Rabu, 9 Ogos 2017

Kembar Lara Alana Ditemui!

Salam.


Seorang gadis telah menjadi perhatian netizen di laman twitter selepas memuat naik dua keping gambar selfie yang dikatakan seiras dengan Lara Alana, anak kepada pasangan artis popular di Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Haaa... Jadi sekarang dah boleh agak kot macam mana rupa Lara Alana bila dah besar kan?


Kot kot lah ada yang tak kenal macam mana rupa Lara Alana tu ni? Ni aku kongsikan sekeping dua gambar Lara Alana yang aku ambil kat laman instagram dia. Siapa kata tak sama tu korang dah boleh mula pakai cermin mata. Haha! Aku tak kira, aku nak korang kata ehhh sama lah dengan Lara Alana juga.


Selepas viral kembar Neelofa baru baru ni, kali ni giliran kembar Lara Alana pula. Haaa... Ni antara gambar lain gadis tersebut.



Sama ke tidak?

Isnin, 7 Ogos 2017

3 Langkah Kuatkan Bunyi Speaker iPhone

Salam.


Haaa... Sebenarnya ada cara untuk menguatkan bunyi daripada speaker iPhone. Memang lepas ni bunyi daripada speaker iPhone korang jadi lebih kuat daripada sebelumnya. Mudah sangat. Ada 3 langkah je supaya speaker iPhone korang dapat menghasilkan bunyi yang lebih kuat daripada biasa. Tapi sebelum korang mula dengan langkah-langkah kat bawah ni, korang kena mainkan lagu daripada iPhone korang untuk merasai perbezaan bunyi sebelum dan selepas. Dan jangan berhenti mainkan lagu sampai korang habis buat semua langkah dia!

Pergi kat Settings, kemudian ikut 3 langkah mudah kat bawah ni.

#1 Music

#2 EQ

#3 Late Night

Bunyi dia lebih kuat kan? Tahniah!

Label Air Cincau Minuman Paling Teruk Di Dunia, Mat Salleh Ini Dikecam Netizen

Salam.


Tak sangka ramai juga peminat cincau kat Malaysia ni kan? Aku pun antara yang suka dengan cincau ni. Lagi lagi bila dicampurkan dengan air soya. Takpun dengan air teh susu! Tapi dengan kopi susu pun sedap juga kan? Ehhh... Apasal semua macam sedap je ni? Haha! Cincau ni boleh kata antara makanan yang popular kat Malaysia. Jadi sebab tu lah kebanyakan netizen dari Malaysia emosi tak boleh terima bila ada sorang mat salleh dari Dallas, Texas ni label air cincau sebagai minuman yang paling teruk kat dunia ni. Haaa... Tak pasal pasal mat salleh tu kena kecam lepas tu.


Mat salleh ni beritahu yang dia sanggup menahan lapar dan dahaga bermula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari eh niat puasa ke tu daripada minum air cincau ni.

Kat bawah ni pula ada yang beri nasihat kat mat salleh tu kalau tak suka tak payah lah nak beritahu satu dunia, fikir lah otak kau tu budak darjah tiga hormat sikit budak darjah lima.


 Haaa... Tak sangka mat salleh tu boleh faham bahasa Melayu?

Bila mat salleh fikir air cincau ni dibuat daripada rumput! Haha! 

Terpaksa beritahu yang air cincau tu bukan dibuat daripada rumput.

Ni dia kata kalau tak suka lantak lah tapi jangan label air cincau tu sebagai minuman yang paling teruk. Cuba tengok muka kau kat cermin tu elok ke tak tu mesti tak elok sangat kan tapi takde lah nak sampai label muka paling hodoh kat dunia betul tak? Ehhh... Ada kaitan ke ni?

Mat salleh ni pula kata dah nama minuman tu pun grass jelly sah sah lah tak sedap cuba letak nama ayam mee mesti rasa minuman tu automatik jadi sedap gila.


Ni antara kata-kata berbaur cacian, makian dan hinaan yang diterima oleh mat salleh tu. Aduh. Apasal serius sangat ni? Aku rasa agak keterlaluan juga bila dah sampai tahap mencarut tu. Relax lah, cincau je kot?


Ni ada yang siap beritahu kebaikan air cincau lagi. Gigih! Baru lepas google ke tu? Haha!

Tak puas hati kerana air cincau dikritik, netizen ni kritik makanan mat salleh pula.

Tapi aku setuju dengan tweet kat bawah ni. Semua orang ada benda yang dia tak suka, dia tak minat. Jadi rasanya tak payah nak emosi sangat lah bila mat salleh tu tak suka air cincau. 

Bila kali terakhir korang makan cincau atau minum air cincau ni?

Sumber: DI SINI

Jumaat, 4 Ogos 2017

Lelaki Ditangkap Rakam Video Lelaki Lain Buang Air Di Tandas!

Salam.


Seorang lelaki telah ditangkap kat The Mines Shopping Mall Seri Kembangan kerana merakamkan video lelaki lain kat dalam sebuah tandas lelaki! Menurut seorang netizen kat laman facebooknya, lelaki tersebut diam diam merakamkan video mereka yang sedang membuang air di dalam tandas itu. Aduh. Dah kenapa lah nak rakam video orang lain tengah kencing tengah berak? Rakam lah video lain, video rama rama tengah terbang bebas ke atau video pergi karaoke dengan Afifah Nasir ke. Ni tak, video orang tengah kencing tengah berak kau pergi rakam? Masalah mental betul lah. Dan selepas ditangkap, rupanya ada banyak lagi video lelaki lain kat telefon bimbit lelaki tu. Dah lah semua video tu video orang tengah buang air! Kejadah rakam video video macam tu.


Macam mana nak berak dengan aman dan tenteram kat shopping mall lepas ni? Haha!

Sumber: DI SINI

Khamis, 3 Ogos 2017

10 Cara Jadi Orang Lebih Baik Di Malaysia - Dr Amalina Bakri

Salam.


Haaa... Korang rasa korang dah cukup baik ke? Aku rasa aku ni takde lah baik mana takde lah jahat mana. Tengah tengah boleh tak? Sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada kesilapan dan perasaan. Tapi selagi kita masih bernafas masih bernyawa, selagi tu kita diberikan peluang untuk jadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Ehhh... Apahal serius sangat ni? Haha! Dr Amalina Bakri telah berkongsi tentang cara-cara untuk menjadi orang yang lebih baik kat Malaysia ni walaupun sekarang Dr Amalina Bakri takde kat Malaysia. Kenal tak siapa Dr Amalina Bakri ni? Takkan tak kenal kot? Pelajar cemerlang yang mencatatkan keputusan 17A1 dalam SPM tahun 2004 tu...


10 Cara Jadi Orang Lebih Baik Di Malaysia
  1. Bersihkan dan kemas semula meja selepas makan terutamanya kat restoran makanan segera. Kalau kat restoran yang tak berapa nak segera, cukup lah dengan susun dan tindankan pinggan mangkuk bagi memudahkan urusan pekerja kat situ. Kalau nak tolong basuh tu dah over sangat kot? Baik kau tanya terus ada kerja kosong tak kat situ.
  2. Nampak sampah kat atas lantai? Sampah kat tepi jalan? Sampah kat dalam longkang? Sampahnya perangai kau? Tolong kutip dan buangkan ke dalam tong sampah. Haaa... Jangan lupa untuk sentiasa bawa bersama hand sanitiser supaya senang nak basuh tangan lepas dah buang sampah tu. Pencuci muka tu tak payah lah bawa sekali. Kutip sampah guna muka ke?
  3. Jangan guna atau main dengan telefon masa orang tengah bercakap dengan kita. Tolong beri hormat dan perhatian. 
  4. Sentiasa menghormati dan berbuat baik dengan pekerja-pekerja seperti cleaner, pemandu bas, security guard dan lain-lain. Tegur lah sekali sekala buat buat peramah contoh macam hai makcik cantik tudung makcik hari ni walaupun makcik tu pakai tudung yang sama je sepanjang 5 tahun kerja kat situ sebab dah nama pun tu uniform dia kau dah kenapa baru nak puji hari ni?
  5. Nampak selipar atau kasut yang bersepah kat luar? Luang masa seminit dua untuk susun selipar atau kasut setakat mana yang sempat. Kalau banyak masa sangat, sebelum susun tu boleh main baling selipar dulu.
  6. Selalu bertanyakan khabar ahli keluarga yang lain, ada menghadapi apa apa masalah ke tidak.
  7. Bawa bag sendiri untuk kegunaan membeli-belah. Selamatkan alam sekitar! Jangan pula bawa bag sekolah anak kau habis tu dia nak buat kerja sekolah macam mana dah lah buku buku dia ada dalam bag tu tapi kalau nak pakai juga tolong keluarkan buku buku dia tu dulu.
  8. Beri makan kepada haiwan-haiwan yang terbiar seperti kucing dan anjing. Sekali sekala beri kaki kepada manusia yang berperangai seperti haiwan. 
  9. Bawa makanan atau minuman untuk dikongsikan bersama. Kalau bajet tak berapa nak ada, cukup sekadar bawa diri. 
  10. Layan orang lain seperti mana kita ingin dilayan.

Dalam 10 cara kat atas ni, berapa banyak yang korang dah selalu buat?

Rabu, 2 Ogos 2017

Rapid KL Guna Patung Anabelle Nasihat Pengguna Tren

Salam.


Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh - Kajang ni dah dibuka sepenuhnya pada 17 Julai 2017 yang lepas dan dirasmikan oleh Dato Seri Najib Razak kat stesen MRT Tun Razak Exchange. Aku dah naik MRT dua kali kalau tak silap. Setakat ni? Aku sangat berpuas hati! Sangat memudahkan pergerakan dan perjalanan terutamanya nak jalan jalan sekitar Kuala Lumpur. Korang dah naik belum?


Baru je beberapa hari beroperasi, dah macam macam perangai kat MRT. Aku tak pasti lah dengan perangai orang orang yang macam gambar gambar kat atas dan kat bawah ni. Tak pernah naik pengangkutan awam ke macam mana? Ada yang baring siap berpangkukan pasangan sebab tulang belakang dia dah rapuh tu lah siapa suruh tak minum susu, ada yang buang sampah kat ruangan tempat duduk sebab memang tulis kat situ sila lah selitkan sampah anda kat sini banyak banyak, ada yang letak segala beg plastik kat atas kerusi sebab beg plastik dia penat berdiri dah satu hari berjalan ke sana ke sini, ada yang minum kat dalam tren sebab kalau tak minum waktu tu dia akan mati serta-merta, ada yang bergayut kat dalam tren sebab hilang ingatan sebagai seorang manusia lalu jadi lah dia seperti seekor monyet. Haaa... Tu belum lagi yang pasang buaian kat dalam tren tu!


Rapid KL melalui laman twitter telah memuat naik gambar anak patung Anabelle yang diletakkan kat salah satu stesen sambil menasihatkan supaya pengguna-pengguna yang menaiki tren untuk menjaga tingkah laku dan mematuhi etika semasa menaiki tren. Menarik kan? Walaupun aku rasa anak patung Anabelle tu takde lah menakutkan sangat. Cakap besar nampak? Sekali kepala anak patung tu menoleh pandang aku? Haha! Kejap. Adakah ni gimik semata-mata sebab filem Anabelle akan ditayangkan pada 11 Ogos ni? Haaa... Bijak!


Trivia MRT Sungai Buloh - Kajang
  • Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) adalah merupakan stesen MRT yang paling dalam iaitu sedalam 40 meter. Haaa... Kedalaman tu lebih kurang bangunan 13 tingkat!
  • Escalator yang paling panjang kat MRT? Kat stesen MRT Bukit Bintang dengan panjang 20 meter!
  • Escalator kat stesen MRT Pusat Bandar Damansara pula adalah escalator yang paling tinggi kat MRT.
  • Tren yang paling laju adalah tren yang bergerak di antara stesen MRT Tun Razak Exchange dan stesen Cochrane dengan kelajuan sekitar 94 km/j. Secara purata, kelajuan tren bergerak adalah sekitar 40 km/j. 
  • Terdapat lebih daripada 3,5000 CCTV ada kat stesen-stesen MRT.
  • MRT ni dibina dengan kos sekitar RM21 billion.

Harap lepas ni takde lagi pengguna-pengguna yang bersikap macam kat atas tu. Tolong jaga harta dan kemudahan awam serta patuhi etika dan peraturan semasa menggunakan segala harta dan kemudahan awam. Ehhh... Aku pun bayar cukai tahu? Haha!

Selasa, 1 Ogos 2017

Jom Churros Di Street Churros!

Salam.


Korang tahu tak churros tu apa? Macam mana rupa churros tu? Pernah makan churros tak sebelum ni? Takpe takpe. Tak masuk final exam pun soalan soalan tadi. Churros ni dibuat daripada adunan tepung yang kemudiannya digoreng sehingga rangup dan ada masanya dihidangkan sebagai snek, ada juga dihidangkan sebagai pencuci mulut. Ikut nafsu makan orang tu kot? Kalau nafsu makan dia sejenis binatang, dia makan la churros ni macam dia makan nasi. Haha! Merepek. Ada sesetengah negara di Eropah dan Amerika Latin yang menjadikan churros ni sebagai sarapan. Selalunya churros ni akan dicelup dengan sos coklat yang pekat dan likat. Pehhh... Sedapnya!

Jadi kat mana nak cari churros kat Malaysia ni? Haaa... Cari kat Street Churros lah! Jangan risau, nama je macam kat tepi jalan tapi semua outlet Street Churros ada kat dalam pusat membeli belah. Hari Sabtu yang lepas aku singgah cawangan ke-6 Street Churros yang baru je buka kat Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Hebat! Sekejap je dah ada cawangan ke-6. Meh sini aku nak kongsikan sedikit info mengenai Street Churros:
  • Bermula dari Korea Selatan
  • Francais churros yang terbesar di dunia
  • Menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi
  • Churros hanya akan dibuat selepas menerima tempahan
  • Street Churros berbentuk ladam kerana kepercayaan bahawa bentuk ladam sebenarnya membawa tuah
  • Rangup di luar, lembut di dalam

Apa je menu yang ada kat Street Churros ni? Sebenarnya bukan satu jenis churros je yang ada kat Street Churros ni. Setakat hari ni ada lima jenis churros iaitu Street Churros, Filling Churros, Stick Churros, Churros Fries dan Ice-cream Churros. Banyaknya! Jom tengok antara menu yang ada kat Street Churros.

Menu


Street Churros: Cinnamon, Chocolate & Cheese
Harga: RM5.90

Dipping Sauce: Chocolate, Cream Cheese, Blueberry & Butterscotch
Harga: RM1.90


Filling Churros: Chocolate, Cream Cheese & Custard
Harga: RM7.90


Stick Churros: Chocolate, Cinnamon & Cheese
Harga: RM9.90


Churros Fries: Sour Cream, Tomato & Seaweed
Harga: RM7.90


Ice-cream Churros: Choco-Choco, Choco Berry & Mango
Harga: RM7.90 +RM1.00 (Topping)

Minuman


Shake: O'My Mango & O'My Coconut
Harga: RM9.90


Fruit Ade: Lemon, Passionfruit & Korean Citron
Harga: RM7.90

Coffee: Caramel Macchiato & Spanish Latte
Harga: RM8.90 (Hot) & RM9.90 (Iced)

Non-Coffee: Chocolate, Green Tea & Milk Tea
Harga: RM7.90 (Hot) & RM8.90 (Iced)

Set Menu


Set A: Street Churros + Latte
Harga: RM11.90

Set B: Filling Churros + Latte
Harga: RM13.90

Set C: Stick Churros + Latte
Harga: RM15.90


Jadi mana satu nak makan dulu ni? Haaa... Aku cadangkan korang cuba Street Churros perisa Cinnamon lepas tu tambah Dipping Sauce perisa Chocolate. Nanti datang lagi untuk rasa menu yang lain pula. Haha! Menu pilihan dan kegemaran aku pula Filling Churros perisa Chocolate. Puas lah dapat makan churros dengan coklat yang melimpah ruah tu. Tapi Churros Fries perisa Seawood pun sedap juga! Aduh. Tiba tiba terliur nak makan churros? Mana nak cari Street Churros ni? Haaa... Meh sini aku senaraikan outlet Street Churros kat bawah ni.
  • One Utama Mall, Petaling Jaya
  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Sky Avenue, Genting Highlands
  • Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • MyTOWN, Cheras
  • Empire Shopping Gallery, Subang Jaya

Kot kot nak tahu lebih lanjut pasal Street Churos ni ye la rajin sangat banyak masa tak tahu nak buat apa, korang boleh singgah dan klik je laman rasmi dorang seperti kat bawah ni:


Churros ni paling sedap makan panas panas. Kalau nak makan sejuk sejuk, baik makan aiskrim lah. Haha! Ehhh kat Street Churros pun ada Ice-cream Churros. Jom churros? Dah alang alang tu aku ada 10 baucar Street Churros untuk dihadiahkan kat korang. Jadi apa yang korang perlu buat? Haaa... Jangan lupa follow instagram aku kat @hizamili untuk mendapatkan baucar istimewa daripada Street Churros.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com