Jumaat, 19 Mei 2017

Yuna Tercalon BET Awards 2017! Tahniah!

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah Yuna! Terus melakar kejayaan demi kejayaan kat Amerika Syarikat. Selepas album Chapters disenaraikan sebagai antara Album R&B Terbaik Pilihan Pengkritik 2016 oleh Billboard, Yuna sekali lagi mencatatkan sejarah apabila menjadi warganegara Malaysia yang pertama tercalon dalam Anugerah BET 2017. Hebat kan?


Yuna dicalonkan dalam kategori Centric Award menerusi lagu duetnya bersama Usher berjudul Crush. Turut disenaraikan dalam kategori yang sama adalah penyanyi hebat seperti Fantasia (Sleeping With The One I Love), Mary J Blige (Thick Of It) dan Solange (Cranes In The Sky). Bukan calang calang yang ada dalam kategori tu. 

Sumber gambar: DI SINI

Kot kot la korang tak tahu yang Anugerah BET ni adalah acara anugerah tahunan yang dibawakan oleh rangkaian Black Entertainment Television sejak daripada 2001. Anugerah ni diadakan khusus untuk meraikan bangsa African American dan lain-lain minoriti dalam pelbagai cabang dalam industri hiburan. Tahun ni Anugerah BET akan disiarkan secara langsung pada 25 Jun 2017 di Amerika Syarikat. 

Semoga berjaya Yuna!

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com