Isnin, 8 Mei 2017

Sedapnya Ayam Goreng Korea KyoChon!

Salam.

Semalam aku sempat makan ayam goreng KyoChon ni. Punya la lama ayam goreng KyoChon ni dah masuk Malaysia, baru semalam aku berkesempatan untuk rasa. Haha! Takpe la. Better late than never kan? Aku makan ayam goreng KyoChon ni kat MyTown. Nasib baik tak beratur macam KyoChon kat 1Utama. Lagipun kat sebelah Ikea kot, aku kalau tak makan kat KyoChon ni aku rasa akan makan kat Ikea.



Menu dia tak banyak pun. Ringkas je. Nak buat pilihan memang tak susah sebab KyoChon memang jual ayam je.  Ayam goreng dia pula terdapat 3 jenis sos iaitu soy garlic, honey dan juga red pepper. Semalam aku ambil KyoChon Mix Wings yang mana combo tu ada 4 ketul ayam goreng dengan soy garlic, 4 ketul ayam goreng dengan honey dan 4 ketul ayam goreng dengan red pepper. Jumlah? 12 ketul ayam goreng! Yang sangat kecil dan tak cukup sebenarnya. Haha!



Aku suka ayam goreng dia dengan sos honey dan juga red pepper. Tapi red pepper dia tak pedas mana. Aku harap KyoChon boleh keluarkan ayam goreng dengan sos sepedas perencah Samyang Ramen. Baru la tercirit! Haha! Ayam goreng dia sedap, memang crunchy dan tak puas makan satu dua tiga empat lima enam. Kena puluh puluh baru puas kot? Lain kali aku nak order banyak sikit. Tapi kalau korang jenis tak mudah kenyang, korang kena order nasi. Haaa... Makan dengan nasi pun boleh. Sah sah lebih kenyang daripada makan ayam goreng tu semata-mata. 



Trivia KyoChon
  • "Kyo" membawa maksud kebijaksanaan manakala "Chon" pula bermaksud kampung.
  • Restoran KyoChon yang pertama dibuka adalah di Gu-mi Korea pada tahun 1991.
  • Jenama nombor 1 dalam purata jualan harian bagi restoran francais ayam di Korea dengan jualan sebanyak KRW 220 bilion bagi tahun 2014.
  • Tidak menghidangkan makanan segera.
  • Menggunakan 100% bahan semulajadi.
  • 13 tahun diundi sebagai "Brand of the Year" oleh pengguna-pengguna Korea.
  • Telah berada di 9 buah negara iaitu Korea, China, USA, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Jepun.

Serious nak makan lagi. Mana nak cari kat Melaka ni? Haha!

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com