Sabtu, 6 Mei 2017

Apendiks? Makanan Pedas & Biji Cili Bukan Punca!

Salam.


Aku rasa hampir semua orang percaya yang makanan pedas dan biji cili ni adalah penyebab kepada apendiks. Aku yang memang suka gila dengan makanan pedas ni selalu dinasihatkan supaya kurang-kurangkan sikit sebab takut nanti kena apendiks. Ye la. Aku kalau pedas tu tak mencapai tahap sirim yang aku tetapkan, aku akan minta serbuk cili ataupun cili potong. Haaa... Baru la makanan tu bertambah sedap dan lebih kick orang kata.


Jadi hari ni aku belajar lagi satu perkara tentang apendiks. Ya. Makanan pedas dan biji cili sebenarnya bukan penyebab apendiks seperti yang dinyatakan oleh Dr Khairul Hafidz di laman twitternya. Lepas ni jangan risau sangat pasal makanan pedas dan biji cili okay? Tapi apa apa pun, bersederhanalah dalam semua perkara. Jangan terlalu obses sangat dengan makanan pedas sampai nasi pun digantikan dengan cili. Tu memang dah gila la tu.

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com