Isnin, 11 September 2017

AF Megastar 2017 - Senarai Peserta (Top 12)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya Konsert AF Megastar telah memilih 12 daripada 24 bintang Akademi Fantasia untuk meneruskan perjuangan mereka bermula pada minggu depan. Tahniah diucapkan! Secara peribadi, aku agak puas hati dengan keputusan tu sebab aku berjaya meneka 11 bintang dengan betul. 1 bintang je aku tak dapat teka dengan betul. Siapa? Sufi! Haha! Aku teka Mila yang akan mara ke peringkat seterusnya. Tapi tak kisah lah. Aku bukan sejenis peminat fanatik mana mana bintang AF Megastar ni pun. Kalau sedap, sedaplah. Kalau tak sedap, tak sedaplah.


Top 12 Bintang AF Megastar


Syamel


Indah Ruhaila


Bob Yusof


Idayu


Marsha Milan Londoh


Amir Jahari


Adira 


Shahir


Amir


Sufi


Ewal


Azhar


Aku berpuas hati dengan pemilihan juri tetap untuk AF Megastar kali ni. Siapa tak kenal Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat kan? Komen kedua-dua juri tersebut memang penuh dengan ilmu dan masukan untuk memperbaik mutu nyanyian dan persembahan setiap bintang. Takde lah setakat komen dalam zon selesa seperti "sedap", "power", "perfect", "hebat" dan sebagainya. Sebagai contoh semalam masa Datuk Ramli MS komen Syamel dari segi mood lagu yang digubah seperti lagu rancak tapi Syamel nyanyi gaya lagu balada. Haaa... Komen macam tu lah yang kita mahukan. Betul tak? Sebab dari segi nyanyian memang Syamel takde masalah. Dan kalau betul lah susunan nama yang dipanggil malam tadi mengikut urutan terbaik, ternyata Syamel berada di tangga teratas dalam kelompok 24 bintang AF Megastar ni.

Dengar cerita juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lain.  Agak agak siapa juara AF Megastar ni? Siapa pilihan korang? Saksikan konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com