Jumaat, 28 April 2017

Muat Turun Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan, Tiada Lagi "Makan Mana?" & "Makan Apa?"

Salam.

Seperti biasa, antara soalan yang paling susah untuk dijawab di dunia pada hari ini ialah "nak makan kat mana?" dan "nak makan apa?". Tapi jangan risau sebab sekarang kita dah ada aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang dapat membantu kita untuk menjawab soalan-soalan seperti itu. Ya. Aplikasi JJCM telah dilancarkan secara rasmi pada 21 April 2017 yang lepas. Sebenarnya aplikasi JJCM ini telah lama boleh dimuat turun di Apple Store dan Play Store, sejak dari akhir tahun 2015. Untuk makluman, sehingga hari ini, lebih 250 ribu muat turun aplikasi JJCM telah dicatatkan.


Aplikasi JJCM ditambah baik dengan beberapa fungsi baharu

Jadi apa bezanya aplikasi JJCM yang dilancarkan ini dengan aplikasi JJCM yang sebelum ni? Haaa... Sempena pelancaran aplikasi JJCM ni, beberapa fungsi baharu telah dimasukkan. Fungsi baharu aplikasi JJCM adalah seperti di bawah.
  • Tawaran diskaun dan potongan sehingga 70%
Pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan diskaun dan potongan bagi restoran terpilih menerusi paparan "Offpeak Deals" yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
  • Tempahan
Tiada lagi beratur panjang dan menunggu masa lebih lama. Macam mana nak buat tempahan? Haaa… Kita hanya perlu masukkan nombor telefon bimbit dan seterusnya tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Pengesahan tempahan akan dihantar menerusi email. Tapi paling penting? Tiada caj tambahan dikenakan!




Aplikasi JJCM turut memberikan info menarik di samping tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi JJCM sebelum ini. Di samping itu, fungsi carian berdekatan pula membantu kita melihat senarai restoran berhampiran dengan kedudukan GPS kita. Sekali lagi diingatkan bahawa aplikasi JJCM ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store. Apa tunggu lagi? Muat turun sekarang!

Pada masa yang sama, Kempen #SeringgitSatuKebaikan turut dilancarkan. Haaa... Apa tu? Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar: Nisa Kay

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com