Selasa, 16 Mei 2017

Cara Pilih Tandas Yang Lebih Bersih & Kurang Digunakan

Salam.

Kadang kadang tu aku sanggup tahan daripada membuang sebab bila masuk tandas je, kotor tu tak tahu macam mana. Dengan segala jenis buangan tak flush la, dengan lantai basah sana sini, dengan tisu bersepah dan sebagainya. Geli tahu tak? Nak tak nak, kena cari tandas yang lain. Jauh pun jauh la... Nak buat macam mana kan? Nama pun tandas awam, bukan tandas kat rumah.

Dr Mehmet Oz. Sumber gambar: DI SINI

Jadi agak agak apa cara untuk memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan terutamanya bila kita kat pusat beli belah? Dr Mehmet Oz, personaliti perubatan terkenal, menyarankan beberapa tips dan cara yang boleh diamalkan untuk memilih tandas semasa kita kat luar rumah. Sebab kalau kita kat dalam rumah, pakai je la tandas dalam rumah. Kau dah kenapa?

Cara memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan
  • Kebanyakan pengguna mahukan privasi semasa menggunakan tandas awam, jadi mereka cenderung untuk memilih tandas yang paling jauh atau paling hujung.
  • Tandas pertama atau paling hampir dengan pintu utama kebiasaannya jarang digunakan kerana faktor privasi. 
  • Pilih tandas yang pertama berbanding tandas yang lebih jauh.

Boleh percaya ke ni? Dah nama pun kajian. Takde la mewakili semua situasi tapi kebanyakan situasi. Tapi kajian daripada New York Magazine pula mendapati sebaliknya. Katanya lelaki lebih gemar menggunakan tandas yang paling hampir dengan pintu utama. Hmmm... Mana satu nak ikut ni? Okay. Aku rasa yang perempuan boleh ikut tips daripada Dr Mehmet Oz tadi, pilih tandas yang pertama atau paling hampir dengan pintu utama. Dan untuk lelaki pula, aku rasa korang boleh rujuk kajian daripada New York Magazine tu, jadi korang kena pilih tandas yang paling jauh daripada pintu utama. Kesimpulannya? Kalau orang yang guna tandas tu dah memang tak bertamadun, tandas kat planet Pluto yang sekarang ni dah disingkirkan daripada Sistem Suria kita pun boleh jadi paling kotor di alam semesta!

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com