Isnin, 8 Mei 2017

Barack Obama Ajak Wanita Ini Kahwin Sebanyak 2 Kali Sebelum Michelle!

Salam.

Sebelum Barack Obama bertemu dengan Michelle, beliau pernah mengajak teman wanitanya sebelum itu untuk berkahwin sebanyak dua kali! Berdasarkan buku biografi terbaharu berjudul Rising Star: The Making of Barack Obama yang ditulis oleh David Garrow, bekas presiden Amerika Syarikat itu jatuh cinta dengan Sheila Miyoshi Jaher pada permulaan karier politik beliau.

Nak tahu macam mana rupa wanita itu sekarang? Tadaaa... Tengok kat bawah ni.

Sumber gambar: DI SINI

Okay. Aku tak boleh bayangkan kalau wanita tersebut jadi wanita pertama Amerika Syarikat. Haha! Lagi lagi berpasangan dengan Barack Obama. Macam tak kena pula. Tapi itu pendapat peribadi aku je la. Ke aku sorang je yang rasa macam tu? Haha!

Sumber gambar: DI SINI

Untuk makluman korang, Sheila Miyoshi Jaher ni adalah merupakan seorang profesor di Oberlin College, Ohio. Dikatakan Barack Obama pernah mengajaknya berkahwin semasa melawat ibu dan ayah wanita tersebut pada tahun 1986. Menurut Sheila Mambo ehhh Sheila Miyoshi Jaher, Barack Obama sekali lagi mengajaknya untuk berkahwin sebelum ke Harvard Law School. Tapi tak jadi juga. Fuhhh... Nasib baik! Haha! Akhirnya Barack Obama pun bertemu dengan Michelle Robinson di Harvard Law School tu. Kisah entah benar entah tidak ni ada dalam buku biografi yang aku sebutkan tadi.

Sumber cerita: DI SINI

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com