Khamis, 1 Jun 2017

Bahaya Ambil Suplemen, Tinggal Ubat

Salam.

Siapa kat sini ambil suplemen? Aku! Haha! Aku ambil suplemen "Multivitamins + Minerals" daripada Blackmores. Konon nak lebih sihat macam tu. Tapi? Aku sebenarnya meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang. Menurut Dr Rafidah Abdullah, orang yang sihat tidak perlukan suplemen sama seperti orang yang sakit tidak perlukan suplemen. Haaa... Faham tak? Maksudnya kat sini kalau kita sihat kita tak perlu ambil suplemen dan kalau kita sakit pun kita tak perlu ambil suplemen.

Sumber gambar: DI SINI

Sekali buah pinggang dah rosak, pemindahan (transplan) buah pinggang je satu-satunya rawatan untuk buah pinggang yang dah rosak tu. Dialisis? Hanya sementara. Dr Rafidah Abdullah turut berkongsikan pengalamannya berhadapan dengan pesakit-pesakit yang sanggup tinggalkan ubat semata-mata kerana percayakan suplemen dan rawatan lain. Terdapat pesakit yang tenat dan mengalami kerosakan hati ditahan di wad ICU kerana mengambil suplemen. Ada juga yang koma dan meninggal dunia kerana meninggalkan insulin akibat percayakan rawatan lain. Selain itu, ada pesakit yang menderita kencing manis selama 5 tahun telah disahkan mengalami kerosakan buah pinggang selain penglihatan tidak jelas kerana tidak makan ubat yang doktor berikan tapi makan suplemen. Seram!



Hakikatnya ajal maut telah ditentukan. Tapi kalau kita nak berusaha pun, jangan la kita memilih jalan yang memudaratkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com