiz cedera dalam kebakaran asrama Pondok Nurul Iman di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang.

Sumber: Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com