Rabu, 12 April 2017

Tips Pengucapan Awam | Teknik Bina Keyakinan Diri Berucap

Salam.

Pernah alami situasi "aku ketuk, kau cakap" tak di sekolah? Haaa... Nak cakap dengan cikgu pun tak berani, tak yakin. Apatah lagi nak cakap depan khalayak ramai. Kalau cikgu suruh ke depan, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Macam mana tu? Kalau kat belakang, bukan main sembang. Ya. Itulah antara masalah yang kita hadapi. Bukan semua orang berani dan yakin untuk berucap di hadapan khalayak ramai.

Sumber di sini.

Namun, dikongsikan di sini salah satu teknik untuk membina keberanian dan keyakinan diri ialah dapatkan seberapa banyak ilmu dan pengetahuan mengenai apa yang ingin kita sampaikan semasa berucap di hadapan khalayak ramai. Bila kita memiliki ilmu dan pengetahuan yang cukup atau lebih, kita akan lebih bersedia dan akhirnya kita lebih yakin dengan diri sendiri. Sebagai contohnya, kita ditugaskan untuk bercakap mengenai topik pecahan. Apa yang kita perlu buat? Baca sebanyak mungkin rujukan-rujukan berkisarkan pecahan, dapatkan fakta-fakta yang penting, cari masalah-masalah yang timbul dalam topik tersebut di samping memikirkan apakah kemungkinan soalan-soalan yang akan ditanyakan. Kalau boleh sebelum soalan-soalan ditanyakan, kita dah jawab dulu. Camtuh.

Jom tengok tips pengucapan awam yang dikongsikan oleh sahabat kita seperti di bawah:

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com