Selasa, 23 Mei 2017

Koleksi Raya Wadi Adra | Design Unik & Patuh Syariah

Salam.


Hari Sabtu 20 Mei 2017 yang lepas aku sempat hadir ke Wadi Adra Lebaran Fashion Night 2017. Aku datang semata-mata nak beri sokongan kepada sahabat aku, Eim atau nama sebenarnya Rahim Azhari, yang merupakan antara tunggak utama jenama Wadi Adra tu. Muda lagi Eim ni tapi pencapaian dia lebih hebat daripada aku yang tak berapa muda ni. Haha!

Malam tu Wadi Adra mengadakan pertunjukan fesyen untuk koleksi raya tahun ni. Ada pelbagai jenis design dan juga warna. Menarik! Selari dengan tagline, Wadi Adra ni sentiasa tampil dengan design yang unik tapi masih mematuhi syariat Islam. Jadi tak mahu ragu ragu sayang... Apa tunggu lagi? Meh la kita tengok apa yang sempat aku tangkap malam tu.








Richie Rachman bertindak sebagai pengacara majlis malam tu. Dan tak silap malam tu ada 25 orang model. Ramai tu! Bukan senang nak kumpul model seramai tu. Model-model tu semua adalah merupakan pelanggan-pelanggan setia Wadi Adra dan merupakan pelajar-pelajar daripada institut pengajian tinggi. Memang cari jodoh je la malam tu. Haha! Apa apa pun tahniah Eim kerana berjaya menganjurkan Wadi Adra Lebaran Fashion Night 2017 dengan baik. Semoga terus maju dan berjaya pada masa akan datang!





Tapi yang penting, aku menang King of the Night malam tu. Haha! Padahal apa je yang aku pakai pun? Takpe la. Tu namanya rezeki.

Isnin, 22 Mei 2017

Tweet Paling Banyak Retweet Di Twitter!

Salam.

Ingat lagi gambar Ellen selfie kat Oscars tahun 2014? Haaa... Aku rasa korang tahu yang tweet gambar Ellen tu adalah tweet yang paling banyak mendapat retweet dalam sejarah di laman Twitter. Ye la. Mana tak dapat paling banyak retweet? Ada Jennifer Lawrence, Meryl Streep, Bradley Cooper, Jared Leto, Channing Tatum, Julia Roberts, Brad Pitt, Lupita Nyong'O dan Angelina Jolie kot. Kau rasa? Kalau tengok kat situ, setakat hari ni, tweet daripada Ellen tu telah menerima hampir 3.5 juta retweet.


Tapi sekarang tidak lagi. Tweet yang paling banyak mendapat retweet dalam sejarah di laman Twitter telah dirampas oleh tweet Carter Wilkerson yang minta bekalan nugget ayam percuma selama setahun daripada Wendy's! Dah lebih 3.6 juta retweet setakat hari ni! Ya. Nugget ayam telah mengalahkan Ellen, Jennifer Lawrence, Meryl Streep, Bradley Cooper, Jared Leto, Channing Tatum, Julia Roberts, Brad Pitt, Lupita Nyong'O dan Angelina Jolie. Nugget ayam je bro. Haha! Tahniah!


Rekod itu telah dipecahkan pada tanggal 9 Mei 2017 yang lepas. Ni menurut tweet rasmi daripada pihak Twitter. Sangat penting ye. Ni sejarah dunia ni. Semua kena tahu. Haha!


Nampaknya Ellen masih tak mengaku kalah. Banyak betul usaha dia nak rampas balik takhta tu.

6 Senaman Kempiskan Perut Buncit Dengan Mudah & Pantas

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Aku sendiri ada masalah dengan perut. Haha! Nak bersenam pun macam malas je. Macam mana cara nak kempiskan perut? Disebabkan aku tak nak kempiskan perut sorang sorang, sama sama kita cuba 6 senaman khusus untuk mengempiskan perut yang buncit ni. Mudah je. Tak perlu masa yang lama pun sebenarnya. Semua senaman kat bawah ni tak memerlukan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Hanya perlukan? Diri sendiri! Yang penting jangan malas. Kalau malas, bagi la 99 senaman pun belum tentu dapat kempiskan perut tu. Betul tak?


Selamat berjaya! Termasuk aku. Haha!

Makan Malam Bersama Blogger Di The Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Salam.


Alhamdulillah. Hari Jumaat 19 Mei 2017 aku telah menghadiri The Blogger Dinner anjuran Lynk.my dan Hexa Cooperation bersama-sama dengan Neyra dan Taufiq. Gigih! Lepas balik daripada kerja pukul 5 petang tu, aku terus ke Kuala Lumpur semata-mata The Blogger Dinner ni. Lagipun dah lama tak lepak sekali dengan Neyra dan Taufiq. Dah alang alang tu kan? Kenapa tidak? Majlis hari tu diadakan di The Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Aku sampai agak lewat juga sebab dari Melaka kot. Ingat dua ke tiga kilometer je? Lebih dua marhalah tau! Haha!


Seperti biasa, sebelum masuk, kena la ambil gambar kat photobooth dulu. Dah percuma kan? Rugi la tak ambil kesempatan. Matilah jujur sangat. Masuk masuk je dalam dewan tu dorang dah mula dengan ucapan daripada wakil penganjur. Segan tu tak payah nak cakap la. Majlis hari tu diacarakan oleh Sharifah Shahirah yang kelakar tak habis habis tu. Tapi tak lama lepas tu, semua dijemput menikmati makan malam yang disediakan secara buffet. Alhamdulillah. Sedap sedap makanan malam tu.



Tapi paling best malam tu? Cabutan bertuah! Aku ni dah la sangat jarang nak menang cabutan bertuah. Mungkin banyak sangat hadiah cabutan bertuah malam tu sampai aku pun boleh menang satu. Aku menang GPS tracker. Tak tahu nak pakai untuk apa sebenarnya. Haha! Tapi paling aku tak puas hati ada yang menang wang tunai RM200, iPad, kamera mirrorless, kamera polaroid dan hadiah utama malam tu Smart TV jenama Philips! Alamak! Kenapa aku tak menang semua tu? Tak bersyukur ke tu? Sedangkan masih ada yang tak menang apa apa. Okay la. Aku bersyukur. Bestnya aku menang GPS tracker ni! Tak sabar nak pakai! Haha!




Harap lepas ni Lynk.my dan Hexa Cooperation buat la dinner lagi. Nak menang hadiah best yang lain pula. Haha! Nanti kita jumpa lagi ye Neyra dan Taufiq?

Jumaat, 19 Mei 2017

Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering & Kusam Secara Semulajadi & Murah

Salam.


Kadang kadang tu bukan semua produk yang mahal berkesan dan bukan semua produk yang murah tak berkesan. Penggunaan face spray dalam melembapkan wajah sebenarnya boleh dilakukan sendiri tanpa perlu menghabiskan puluhan mahupun ratusan ringgit. Jimat! 

Apa kegunaan face spray ni? Secara umumnya, face spray digunakan untuk kembalikan kelembapan kulit wajah yang kering, kusam dan lesu. Wajah akan nampak lebih segar dan bertenaga selepas penggunaanya. Menurut laman sesawang CNN, wajah kembali lembap cukup dengan hanya menggunakan air mineral.  Haaa... Jadi korang boleh buat sendiri face spray tu menggunakan air mineral je. Macam mana? Masukkan air mineral ke dalam botol spray dan kemudian spray ke wajah korang. Mudah kan?

Prinsipnya kulit yang kering dan kusam apabila dibasahi air akan menjadi lembap. Untuk kesan yang optimum, spray berulang kali dari semasa ke semasa. Kalau tak puas juga, cuba rendam kepala dalam baldi seminit dua. Haha!

Terdapat face spray yang mahal kerana alat yang dipanggil sprayer. Sprayer ni berupaya menyemburkan air dalam bentuk partikel yang kecil dan halus. Katanya air tu nanti lebih mudah diserap.

Jadi kalau korang rasa nak jimat tak nak beli face spray yang mahal, apa kata korang cuba buat face spray sendiri menggunakan air mineral. Kenapa tidak kan? Jimat pun jimat.

Sumber: DI SINI

20 Kata-Kata Terbaik Bukan Daripada Fattah Amin

Salam.


Kali ni nak kongsikan kata-kata yang pernah aku update kat facebook, twitter dan juga instagram.. Sekadar perkongsian kot kot dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Jadi, aku dengan gigihnya mengumpulkan 20 kata-kata sedia ada. Haaa... Tak mampu lawan Fattah Amin lagi yang ada sampai 99 kata-kata. Takpe. Kumpul sampai 99 kata-kata lepas tu baru aku cuba terbitkan buku ye? Haha! Berangan! Sebenarnya ni bukan kali pertama aku update pasal kata-kata. Sebelum ni aku dah pernah update entri 15 Status Facebook Terbaik! dan (Terbaru) 25 Status Facebook Terbaik! pada tahun 2012 dan 2013. Benda yang sama je, aku kumpulkan kata-kata yang pernah aku kongsikan sebelum ni.

Naaahhh... Sekadar perkongsian dengan harapan hari kita semua akan menjadi lebih baik dan positif walaupun aku sendiri takde la baik dan positif mana pun.
Jangan sekadar bertutur, langkah tidak diatur.
Kita menghakimi orang lain dengan sifat tapi diri kita sendiri dengan niat.
‪Tiada awan yang terlalu gelap sehingga matahari tiada upaya menghendap.‬
Seburuk mana pun hari itu, pasti ada tersorok indahnya.
Berbuat baik pada sesiapa, nanti sulit menjengah tiba, datang bantu tanpa diduga.
Kita akan sedar bukan pekiknya lawan tapi diamnya kawan.
Jika kita selalu memberi, kita akan sentiasa memiliki.
Sedangkan lidah lagi tergigit,‬‪ inikan kawan biasa tercubit.‬
Sahabat sejati;
Tidak bersua sabannya hari,
Tiada juga berpanjangan bersama,
Dalamnya jiwa hubungan dipatri,
Takkan terduga meski selama.
Hitunglah semua nikmat dan perasaan yang tak dapat dibeli dengan duit kerana kekayaan itu bukan diukur semata-mata pada wang ringgit.
Biar berjumpa jarang, mesra tiada kurang.
Jangan berkata "YA" untuk orang lain tapi "TIDAK" untuk diri sendiri.
Mendengarlah untuk memahami dan menghargai, bukan menghakimi atau mengadili.
Lihat kelakuan,
Lalu tanyakan,
Adakah padan,
Digelar teman?
Mengaku salah bukan tanda lemah tapi tanda gagah. Gagah menanggung salah sendiri daripada langsung menuding jari.
Untuk hidup yang lebih gembira,
- lebihkan memberi
- kurangkan mengharap
- jangan terlalu risau
- tiada yang kekal selama-lamanya
Jika kita berfikiran positif, kita akan pandangnya sebagai peluang. Tapi jika sebaliknya, jika kita berfikiran negatif, kita akan pandangnya sebagai penghalang.
Kalau kita berani menyindir orang lain, itu bermaksud kita juga harus berani disindir semula. Apa yang bergolek akan datang bergolek.
Tiada penyesalan jika setiap kesilapan menjadi pengajaran.
Sentiasa menghulurkan tangan dan memberikan pertolongan.
Siapa tahu mungkin kita satu-satunya yang dapat tolong mereka pada waktu dan ketika itu.

Harap kata-kata kat atas ni tak merepek sangat. Haha!

Yuna Tercalon BET Awards 2017! Tahniah!

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah Yuna! Terus melakar kejayaan demi kejayaan kat Amerika Syarikat. Selepas album Chapters disenaraikan sebagai antara Album R&B Terbaik Pilihan Pengkritik 2016 oleh Billboard, Yuna sekali lagi mencatatkan sejarah apabila menjadi warganegara Malaysia yang pertama tercalon dalam Anugerah BET 2017. Hebat kan?


Yuna dicalonkan dalam kategori Centric Award menerusi lagu duetnya bersama Usher berjudul Crush. Turut disenaraikan dalam kategori yang sama adalah penyanyi hebat seperti Fantasia (Sleeping With The One I Love), Mary J Blige (Thick Of It) dan Solange (Cranes In The Sky). Bukan calang calang yang ada dalam kategori tu. 

Sumber gambar: DI SINI

Kot kot la korang tak tahu yang Anugerah BET ni adalah acara anugerah tahunan yang dibawakan oleh rangkaian Black Entertainment Television sejak daripada 2001. Anugerah ni diadakan khusus untuk meraikan bangsa African American dan lain-lain minoriti dalam pelbagai cabang dalam industri hiburan. Tahun ni Anugerah BET akan disiarkan secara langsung pada 25 Jun 2017 di Amerika Syarikat. 

Semoga berjaya Yuna!

Khamis, 18 Mei 2017

Lelaki Ini Terima Bunga Kantan Sebagai Hadiah Konvokesyen!

Salam.

Seorang lelaki telah membawa dua kuntum bunga kantan sebagai hadiah sempena meraikan hari konvokesyen kawannya. Tweet tersebut mendapat perhatian netizen sehingga mencatatkan 18 ribu retweets dan 8 ribu likes. Lepas ni boleh la ikut tips jimat ni, kita beri bunga kantan je. Haha!


Berwarna merah jambu, bunga kantan adalah merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu seperti nasi kerabu dan laksa. Tak lupa bunga kantan juga digunakan di Sarawak dalam masakan manok pansoh. Jadi banyak kegunaan sebenarnya bunga kantan terutamanya dalam masakan harian. Dah kenapa aku beriya terangkan kegunaan bunga kantan? Kisah pula korang kan? Haha!

Yang lain pun tak nak kalah juga, nak bagitahu dorang dah pernah buat sebelum ni. Haha! Nahhh...



Kenapa tidak?

Selasa, 16 Mei 2017

Cara Pilih Tandas Yang Lebih Bersih & Kurang Digunakan

Salam.

Kadang kadang tu aku sanggup tahan daripada membuang sebab bila masuk tandas je, kotor tu tak tahu macam mana. Dengan segala jenis buangan tak flush la, dengan lantai basah sana sini, dengan tisu bersepah dan sebagainya. Geli tahu tak? Nak tak nak, kena cari tandas yang lain. Jauh pun jauh la... Nak buat macam mana kan? Nama pun tandas awam, bukan tandas kat rumah.

Dr Mehmet Oz. Sumber gambar: DI SINI

Jadi agak agak apa cara untuk memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan terutamanya bila kita kat pusat beli belah? Dr Mehmet Oz, personaliti perubatan terkenal, menyarankan beberapa tips dan cara yang boleh diamalkan untuk memilih tandas semasa kita kat luar rumah. Sebab kalau kita kat dalam rumah, pakai je la tandas dalam rumah. Kau dah kenapa?

Cara memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan
  • Kebanyakan pengguna mahukan privasi semasa menggunakan tandas awam, jadi mereka cenderung untuk memilih tandas yang paling jauh atau paling hujung.
  • Tandas pertama atau paling hampir dengan pintu utama kebiasaannya jarang digunakan kerana faktor privasi. 
  • Pilih tandas yang pertama berbanding tandas yang lebih jauh.

Boleh percaya ke ni? Dah nama pun kajian. Takde la mewakili semua situasi tapi kebanyakan situasi. Tapi kajian daripada New York Magazine pula mendapati sebaliknya. Katanya lelaki lebih gemar menggunakan tandas yang paling hampir dengan pintu utama. Hmmm... Mana satu nak ikut ni? Okay. Aku rasa yang perempuan boleh ikut tips daripada Dr Mehmet Oz tadi, pilih tandas yang pertama atau paling hampir dengan pintu utama. Dan untuk lelaki pula, aku rasa korang boleh rujuk kajian daripada New York Magazine tu, jadi korang kena pilih tandas yang paling jauh daripada pintu utama. Kesimpulannya? Kalau orang yang guna tandas tu dah memang tak bertamadun, tandas kat planet Pluto yang sekarang ni dah disingkirkan daripada Sistem Suria kita pun boleh jadi paling kotor di alam semesta!

Wany Hasrita - Dia Teman Lelaki & Bakal Suami

Salam.


Aku perhati je ruangan komen kat video atau gambar Wany Hasrita ni. Banyak sungguh komen daripada lelaki pasal jodoh la, tulang rusuk la, bakal isteri la, calon menantu mak awak la dan macam macam lagi. Nak buat macam mana, ciri-ciri perempuan Melayu terakhir memang ada kat Wany Hasrita ni. Maka berduyun la netizen tangkap cintan dengan dia. Tapi sebelum korang nak feeling lebih lebih, korang kena tahu yang Wany Hasrita sebenarnya dah ada calon suami. Haaa... Calon suami? Ya. Betul la tu. Calon suami! Haha! Tapi bukan Tajul seperti yang digembar-gemburkan oleh media. Seorang warga twitter telah berkongsikan dua gambar daripada laman instagram Wany Hasrita dan lelaki tersebut seperti di bawah.


Gambar pertama daripada lelaki tersebut yang memuat naik gambar Wany Hasrita dengan caption mengenai jodoh. Kau rasa? Bersemut tak?


Gambar yang kedua pula daripada Wany Hasrita yang memuat naik gambar bersama lelaki tersebut dengan caption yang panjang malas la aku nak baca tapi terpaksa baca juga sebab sibuk nak tahu. Haha! 


Lepas tweet konon konon lelaki tersebut kena friendzone dengan Wany Hasrita tu viral kat laman twitter, Wany Hasrita pun reply tweet tu menjelaskan perkara yang sebenar. Katanya dia tak friendzone pun sebab lelaki tersebut memang dia anggap sebagai abang, teman lelaki dan paling penting? Bakal suami!


Maka kecewa habis la lelaki-lelaki kat Malaysia ni bila nampak Wany Hasrita dah ada calon suami. Mari kita tengok antara reaksi netizen kat laman twitter lepas tahu Wany Hasrita tweet macam tu.


Lalu aku pun gigih pergi stalk laman instagram lelaki tu nak cari bahan dan bukti. Tak sangka aku terjumpa la komen Wany Hasrita dengan lelaki tersebut. Maka sejenak ku termenung awan pun mulai murung tiada siulan siulan burung burung... Nahhh...


Dah dipinang ke tu?

Isnin, 15 Mei 2017

Kek Green Tea Sedap Di Rekindle, Damansara Uptown

Salam.

Jam masa tu dah nak dekat pukul 11 malam. Aku nak lepak kopi kopi tapi tak tahu kat mana. Masa tu aku kat sekitar Ikea Damansara. Aku pun rujuk kat foursquare, tempat mana yang menarik dan masih buka sekarang ni. Tak kisah la mana mana asalkan bukan McDonald's! Haha! Dah muak sebenarnya dengan McDonald's. Akhirnya aku jumpa Rekindle yang terletak kat Damansara Uptown. Aku dah survey dan baca review kat foursquare. Memang kat Rekindle ni fokus kat desserts.

Aku terus waze ke Rekindle ni. Walaupun dah masuk tengah malam, cafe dia masih penuh dengan para pelanggan. Aku hampir tak dapat tempat duduk. Nasib baik masih ada ruang kosong. Terkejut juga bila tengok masih ramai orang makan kek tengah malam ni. Lepas belek satu persatu kek yang ada, aku pilih kek green tea, nama kek tu Green Tea Opera. Aku pun sebelum ni asyik pilih kek coklat je kan? Play safe orang kata. Kali ni aku memberanikan diri untuk pilih kek green tea. Matilah kalau tak sedap!

Tadaaa...


Tengok pun dah tahu sedap kan? Harga kek green tea ni RM10.90. Standard harga kek kat Secret Recipe sebenarnya. Tapi rasa dia? Memang sangat sedap! Aku memang recommend kek green tea kat Rekindle ni terutamanya peminat-peminat green tea kat luar sana tu. Wajib cuba! Aku jamin korang akan suka dengan kek green tea ni! Rasa pahit green tea yang mencukupi, kek tak terlalu manis dan rapuh di mulut. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar! Haha! Ni bukan entri berbayar tapi kenyataannya aku bayar sendiri semua makan minum aku kat sini. Sekadar berkongsi apa yang baik kat sini.


Siapa peminat green tea kat sini?

Dato' Siti Nurhaliza - Tak Pecah Tapi Terlebih Teran

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Aku tak tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 3.0) semalam tapi aku tahu la sedikit banyak sebab timeline twitter aku penuh dengan ulasan pasal anugerah tu. Ada pasal pengacara yang menjerit-jerit, ada pasal pelakon kayu, ada pasal baju buruk, ada pasal anak ikan, macam macam lagi la. Tapi yang paling aku tertarik mengenai persembahan Dato' Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu Segala Perasaan malam tadi. Katanya Dato' Siti Nurhaliza terkucil? Betul ke? Aku pun dapat tahu daripada video yang dikongsikan TV3 kat laman twitter. Siapa yang terlepas tu, boleh tengok Dato' Siti Nurhaliza terkucil bahagian "dirimu kekasihku" dalam video kat bawah ni.


Dengar tak? Haaa... Aku pun terkejut kot masa Dato' Siti Nurhaliza terkucil bahagian tu. Tak pernah aku dengar dia terkucil sebelum ni! Mungkin ada la sekali dua sebelum ni tapi aku tak pasti sebab aku bukan peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza. Takpe la, benda dah jadi pun. Adat hidup, semua orang ada harinya. Dan semalam ternyata hari Dato' Siti Nurhaliza terkucil kat bahagian tu. Tekanan juga sebenarnya. Aku rasa persembahan Dato' Siti Nurhaliza semalam antara yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton ABPBH sebab tu pertama kali dia menyanyikan lagu Segala Perasaan secara siaran langsung. Nak tak nak, Dato' Siti Nurhaliza kena tebus balik persembahan lagu Segala Perasaan malam tadi. Sebab aku yakin Dato' Siti Nurhaliza boleh buat lebih baik daripada semalam. 

Ehhh... Dato' Siti Nurhaliza ada respons mengenai persembahannya pada malam ABPBH tu kat laman instagram. Menurut Dato' Siti Nurhaliza, suara jadi macam tu akibat salah teknik sebab terlebih teran kat bahagian tu.


Dah nama pun penyanyi nombor satu negara, semua mengharapkan persembahan Dato' Siti Nurhaliza sempurna tiada cacat cela. Tapi bukan setiap masa dia terkucil kan? Sekali sekala tu tanda dia pun manusia biasa. Betul tak? Lagipun dah berapa banyak dah persembahan dan nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang terlalu sedap dan sangat best sebelum ni kan? Hanya kerana satu dua persembahan yang tidak menjadi, takkan la kita nak terus jatuhkan kredibiliti dan kualiti yang sedia ada kat Dato' Siti Nurhaliza? Tak adil tu.

Jumaat, 12 Mei 2017

Beli Di Lazada, Bayar Di 7-Eleven!

Salam.

Wow! Lazada Malaysia maju selangkah ke depan dengan memudahkan pelanggan untuk membeli belah di laman webnya melalui penyenaraian 7-Eleven sebagai salah satu pilihan pembayaran. Haaa... Macam mana tu? Selepas mengesahkan tempahan dalam talian, pelanggan hanya perlu menunjukkan bukti cetakan slip atau kod SMS pembelian dalam talian di Lazada Malaysia kepada juruwang di mana-mana kaunter cawangan 7-Eleven seluruh negara untuk membayar tempahan yang telah dibuat. Dah la 7-Eleven ni beroperasi 24 jam. Mudah gila kan?

Sumber gambar: DI SINI

Pilihan pembayaran di 7-Eleven ni sebenarnya lebih kepada memudahkan pelanggan yang tidak mempunyai akaun bank dalam talian atau mungkin mereka yang tidak aktif atau tidak mahir untuk pembayaran secara dalam talian. Walaupun korang rasa macam senang je kan? Tapi tolong fikir bukan semua orang boleh buat semua perkara. Secara mudahnya, pilihan pembayaran macam ni sangat sesuai untuk mereka yang gemar membayar secara tunai sebab nak nampak duit tu pergi mana depan mata kepala sendiri. Haha!


Langkah-langkah membuat pembayaran di 7-Eleven
  • Pelanggan Lazada Malaysia membuat pengesahan tempahan secara dalam talian
  • Memilih 7-Eleven sebagai pilihan pembayaran
  • Menerima kod SMS atau mencetak salinan pembelian tempahan
  • Membuat pembayaran tunai di 7-Eleven dengan menunjukkan kod SMS atau salinan pembelian tempahan tersebut dalam masa 48 jam
  • Menerima notis pemberitahuan bayaran daripada Lazada Malaysia
  • Menunggu tempahan dihantar ke rumah

Mudah kan? Memang sengaja nak suruh habiskan duit berbelanja kat Lazada Malaysia ni.

Koleksi Raya Wawa Zainal | Baju Kurung Moden, Peplum & Jubah

Salam.


Bersempena dengan pelancaran Koleksi Raya Lima Waktu (5 Waktu) pada hari Selasa lepas, Wawa Zainal turut mengambil ruang yang sama untuk melancarkan koleksi raya bagi tahun ini. Jadi kepada wanita wanita kat luar sana yang nak nampak cantik dan ayu macam Wawa Zainal, cuba la tengok tengok design mana yang berkenan di hati lepas tu boleh la sambar sehelai dua untuk raya tahun ni. Aku tengok ni cantik cantik juga design dalam Koleksi Raya Wawa Zainal ni. Mungkin beli sehelai dua untuk ibu atau adik-beradik perempuan korang kan?

Dah mari kita tengok antara Koleksi Raya Wawa Zainal yang sempat aku tangkap hari tu.















Koleksi Raya Wawa Zainal kali ni menyaksikan kolaborasi antara pasangan merpati dua sejoli iaitu Wawa Zainal dengan suaminya Aeril Zafril. Dalam sibuk buat video hindustan sana sini, sempat juga dorang keluarkan koleksi raya. Ada yang menarik hati tak dalam koleksi raya yang dikeluarkan oleh Wawa Zainal kali ni? Tipulah takde! Haha!

Lepas pertunjukan fesyen koleksi raya tu, Wawa Zainal buat persembahan dengan menari lagu hindustan. Alamak! Aku pun tak ingat tajuk lagu tu tapi aku tahu lagu tu. Haha! Kejap, siapa sebelah Wawa Zainal tu? Adakah tu jodoh aku? Ehhh...


Tolong cari siapa jodoh aku sebelah Wawa Zainal tu. Haha!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com