Khamis, 11 Mei 2017

Lirik Lagu Siti Nurhaliza, Bersandar Cinta

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Lagu Bersandar Cinta adalah merupakan track pertama dalam album terbaharu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul SimetriSiti. Khabarnya lagu tersebut akan dikeluarkan sebagai single kedua selepas Segala Perasaan. Dan muzik video lagu tu pun katanya dah siap. Tak sabar kan? Sebagai penyanyi nombor 1 kat Malaysia ni, semua pihak tertunggu tunggu dan mengharapkan yang terbaik daripada Dato' Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Dato' Siti Nurhaliza, Bersandar Cinta

Tak ku di sini sebagai aku
kalau bukan keranamu
Tak ku kecapi limpah kurniaan
semata upayaku

Terima kasih ku ucap
dari lubuk hati terdalam

Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat

Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarianku persembahkan
semuanya bersandar kepada cinta

Jika kau sepi ku ingin jadi
melodi yang bererti
Kalau kau bahagia biar ku jadi
penyeri duniamu

Terima kasih ku ucap
dari lubuk hati terdalam

Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat

Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarianku persembahkan
semuanya bersandar kepada cinta

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com