Rabu, 7 Jun 2017

Kurta Lelaki Moden Gaya Terkini - Rifal Exclusive

Salam.

Baju Melayu atau kurta? Yang mana satu pilihan korang untuk raya kali ni? Hmmm... Kenapa tidak kedua-dua baju Melayu dan kurta? Hari raya kita pakai baju Melayu, hari raya kedua kita pakai kurta. Haaa... Dah alang alang cakap pasal kurta, Rifal Exclusive ada menawarkan kurta pada harga serendah RM110! Design kurta daripada Rifal Exclusive ni moden dan minimal. Tidak keterlaluan dan sesuai untuk digayakan terutamanya semasa bertandang ke rumah saudara mara atau sahabat handai. Pada masa yang sama, kurta ni sangat praktikal untuk melayan tetamu yang datang ke rumah kita.

Ada 3 design dan 9 warna yang dikeluarkan oleh Rifal Exclusive. Kesemua kurta menggunakan kain jenis cotton, material yang selesa dan tidak panas. Saiz bagi setiap kurta bermula daripada XS sehingga XL. Jom kita tengok kurta-kurta daripada Rifal Exclusive kat bawah ni.

  • Design: Kurta Waqas
  • Material: Cotton
  • Warna: Royal Blue, Red & Dark Grey



  • Design: Kurta U'bayy
  • Material: Cotton
  • Warna: Dusty Pink, Yellow & Khakis 



  • Design: Kurta Kashif
  • Material: Cotton
  • Warna: Purple, Emerald Green & Navy Blue



Untuk maklumat lanjut mengenai saiz kurta tersebut, korang boleh rujuk jadual saiz yang ada kat bawah ni. Semua ukuran tu dalam inci tau, bukan jengkal, hasta apatah lagi depa.


Berminat? Haaa... Harga kurta Rifal Exclusive ni hanya RM110 sahaja dan tiada caj pos yang dikenakan. Jimat kan? Kalau berminat, korang boleh hubungi nombor +60178703658 untuk urusan jual beli atau urusan pertanyaan tentang perkara-perkara yang mungkin aku dah bagitahu kat dalam entri ni. Haha!

2 ulasan:

  1. Hye.. nice blog.. bru buat eh.. kipidap bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. baru buat? takde la baru. blog ni dah ada dari 2009 lagi. hehe.

      Padam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com