Jumaat, 2 Jun 2017

Lirik Lagu Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang

Salam.


Nampaknya Haqiem Rusli tak boleh duduk diam. Semalam dia dah keluarkan demo lagu terbaharu berjudul Selamat Tinggal Sayang kat laman youtube miliknya. Apa yang menarik mengenai lagu tu? Lagu tu adalah merupakan ciptaan dia bersama Zyn! Lirik pula? Ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli! Wah! Berbakat besar betul penyanyi muda sorang ni. Bukan setakat berbakat dalam bidang nyanyian je, ada bakat cipta lagu dan lirik juga. Secara peribadi, aku lebih suka lagu Selamat Tinggal Sayang ni daripada Tergantung Sepi. Lebih drama, lebih emosi dan lebih menyentuh perasaan. Tapi menurut Haqiem Rusli, lagu ni dijangka dikeluarkan pada tahun 2018. Lama lagi tu! Hmmm... Tolong keluarkan tahun 2017 ni boleh? Haha! Tahun depan keluarkan lagu baharu yang lain la...

Ni bait-bait lirik untuk lagu tu.
Lirik Lagu Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang

Aku berhenti
berhenti berharap
tuk mendapatkan cinta darimu

Tak bisa kau melihat
besarnya cinta ini padamu

Ku selalu menangis
dan ku selalu bersedih
melihat kau bersama yang lain

Tersiksa jiwa ini
terluka hati ini sayangku

Selamat tinggal sayang
ku ucapkan kepadamu
pergi kau dari hidupku
ku tak ingin disakiti

Ku selalu menangis
dan ku selalu bersedih
melihat kau bersama yang lain

Tersiksa jiwa ini
terluka hati ini sayangku

Selamat tinggal sayang
ku ucapkan kepadamu
pergi kau dari hidupku
ku tak ingin disakiti

Selamat tinggal kasih
ku ucapkan kepadamu
pergi kau dari hidupku
ku tak ingin disakiti

Lagu: Haqiem Rusli & Zyn
Lirik: Haqiem Rusli

Dah dengar belum? Kalau belum, boleh dengar lagu ni kat bawah ni atau cari sendiri kat laman youtube. 


Sedap tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com