Khamis, 20 April 2017

Wanita Diraba, Nyaris Dirogol Pemandu Grabcar

Salam.

Gempar! Dikhabarkan seorang penumpang wanita nyaris dirogol oleh seorang pemandu lelaki Grabcar yang dinaikinya. Kejadian berlaku semasa wanita tersebut naik Grabcar untuk pulang ke rumahnya. Kejadian bermula apabila pemandu lelaki itu meminta mangsa supaya duduk di bahagian hadapan bagi memudahkan untuk berbual. Namun, apabila tiba di kawasan yang sunyi, pemandu lelaki itu mula mengambil kesempatan terhadap mangsa. Apa yang berlaku? Mangsa dikatakan diraba dan diramas payu daranya oleh pemandu lelaki itu.


Baca dengan lebih lengkap dan lebih jelas di bawah.


Turut dikongsikan, instagram milik pemandu Grabcar tersebut.


Aku tak dapat kongsikan maklumat yang didedahkan kerana aku sendiri tidak pasti akan kebenaran cerita ini. Apa yang aku tahu, tiada laporan polis yang dibuat setakat hari ini. Untuk mendapatkan maklumat yang aku hitamkan dalam gambar-gambar di atas ini, sila singgah laman sosial twitter akaun tersebut. Semua ada kat situ. Selepas instagram milik pemandu lelaki Grabcar itu disebarkan, ramai netizen mula mengecam tindakannya, memberikan kata-kata nasihat dan tak kurang juga menghamburkan cacian serta makian di ruangan komennya.


Berhati-hatilah lepas ini bila naik Grabcar atau Uber terutamanya kepada kaum wanita. 

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com