Rabu, 12 April 2017

Meningkatkan Trafik Blog Dalam Sebulan

Salam.

Alhamdulillah. Masuk bulan April ni, lebih kurang sebulan juga aku aktif semula dengan blog aku ni. Setelah hampir 5 tahun membiarkan blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni terabai macam tu je, sekarang aku dah mula mendapatkan rentak dan semangat untuk update blog. Semoga berterusan la ya? Jangan hangat hangat tahi ayam sudah la.

Bila tak aktif blogging ni, pageviews blog pun terus menurun. Jadi dalam masa sebulan ni, aku berusaha untuk memperbaiki pageviews dan juga rank blog aku dengan sedaya upaya meningkatkan trafik blog. Sepanjang bulan lepas, pageviews blog aku telah berjaya mencapai lebih daripada 30,000! Satu angka yang amat memberangsangkan bagi aku. Alhamdulillah. Syukur. Ni pun antara pemangkin motivasi aku untuk teruskan update blog aku ni. InshaAllah aku akan cuba untuk meningkatkan prestasi bulan ni pula. Doakan ya?


Tak habis kat situ, aku semak juga traffic rank blog aku kat Alexa. Alhamdulillah. Ada peningkatan juga dalam masa sebulan ni. Sebelum ni rank dalam Malaysia tu tak keluar nombor pun. Maksudnya tak layak untuk disenaraikan. Tapi sekarang? Rank bawah 40,000! Syukur. Target lepas ni nak cuba dapatkan rank bawah 20,000 pula. Wish me luck okay? Dan teruskan sokong blog picisan ni. Haha!


Apa itu traffic rank

Mungkin ada yang tak faham dengan traffic rank. Traffic rank ni adalah berdasarkan data trafik terkumpul yang diukur berdasarkan paparan halaman (pageview) dan capaian pengguna (reach). Alexa mendapatkan bilangan paparan halaman (pageview) dan capaian pengguna (reach) bagi semua laman web secara harian. Traffic rank daripada Alexa adalah berdasarkan purata kedua-dua kuantiti tersebut berkadar dengan masa. Jadi traffic rank ni sebenarnya dapat menggambarkan bilangan pengguna yang singgah di laman web kita dan juga bilangan halaman yang dilawat oleh mereka.

Maknanya, Alexa ni sangat relevan untuk mengesan kadar trafik bagi laman web kita sebenarnya. Ya. Walaupun Alexa tidak dapat menjamin kualiti setiap trafik tersebut, atau sumbernya, tapi sekurang-kurangnya Alexa dapat memberi gambaran trafik laman web kita secara keseluruhannya.

Nak tahu traffic rank blog korang? Klik kat bawah ni dan masukkan laman web korang kat situ.

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com