Rabu, 5 Julai 2017

Chryseis Tan Dikecam Mengkhianati Bangsa Cina Kahwin Faliq Nasimuddin

Salam.


Nampaknya pengumuman pertunangan dan tarikh perkahwinan waris kepada dua korporat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group, telah mendapat reaksi yang negatif daripada kebanyakan netizen berbangsa Cina. SM Faliq SM Nasimuddin, 32, dan Chryseis Tan, 29, telah mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti kat Marrakesh, Maghribi. SM Faliq SM Nasimuddin memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza TTDI Sdn Bhd manakala Chryseis Tan adalah Ketua Eksekutif (CEO) Berjaya Times Square. Jadi apa yang menjadi isunya kat sini? Tak lain tak bukan adalah kerana mereka berlainan bangsa dan agama.


Seorang netizen di laman twitternya mendedahkan sebuah artikel berkenaan pengumuman pertunangan dan tarikh perkahwinan anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan telah menggunakan tajuk "Gadis Cantik Berbangsa Cina Kahwin Lelaki Melayu, Netizen: Memalukan Bangsa Cina, Tidak Berselera Melihat Songkoknya". Wow! Sampai macam tu sekali sifat perkauman yang ditonjolkan? Tak patut!

Netizen tersebut yang juga berbangsa Cina berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai sifat perkauman terutamanya dalam kalangan masyarakat berbangsa Cina. Menurutnya, sifat perkauman rakyat Malaysia yang berbangsa Cina adalah secara terang-terangan kerana kaum lain tidak memahami bahasa yang mereka gunakan. Aku percaya dia tidak bermaksud yang semua orang Cina kat Malaysia ni bersifat perkauman tapi hanya segelintir je.


Netizen tersebut turut menterjemah beberapa komen yang ditujukan kepada Chryseis Tan kerana bersetuju untuk mengahwini SM Faliq SM Nasimuddin. Komen-komen yang diterima pada pandangan aku agak keterlaluan, seolah-olah mereka lebih mengenali siapa Chryseis Tan. Antara komen-komen yang ditujukan kepada Chryseis Tan ialah:
  • wanita yang tidak berguna
  • hidangan yang enak telah dirampas oleh babi
  • kehilangan nama keluarga sama seperti melupakan asal usulnya
  • tiada isu jika berkahwin dengan Muslim daripada luar negara tapi berkahwin dengan Muslim berbangsa Melayu ibarat mengkhianati bangsa Cina kat Malaysia



Aku pun tak tahu nak cakap apa bila baca komen komen macam tu. Tersedak! Terkejut tengok likes yang diterima oleh komen-komen macam tu. Bukan satu dua je tapi ada yang mencecah lebih daripada 100 likes. Maksudnya ramai juga yang setuju dengan komen-komen macam tu. Hmmm... Tapi aku yakin dan percaya masih ada mereka yang tidak bersifat perkauman. Sama seperti orang Melayu. Ada je orang Melayu yang masih menebal dengan sifat perkauman. Tapi bukan semua la. Jadi apa pendapat korang?

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com