Selasa, 9 Mei 2017

SimetriSiti Dato' Siti Nurhaliza Mula Dipasarkan Esok!

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Album terbaharu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul SimetriSiti dah mula boleh didapatkan di pasaran bermula pada hari esok, 10 Mei 2017. Sejujurnya aku bukan la peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza tapi aku tetap tak sabar juga nak dengar lagu-lagu dalam album SimetriSiti ni. Adakah lagu-lagu dalam album kali ni lebih baik daripada album-album sebelumnya? Terutamanya jika dibandingkan dengan album Hadiah Daripada Hati dan All Your Love yang aku rasa agak mengecewakan dari segi pemilihan lagu-lagu dalam kedua-dua album tersebut? Haha!

Ada dua kulit album yang dikeluarkan untuk album SimetriSiti kali ni. Yang pertama kat atas tu dan yang kedua kat bawah ni. Kulit album yang pertama adalah merupakan kulit album rasmi untuk album SimetriSiti manakala kulit album yang kedua pula adalah eksklusif dan khas untuk 300 orang terawal yang menempah album tersebut di Lazada. Jadi mana satu pilihan korang? Kalau aku, aku lebih suka kulit album yang kedua.

Senarai Lagu Dalam SimetriSiti
  1. "Bersandar Cinta" (ciptaan Aubrey Suwito & Ad Samad)
  2. "Penghiburku" bersama Joe Flizzow (ciptaan Siti Nurhaliza)
  3. "Ikrar Cinta" (ciptaan Amirah Ali & Sulu Sarawak)
  4. "Segala Perasaan" (ciptaan Ivan Lahardhika)
  5. "Aku Bukan Malaikat" (ciptaan Opick & Dian)
  6. "Manis Terindah" (ciptaan Aubrey Suwito & Ad Samad)
  7. "Kisahku Inginkan" bersama Judika (ciptaan Ivan Lahardhika)
  8. "Tak Perlu Ragu" (ciptaan Ade Govinda)
  9. "Kau Takdirku" (ciptaan Mohariz Yaakup & Habsah Hassan)
  10. "Hiasi Duniaku" (ciptaan Sid Murshid)

Sumber gambar: DI SINI

Trivia SimetriSiti
  • Album studio ke-17 oleh Dato' Siti Nurhaliza.
  • Diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia.
  • Proses rakaman telah bermula pada 7 Mac 2017.
  • Memuatkan 10 buah lagu baharu.
  • Sebanyak 300 lagu telah diterima untuk album ini.
  • Akan berada di pasaran pada 10 Mei 2017.
  • Single pertama bagi album ini berjudul Segala Perasaan yang telah dikeluarkan pada 24 April 2017.
  • Dato' Siti Nurhaliza turut mencipta sebuah lagu berjudul Penghiburku yang dimuatkan dalam album ini.
  • Sebanyak 300 cakera padat album SimetriSiti yang dijual di Lazada telah habis ditempah dalam tempoh 20 minit.

Dah jom nikmati persembahan Dato' Siti Nurhaliza sempena pelancaran album SimetriSiti pada 5 Mei 2017 yang lepas di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur kat bawah ni. 

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com