Selasa, 20 Jun 2017

Buka Puasa Dengan Buffet Ramadhan Di Chakri Palace Pavilion

Salam.


Alhamdulillah. Tak sangka rezeki aku hari Ahad yang lepas dapat berbuka puasa kat Chakri Palace Pavilion dengan kawan-kawan yang lain. Apa apa pun terima kasih Neyra! Haaa... Sebenarnya Neyra ada kupon lebih untuk buffet Ramadan kat situ. Jadi? Neyra dengan murah hatinya ajak kitorang buka puasa kat situ hari tu. Semoga bertambah-tambah rezeki Neyra kerana sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain. Ehhh... Nak tahu tak harga buffet Ramadan kat Chakri Palace tu? Kot kot korang nak pergi buka puasa kat situ ke lepas ni mana la tahu kan.
  • Dewasa: RM85.90++
  • Kanak-kanak & Warga Emas: RM42.90++ 

Chakri Palace ni menyajikan makanan-makanan terbaik daripada Thailand. Antara hidangan yang menjadi pilihan aku untuk buffet Ramadan kat Chakri Palace Pavilion ni ialah Ayam Pandan, Udang Goreng Butter, Kerabu Mangga, Mieng Kham dan juga Pulut Mangga. Sedapnya! Tapi hidangan yang paling aku tak sangka aku boleh suka ialah Mieng Kham. Ya. Pernah dengar tak? Mieng Kham tu sejenis daun yang dimakan mentah dengan sos istimewa dan dicampurkan bahan-bahan lain seperti halia, udang kering, cili padi, kacang, limau nipis dan bawang merah. Nampak macam kurang meyakinkan tapi sebenarnya sedap. Wajib cuba!








Kenyang tu tak payah cakap la, dah nama pun makan secara buffet kan? Selagi tak kenyang, selagi tu pinggan kita tak dibenarkan ada ruang. Boleh? Haha! Nampaknya hujung minggu tu hujung minggu terakhir dalam bulan Ramadan sebab hujung minggu ni kita dah mula menyambut kedatangan Syawal dengan Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar ke tu? Ke tahun ni tak berapa semangat nak sambut hari raya?

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com