Khamis, 24 Ogos 2017

Menarik! Ketahui Cara Pesan Minuman Di Starbucks Mengikut Citarasa Sendiri

Salam.


Aku dengan kopi memang tak dapat nak dipisahkan. Setiap hari aku mesti nak minum kopi. Tak kisah lah kopi dari mana pun, Nescafe ke, Starbucks ke, Chatime ke, McCafe ke, Dunkin' Donuts ke, Coffee Bean ke. Haaa... Tapi aku paling suka kopi dari Starbucks lah! Cuma takde lah aku nak minum kopi dari Starbucks ni hari hari. Harga dia pun bukan seringgit dua kan. Aku ikut bajet juga lah, kalau ada duit lebih sikit, baru aku minum kopi dari Starbucks. Kalau tak, buat kopi sendiri kat rumah. Haha!

Cakap pasal Starbucks ni, aku tertarik dengan perkongsian dari laman twitter mengenai air kat Starbucks ni. Dia kongsikan sekali macam mana nak customize air kita tu mengikut apa yang kita nak, apa yang kita suka. Menarik kan? Tapi perkongsian dia tu panjang lah jugak. Korang rajin tak nak baca ni? Haha! Aku rasa lepas habis baca semua ni korang dah boleh mohon jadi barista kat Starbucks terus. Dia punya lengkap tu dah macam buku teks subjek Starbucks pulak!



Jadi mari sini aku buat beberapa isi penting yang aku dapat daripada perkongsian kat atas ni. Ye lah. Kot kot korang malas nak baca sebab panjang sangat. Tapi sebenarnya perkongsian ni bagus jugak, aku sendiri dapat beberapa pengetahuan baru tentang air kat Starbucks ni. Tak sangka boleh customize sampai macam tu sekali kan? Lepas ni siap lah barista-barista kat Starbucks melayan kehendak aku. Haha!
  • 3 jenis susu: full cream, low fat dan soy
  • Frappucino bukan nama sejenis minuman tapi tajuk kepada minuman
  • Semua minuman Frappucino ada whipped cream kecuali Caramel Macchiato
  • Americano, Cappucino dan Latte memang takde gula
  • Boleh tukar classic syrup kepada vanilla syrup
  • Java Chip dan Choc Cream Chip adalah minuman yang sama, cuma Java Chip ada kopi tapi Choc Cream Chip takde kopi
  • Vanilla Cream Frappucino + Choc Chip = Oreo Frappucino
  • Latte = 20% kopi, 80% susu
  • Cappucino = 50% kopi, 50% foam
  • 1 X syrup pump panjang = 2 X syrup pump pendek
  • Beli tumbler Starbucks untuk jimat RM2 bagi setiap pembelian minuman
  • Setiap add-on akan dikenakan tambahan caj
  • Tiada sebarang caj akan dikenakan jika kita minta lebihkan syrup seperti vanilla, mocha dan caramel kecuali extra shot
  • Gantikan susu full cream, low fat atau soy dengan liquid whipped cream terutamanya untuk minuman Green Tea Crem
  • Americano = Black Coffee
  • Boleh minta barista untuk shake air terutamanya air berais sebelum tuang untuk rasa yang lebih nikmat

Jom mengopi!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com