Rabu, 26 Julai 2017

Viper Challenge Genting Highlands 2017 - Pengalaman & Trivia

Salam.


Alhamdulillah. Sekali lagi aku berjaya menamatkan cabaran Viper Challenge. Kali ni kat Genting Highlands. Tahun ni tahun kedua aku sertai Viper Challenge kat Genting Highlands. Haaa... Aku dengan ahli pasukan Team Jaguh yang lain telah berjaya melengkapkan laluan 10 km dan melepasi 15 halangan. Takde la susah mana pun bila kawan-kawan setia bersama daripada awal sampai la ke garisan penamat. Menepati slogan Viper Challenge, leave no one behind.

Masa pelepasan kitorang hari tu jam 11.40 pagi, dah nak masuk tengahari dah masa tu. Jadi matahari sepatutnya dah tegak atas kepala kan? Tapi? Kitorang tak rasa kewujudan matahari kat Genting Highlands masa tu. Sejuk! Rasa macam ada orang pasang air-cond dengan suhu 16 darjah celcius je masa tu. Apa lagi? Seronok la berlari dengan cuaca macam tu. Perasaan tu macam berlari berkejaran lupakan segala duka di kota di desa di gunung dan laut berlagu kita berdua.




Cuci mata!

Sepanjang 10 km tu, kitorang lalu sebelah padang golf, siap ada pemandangan tasik. Tambah tambah kat kiri dan kanan kitorang sentiasa ada pokok. Dah la cuaca hari tu sejuk, lepas tu ada pula pokok kat kiri dan kanan kitorang? Memang rasa tengah makan angin je masa tu. Haha! Hari tu kitorang siap lalu sebelah Genting Highlands Premium Outlet! Nasib baik tak bawa dompet, kalau tak dah singgah kejap shopping dulu. Haaa... Berbanding kat Sunway Iskandar, laluan 15 km hari tu takde pokok sangat, macam padang jarak padang terkukur. Tak pasal pasal rasa macam matahari tu sejengkal je kat atas kepala.


Berapa jauh laluan Viper Challenge kat Genting Highlands ni? 10 km je. Berlagak tak? Haha! Pada pendapat aku, laluan 10 km ni tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Orang putih cakap just nice. Haaa... Sebab Viper Challenge ni ada laluan yang 5 km, ada yang 10 km, ada juga yang 15 km dan ada yang sampai 20 km. Pada pendapat aku, laluan 5 km tu terlalu pendek dan sekejap. Tak berbaloi! Harga dah la sama je dengan laluan 10 km, 15 km dan 20 km. Tapi laluan 15 km dan 20 km tu terasa jauh pula. Penat dan letih juga sebenarnya. Bila laluan dah sampai 15 km atau 20 km tu, memang makan masa yang agak lama sebab bukan setakat kena lengkapkan laluan 15 km dan 20 km tu je, ada lagi halangan-halangan yang nak kena buat. Ehhh... Tapi rugi la kalau tak buat halangan-halangan tu. Dah bayar kot? Kalau tak nak buat halangan-halangan tu, baik masuk larian atau marathon je. Betul tak? Harga pun lebih murah. Jimat sikit.



Halangan yang sama?

Bagi tahun 2017 ni, sebelum kat Genting Highlands, Viper Challenge dah buat kat Singapura, Penang dan Johor. Haaa... Jadi kebanyakan halangan kat Genting Highlands ni dah ada kat tempat-tempat yang sebelumnya. Ada satu dua je halangan yang baru untuk Viper Challenge kat Genting Highlands ni. Tapi aku takde la kisah sangat pun, cuma aku rasa lebih menarik kalau setiap Viper Challenge tu ada halangan yang tersendiri dan eksklusif untuk setiap tempat tu.




Trivia Viper Challenge Genting Highlands 2017
  • Masa pelepasan untuk pasukan kitorang hari tu agak lewat sebenarnya. Jadi sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands, kitorang sarapan dulu kat McDonald's sambil tunggu Afizal dan Faris sampai sebab dorang gerak dari Melaka.
  • Sempat jumpa Neyra sebelum kitorang mula hari tu. Nasib baik Neyra berjaya sampai ke garisan penamat sebelum 11.40 pagi, kalau tak kempunan nak jumpa Neyra. Kitorang semua kagum dengan calitan lumpur kat Neyra!
  • Semua pakai sarung tangan kecuali Zieq dan Akramin sebab dorang berdua terbakar ke tak terbakar ke sama je kan? Ehhh gurau je. Haha!
  • Hanya Wan je yang betul betul lepas halangan #1. Aku pula hampir lepas halangan #1 tapi hujung hujung tu aku tergelincir. Tetap nak bagitahu!
  • Aku rasa ni kali pertama aku buat semua halangan yang ada kat Viper Challenge. Mungkin pengaruh cuaca juga kot?
  • Kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. Begitulah yang berlaku kat Wan hari tu. Lepas menjadi satu-satunya ahli yang berjaya melepasi halangan #1, semangat Wan untuk habiskan Viper Challenge secepat yang mungkin semakin membuak-buak. Tapi semangat tu terkubur serta-merta bila Wan mengalami kekejangan sebelum halangan #9. Sabar ye Wan.
  • Kali ni Yus takde nak kencing sangat. Tak pasti sama ada dia dah buang kat mana mana secara diam diam. Hmmm... Musykil juga.
  • Aku jatuh macam nangka busuk masa cuba buat halangan #11. Serius! Lepas 2 ke 3 bar, aku terus tercampak dalam air berlumpur kat bawah tu. Aku rasa ada la tertelan seliter dua juga air berlumpur tu. Haha!
  • Afizal membuktikan yang saiz pinggang bukan penghalang untuk lari masa naik bukit. Hebat betul stamina dia. Aku masa naik bukit la aku jalan, turun bukit baru aku lari. Afizal? Naik bukit turun bukit dia lari!
  • Faris pula banyak membantu meregangkan kekejangan Wan hari tu. Maklum je la Faris kan main futsal. Ada kaitan tak?
  • Lepas habis je Viper Challenge, kitorang singgah kejap kat Genting Highlands Premium Outlet. Tapi satu barang pun kitorang takde beli.

Aku rasa tahun depan baru aku sertai Viper Challenge ni. Cukup dah kot untuk tahun ni. Hmmm... Tapi tengok la macam mana. Kot kot aku terbuka hati untuk sertai Viper Challenge yang kat Shah Alam atau mungkin Viper Challenge yang kat Cyberjaya. Siapa tahu kan? Hati manusia ni sukar diduga. Haha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com