Selasa, 25 April 2017

Hati-Hati! Akaun Facebook Ini Ugut Edit & Sebar Gambar Bogel!

Salam.

Aku dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan pada hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-29 yang lepas. Mula-mula memang malas nak layan. Penat sebenarnya! Isu akaun palsu yang menggunakan gambar aku ni takkan pernah tamat seolah-olah tanda noktah tu tak pernah wujud. Kalau aku update hari hari pasal akaun palsu, aku rasa korang semua boleh muntah kot. Aku sendiri tak tahu macam mana aku nak bendung akaun palsu macam ni. Cuma aku boleh nasihatkan kepada semua wanita kat luar sana supaya berhati-hati kat laman sosial ni. Jangan mudah sangat nak percaya.


Berdasarkan apa yang dikongsikan di atas, wanita tersebut menerima mesej peribadi daripada akaun menggunakan nama Zahari Ismail. Akaun tersebut menyatakan yang dia telah mengedit gambar wanita tersebut dan kemudian mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita yang telah diedit itu. Tapi bila wanita tersebut menyuruhnya menghantar gambar yang telah diedit itu, akaun tersebut terus mengelak. Di sini aku sertakan keseluruhan perbualan mereka di bawah.




Klik https://www.facebook.com/fattah.haris.3 untuk ke akaun palsu berkenaan.

Sejujurnya ni bukan kali pertama aku berhadapan dengan isu ni. Sebelum ni aku dah pernah dapat tahu ada akaun menggunakan gambar aku yang sama seperti di atas. Dah la guna gambar yang sama, lepas tu modus operandi pun sama. Apa modus operandi dia? Akaun palsu ini akan menambah mangsa sebagai kenalan, kemudian mula menghantar mesej peribadi dan seterusnya mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa yang telah diedit. Tapi aku tak pasti sama ada dia sentiasa menggunakan nama yang sama ataupun tidak. Kebiasaannya akaun palsu macam ni akan menukarkan nama dia lepas dah kantoi. Dan aku rasa mangsa akaun palsu ni bukan seorang dua je, mungkin lebih daripada itu. Hmmm... Aku diamkan je sebelum ni sebab aku dah penat melayan isu akaun palsu masa tu.

Jadi apa yang perlu dibuat kalau berhadapan dengan situasi macam ni? Aku ada beberapa cadangan kat sini. Terpulanglah nak ikut atau tidak. Sekadar memberikan pandangan.
  • Buat laporan polis supaya dalang di sebalik akaun palsu ini dapat dikenakan hukuman yang setimpal. Aku tengok makin dibiarkan makin menjadi-jadi.
  • Ignore dan block. Jangan balas mesej daripada lelaki yang tidak dikenali walaupun gambar yang digunakan agak menggoncang iman dan nafsu. Eh aku tak puji diri sendiri. Haha! Kalau nak balas pun, pastikan kita dah siasat betul betul dan dah pastikan akaun tersebut bukan akaun palsu.
  • Tidak perlu takut kalau kita memang tiada gambar yang bukan bukan. Kalau dia edit sekalipun, yakin ke dia tu pandai edit? Haha! Mesti gambar yang diedit tu nanti nampak sangat menipu. Sebab aku rasa orang yang pandai edit ni tak buat kerja bodoh macam ni. Banyak kerja lain lagi yang boleh dibuat.

Kesimpulannya aku tiada masa nak buat kerja bodoh macam ni. Kat blog picisan aku ini, aku dah letakkan sekali facebook, instagram dan twitter aku. Ya. Aku ada SATU (1) akaun blog, SATU (1) akaun facebook, SATU (1) akaun instagram dan SATU (1) akaun twitter. Jadi kalau korang kenal aku kat medium yang lain, itu bukan aku. Diulangi, ITU BUKAN AKU. Haaa... Siap caps lock tu. Kalau tak faham juga, pergi makan kismis minda banyak banyak.

p/s: Aku difahamkan laporan polis telah pun dibuat. Jadi sama sama kita saksikan kesudahan drama akaun palsu ni. Harap menangis tak berlagu la orang yang tak bertanggungjawab tu. Rasakan!

1 ulasan:

Mieza S berkata...

susah jugak kalau jadi hensem ni. hahhaa

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com